Nuffnang

Saturday, June 27, 2009

Kirschen

Oppsss!! Kali ini bukan cerita mengenai trip ke mana-mana, tetapi mengenai Kirschen atau dalam bahasa melayunya ialah buah Ceri. Setiap summer ialah musim buah ceri yang juga serentak dengan musim buah strawberry. Kalau tak silap, selepas musim strawberry dan ceri akan mula pula musim buah Pfirsich atau Peaches dan selepas itu pula akan diganti dengan musim Epal around September. Apa nak buat, itu je lah buah-buahan tempatan disini, tiada rambutan, durian, duku, manggis or even mempelam. Jika disini kalau teringin untuk makan buah rambutan, durian atau manggis boleh dibeli di kedai Asia kepunyaan orang China disini. Tetapi harganya memang tak masuk akal punya mahal. Jadi nak tak nak terpaksa la telan buah-buahan "orang putih" ni!

Balik pada cerita buah ceri ini, sekarang ni jika ke pasar atau supermarket, memang berlonggok-longgok dijual ceri ini. Harga pun memang murah, setakat ini yang paling murah dijumpai ialah EUR 2 per kilo. Dan biasanya akan ada dua gred ceri yang berbeza, atau yang saiz besar & lebih manis dan sedap rasanya harganya lebih mahal. Yang saiz kecil pun tidak kurang sedapnya, and worth buying. Kalau beli sekilo tu, sampai nak kembung perut nak menghabiskannya!

Gambar above diambil pagi tadi di pasar Viktor Adler Markt, berdekatan dengan area apartment kami di Favoriten ini. Pasar ini yang dibuka setiap hari except Ahad dari pagi hingga 12 pm, terkenal dengan sayuran & buah-buahan segar dan harganya yang murah. Ala-ala pasar tani di Malaysia la gitu.

Jadi sesiapa yang teringin nak makan ceri yang sedap, manis, merah, gebu, juicy dan murah sehingga kembung perut datanglah ke Vienna sekarang!! Dijamin puas hati!! ;-))


4 comments:

HatiMinda Twentie said...

Ceri atau krienchen kata org malay vienna ni adalah buah kegemaran gua ni, camner nak datang sana? Kasi gua trip yang mudah dan murah...satu lagi rasa2nya sempat tak gua datang sana sebelum lu nak berhijrah bro hehehe...

Ina said...

Salam Joe,

Memang nampak menyelerakan...ini sudah dikira dugaan pertama untuk puasa hari ini...hehehe

Sizuka said...

joe, nak sikit! kat sini jual punya la mahal. cuma ada kat cold storage and jusco je.

joe said...

Bro..

Kami insyaAllah kalau ada rezeki panjang lagi tinggal disini. Datang le book tiket awal2 dapat le murah, via Emirates atau Qatar. Bab accomodation ada sorang kakak disini yang ada own service apartment khas untuk visitor dari Malaysia with cheap rate. Bisa diatur tu..