Nuffnang

Friday, June 19, 2009

Innsbruck

Minggu lepas selama empat hari berada di Innsbruck disebabkan urusan kerja. Bandar Innsbruck iaitu ibu negeri wilayah Tirol memang terkenal sebagai pusat pelancongan disebabkan lokasinya di kawasan pergunungan Alps. Innsbruck juga pernah menjadi hos untuk 1976 Winter Olympic Games.

Perjalanan dari Vienna ke Innsbruck, jika memandu kereta memakan masa lebih kurang 5 jam. Yang menariknya ialah route perjalanan ke Innsbruck yang memerlukan untuk memandu didalam negara Germany lebih kurang sejauh 90 km selepas Salzburg sebelum masuk semula ke border Austria dan continue driving ke Innsbruck.

Memandu selama 5 jam seorang diri memang membosankan, apa nak buat dah terpaksa..carik makan... tetapi pemandangan sepanjang perjalanan terutamanya dari Salzburg hinggalah ke Innsbruck sememangnya memukau, sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa bosan & mengantuk.


Semasa di Innsbruck, menginap di hotel Austrotel yang terletak berdekatan (walking distance) dengan kawasan shopping area with 100s of shops. Hotel Austrotel memang recommended untuk sesiapa yang hendak datang ke Innsbruck, dengan rate yang agak berpatutan juga. Semasa menginap dihotel ini, ternampak tiap-tiap hari ada bas yang penuh dengan pelancong datang menginap terutamanya pelancong dari China & India. Must be, hotel ni popular & recommended by travel agencies juga kot.

Bandar Innsbruck ni sebenarnya terletak di kawasan kaki pergunungan, dimana di kiri-kanan bandarnya dipenuhi gunung-ganang. Dua gambar diatas, diambil dari bilik hotel di sebelah petang & dua gambar dibawah, same location but snapped diwaktu pagi.


Semasa di Innsbruck, tak berpeluang untuk menjelajah ke sekitar bandar. Bila dah sorang-sorang ni, malas & takda mood untuk nak jalan-jalan. Some people recommend untuk visit Old town jika ke sini. Tak ternampak pulak belah mananya Old Town tu semasa disana ulang alik dari hotel ke tempat kerja.

Satu lagi tarikan pelancong jika ke Innsbruck ialah Kristallwelten. Ianya tempat asal-usulnya kristal-kristal Swarovski yang terkenal di seluruh dunia itu. Kristallwelten ini terletak di Watten, dalam 10 km outside bandar Innsbruck. Jika drive dari Vienna akan jumpa exit ke Kristallwelten ni sebelum sampai ke bandar Innsbruck. Apa yang ada di Kristallwelten ni? Entahlah.. tetapi boleh check it out di sini..


Kami planning untuk visit Innsbruck one day, maybe during this summer holiday ni. Bila travel dengan family barulah bersemangat sikit nanti nak menjelajah ke sekitar bandar.

Jika ke Innsbruck dari Vienna, jangan lepaskan peluang menikmati pemandangan cantik tasik Chiemsee yang terletak dalam Germany, atau between Roseinheim, Germany & Salzburg, Austria. Semasa memandu melintasi Chiemsee boleh kelihatan begitu banyak sekali bot layar ditengah-tengah tasik. Sempat juga ternampak di tepi-tepi tasik golongan nudist tengah berjemur menikmati sinaran matahari ke seluruh tubuh badan. Pantang ada matahari sikit mulalah nak berjemur, lepaih tu tanak pakai baju pulak dah... pelik sungguh orang putih nih! Orang kulit putih sibuk nak gelapkan kulit, orang kita pulak sibuk nak putihkah kulit! Ish!! Di Vienna pun pemandangan sama boleh dilihat jika pergi ke tasik-tasik diwaktu summer ni. Nanti one day, aku nak pi tangkap gambar (a.k.a skodeng) grup nudist ni tengah berjemur la, tambah lagi baru last month angkat new telezoom lens untuk DSLR. Boleh test power lens sekali.. Hahaha... tungguuu....

10 comments:

Anonymous said...

Kami di Innsbruck Ahad 7 Jun lepas. Jalan masuk dari highway hala Salzburg ke tempat melawat utama (mungkin yang disebut Old Town) adalah exit Innsbruck West di A12 ke Bludenz. Masa tu ada construction dan jalannya sangat sempit. Lori dan bas memang tak boleh masuk. So hati-hati melalui tempat ni.

Parking tengah bandar, walaupun hujung mingu, kena bayar. Ini semua parking private. Tapi parking ditepi jalan selalunya kerajaan punya dan free. So kami parking di utara Hofgarten. Percuma hujung minggu. Jalan sikitlah dan Hofgarten adalah sebuah taman yang tak terlalu besar dan ada tempat permainan anak-anak.

Kami melawat bandar Innsbruck tu 2 jam saja tapi sempat pergi makan kebab depan main train station. Orang Turki tu kata halal dan kami tak tanya lebih (Insieme Cafe Bar Restaurant). Tapi ada beberapa kedai kebab lain yang tak sejauh main train station.

Di Innsbruck main square (Herzog- Freidrichstrase) ada satu lorong kecil Seilergasse. Di situ ada kedai cenderahati kepunyaan orang Islam. Taukehnya perempuan Islam Austria yang memberikan banyak diskaun kepada kami. Minyak atar pun ada dalam kedai tu!

These are some notes for you summer visit Joe! Wassalaam.

ann said...

we skipped Crystal World. Kat Alstadt pun ada mini crystal exhibition by Swarovski. Entrance I think abt EUR6.50 perperson. With two small kids we preferred exploring the town and just checking out the scenery and ppl. My hubby pun a DSLR enthusisast :)

joe said...

Salam,

@TA: Thanks untuk all the tips. very usefull untuk trip kami nanti. Ingat ye semua nama kat sana. Tak shopping Swarovksi ke masa kat Innsbruck? ;-)

@Ann: Ada recommendation untuk nice hotel apart in Zurich & Geneva tak? Plan to go there too summer ni.

Sizuka said...

joe, kalau pegi zurich, call up my friend yg duduk sana. rasanya u dah add dia or was it his wife? i'll introduce dalam fb tonite.

bila agaknya i'll be able to visit u and olin kat vienna

ann said...

sori i don't have any recommendation for hotels in zurich/geneva. we usually per use www.booking.com kalau nak book hotels at good rates. brapa lama kat zurich? ada masa singgahlah baden and stay with us. kitorang mmg suka kalau guests dtg stay, esp fellow msians. zurich pun bukan jauh sgt, 20 mins je by train or driving.

Anonymous said...

Joe, saya seorang kalau di Zurich selalu tidur kat hotel di kawasan Niederdofstrasse. Niederdofstrasse adalah old town Zurich yang banyak kedai makan (termasuk satu restoren Malaysia) dan aktiviti sebelah malamnya hebat juga. Rasanya tak sesuai untuk kamu sebab itu tengah bandar dan parking susah dan kena bayar.

Tapi si Ann dari Baden tu dah kasi bola tanggung ... lipat sajalah! Wasalaam. Raihan.

ann said...

you can contact me offline at anna.fm@gmail.com. nanti i cc to my hubby.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
joe said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.