Nuffnang

Monday, July 13, 2009

Ganu Kite!!

Dua tiga hari ni teringat-ingat dengan kampung di Terengganu. Rindu dengan suasana tenang di kampung, walaupun biasanya panas terik di siang hari tetapi sentiasa dingin diwaktu malam dengan tiupan angin laut. Sudah genap dua tahun tidak pulang ke kampung, tekak pun asyik terasa-rasa dengan makanan-makanan Ganu yang semuanya sedap-sedap menyelerakan contohnya ketupat sotong, jala emas, rojok kateh, tok aji serban, sekaya, akok berlauk, laksa kuoh merah, keropok lekor, nasi dagang, nasi minyok ganu, pulut lepa, rojok keling, rojok betik, ikan celup tepung..... ahhhh panjang lagi kalau nak ditulis semuanya nih! Ishhh.. telan air liur lagi la jawabnya untuk setahun lagi sebelum dapat "melempiaskan" nafsu makan semua yang sudah siap di"list"kan dalam kepala otak.

Jika di kampung, di waktu pagi, boleh pergi ke Pasar Payang untuk beli pelbagai jenis makanan laut yang segar-segar dengan harga yang murah juga sayuran dan buah-buahan! Di Pasar Payang juga terkenal dengan kedai-kedai kain sutera, batik dan songket. Juga barangan tembaga buatan Terengganu yang terkenal dengan kualiti tingginya.

Di tengahari, jika terasa hendak makan kueh muih tradisional Terengganu, cuma perlu drive pergi ke gerai kueh di hadapan Sekolah Agama Khairiah di Gong Kapas yang menjual berbagai-bagai kueh mueh. Rambang mata dibuatnya jika datang ke gerai ini, kalau ikutkan nafsu, terasa nak beli dan rasa semuanya. Gerai ini biasanya dibuka dari waktu tengahari hingga petang.

Apabila petang dapat juga menikmati udara segar, bersiar-siar di tepi laut di Lagun Kuala Ibai yang cuma few hundred meters dari rumah. Di Lagun Kuala Ibai juga terletaknya masjid Terapung atau masjid Tengku Tengah Zaharah, satu tempat yang "wajib" disinggah oleh sesiapa yang datang ke Kuala Terengganu. Satu-satunya masjid di Malaysia yang betul-betul "terapung" di tengah-tengah tasik atau lagun!

Diwaktu malam pula, selepas makan malam, berehat di beranda rumah menikmati angin laut yang dingin sambil minum kopi pekat Terengganu dan makan keropok lekor cecah kuah(colek) lada. Fuhhh!! Nikmatnya dunia!! Hahahahaha.. melalut dah ni, sebelum melarat tambah kronik marilah sama-sama layan "Blues Terengganu Kita"...



Kalu tuang(tuan) gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri teranung memang sohor
Tempat molek, tanah subor
Tempak molek, tanah subor
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

"..guane gamok tu
Piya' kena rotang.."

Pulau kapas, Pulau Redang
Kita lalu ikut Marang
Jangan lupa kuala berang
Sekayu comel, zaman berzaman
Sekayu comel, zaman berzaman
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoi hoi hoi
Marul! ke laut nih...
takat ikang di Kuala Kemamang
Petang-petang wat kherpok gete
Ramai orang, atah gere

Main dang dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang

Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi Mere
Di setiu pata perangine
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor

Selamat datang hei...
Tempat kami rama-rama
Selamat datang
Negeri kami

Kita singgoh kat Primula
Batu Burok tepi pata
Laut biru di Tanjong Jara
Tempat rilek orang dok kacai
Tempat rilek anok-anok dara
comel-comel belaka...
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

"...Aloh dok nyala pulok..
guana pulok tuh..
o jatuh pulok..
berat-berat
..aku dok rok gok
lembek ari ni..
guana pulok
akat berat
dok eh
tadi kena gandor duriang
nelah pala bahu..
aloh demo.. kawe..."


7 comments:

Anonymous said...

abg joe wak telior org je...
neleh air lior...
haaha...
amir durham

Anonymous said...

Sabarlah Joe .... dugaan! Memang kita miss semua bende tu bila berjauhan dan dah lama tak pekena. Bila depan mata, kena dua tiga kali makan, lepas tu tak peduli pun. Macam saya di sini, asyik cari makanan arab je sekarang ni. Walaupun Kajang/Bangi terkenal dengan sate nya ... minta maaflah. Anyway, kalau kamu singgah di Kajang/Bangi, saya akan jamu kamu dengan sate. Wassalaam. Raihan

joe said...

Haaa...ada org terliur doh.. jgn wat ngidam nok makan rojok kateh doh la... mana nok carik kat Durham nung..

Adus sebut2 sate kajang terbayang depan mata kuahnya+cili, sedapnya.. kalau balik Msia mmg wajib pekena sate kajang ni. abang saya ada tinggal kat Seks 4, BBBangi, mmg akan singgah tidor disana kalau balik. Nampak gaya ada can sate pree next year..tq tq ;-))

Jarr said...

doh bila nok balik ye joe?
raya balik dok?

duk negeri orang bese die doh..kadang homesick....

tapi beh la deme duk dinung...

berapa lama?

joe said...

Jarr- raya tahun ni dok balik. Next year insyaAllah kalau summer break jatuh time raya. dok tahu lagi brapa lama sining... selagi kudrat diperlukan kot? ;-)

Jarr said...

kalu gitu,jaga diri molek la deme deh..
anok bini seme tu semoga dalam keadaang sehak sokmo...

kalu balik kapung,boleh gok bersua muka..hahaha

koliba dekak ngang sekoloh lama ambe,Sultan Sulaiman.

joe said...

sama ah sekoloh SS tu..