Nuffnang

Tuesday, July 14, 2009

Are You Filipino??

Semenjak tinggal disini sehingga ke hari ini semakin menjadi-jadi pula masalah "Are You Filipino?" atau "Filipino kayo?" (in Tagalog) ni. Almaklumlah di Vienna ini bilangan komuniti Filipino boleh dikatakan agak ramai, sehinggakan boleh dikatakan pekerja-pekerja di McDonald sekitar Vienna dah dimonopoli oleh orang Filipino. Maka bila depa ni tengok muka-muka yang seiras dengan depa, mulalah tersenyum-senyum dan terus menegur "Filipino kayo?"! Bila jawab "What?", barulah depa tanya balik dalam English..."Are you Filipino?". Kalau sekali dua seronok la jugak bila disalah-sapa macam tu tapi bila dah selalu sangat..... letihh wooo!!

Yang terbaru berlaku hari ni di U-Bahn station semasa tengah tunggu train. Ada sorang mamat ni dok pandang-pandang dari jauh, then datang dekat dengan aku. Terdengar dia cakap something in Tagalog, aku dah agak tentu mamat ni ingat aku ni Pinoy nih! Aku toleh then senyum je la, mana la aku paham Tagalog, sepatah dua boleh la tau hasil pertapaan selama beberapa bulan di Filipina in early 2000 dulu. Mamat tu tak puas hati, maybe dalam hati dia dikatanya "apa la mamat pinoy ni sombong sangat nih!". Dia datang dekat-dekat lagi terus tanya "Filipino kayo?". Aduss.. kena lagii! "Sorry.. I'm Malaysian", sambil senyum tawar then mamat tu pun terus blah!

Bukan tak suka but letih pulak nak menjawab benda yang sama. Actually its good for them, cuba dan suka untuk membuat kawan sesama kaum depa yang berada di perantauan. I wish that Malaysian di perantauan pun ada semangat macam ni (including aku sekali lah tu).

Dengarnya masalah "Are you Filipino?" ni pun boleh didapati dengan meluas di Middle East sana dimana komuniti depa agak besar. Teringat semasa di airport Dubai, semasa hendak membayar di satu kedai ni, cashiernya mamat arab dengan muka serius+masam je melayan. Selepas bayar, aku cakap "Thank you, Assalamualaikum", terus cashier tu berubah muka dia, then terus senyum mesra sambil jawab "Wa'alaikumsalam... I thought you are Filipino" adusss... Filipino lagi!!

Ada rupa Filipino sangat ka aku nih?! Hmmm... heran sungguh! Jika semasa di Colombia, orang sana ingat aku ni Colombiano, semasa di China, orang sana ingat aku nih Cina Xinjiang, jika di Thailand, orang sana ingat aku ni mat Siam! Tapi yang herannya semasa di Dallas takda pulak orang putih sana datang tegur "Are you American?"! Kui..kui...kui... belum cukup biru lagi mata aku kot... ;-))


p/s: Apa-apa pun, semasa tinggal di Filipina dulu-dulu cukup suka dengan lagu-lagu nyanyian group Aegis... so here it is, enjoy it! Filipino kayo?!!

4 comments:

sanad said...

cet..!! nak crita muka dia cam Pan-Asia le tu.. hampezzz... :p
hehehehe..

1 lg, konpius aku.. yg tanya kat ko smua nye "jantan".. Hati-hati bro.. :p
Hehehehehe..

Jarr said...

Bro,

ke mmg org beloh2 teghanu mmg orang ingak kita pinoy?

aku gi melbourne pong org ingak aku pinoy....

gi kat kakok aku di liverpool pon org ingak pinoy...kalau deme ingak aku torres dakpe la jugok..

wahahahahahhaa

joe said...

Wak Sanad- bukan Pan-asia tapi Pan-Siam la beb! kehkehkeh

Jarr- mmg muka org pinoy tulin sebiji muka melayu. Well dari rumpun yang sama kan. Kalau tengok muka pinoy yg pelik tu biasanya dah mix dgn Spanish yg jajah depa beratus tahun dulu-dulu.

Jarr said...

tu la sapal...
yg cun melecun skang nih,semua yg dah mixed...

kite kategori tu ke?huhuhu....