Nuffnang

Wednesday, June 10, 2009

Flohmarkt a.k.a. Fleamarket


Flohmarkt atau fleamarket bukan satu benda asing untuk sesiapa yang tinggal di Vienna dan juga pelancong yang datang ke Vienna. Ini disebabkan terdapatkan satu tarikan di Vienna iaitu Naschmarkt yang terkenal dengan pasar uniknya yang menjual pelbagai jenis barangan daripada bahan makanan mentah seperti ayam, daging termasuk yang halal, ikan, sayuran, rempah-ratus hinggalah kepada pasar barangan terpakai atau fleamarket yang bersebelahan antara satu sama lain.

Naschmarkt terletak di pusat bandar Vienna dan mudah untuk dikunjungi dengan menaiki underground train atau disini dipanggil U-Bahn line U4. Bila bercerita pasal Naschmarkt, rupa-rupanya semenjak tinggal disini hampir 2 tahun, baru 2 kali kami berkunjung ke Naschmarkt. Kalau tak silap fleamarket di Naschmarkt cuma ada setiap hari Sabtu.

Tetapi few weeks ago kami visit another fleamarket yang terletak di Gross Enzersdorf, di satu kawasan lapang yang menempatkan atau menjadi Auto Kino pada sebelah malamnya. Auto Kino ni atau Drive-in cinema, pengunjung tengok movie sambil duduk dalam kereta. Quite interesting jugak Auto Kino ni, almaklumlah tak pernah lagi experience tengok movie dari dalam kereta. Di kawasan ini ada 3 skrin atau layar putih yang besar yang akan menayang 3 cerita berlainan pada satu-satu masa. Tak sure la pulak macamana keadaannya di waktu malam dengan 3 cerita berlainan ditayangkan serentak. Nak kena pi menyiasat juga satu hari nanti... maybe next month bila cuti sekolah bermula. Kalau berminat nak tahu more detail pasal Auto Kino ni bolehlah browse their webpage.. www.autokino.at



Balik pada cerita mengenai fleamarket ini, agak banyak juga gerai-gerai yang dibuka dikawasan lapang yang memang luas ini. Tetapi mostly penjual ialah peniaga barangan terpakai sepenuh masa, bukannya private party atau bukannya macam car-boot sale yang "pemes" di UK tu. Tetapi still barangan yang dijual disini boleh tahan "terpakai"nya juga. Dari seburuk-buruk barang hinggalah barang yang baru pun ada dijual, bermacam-macam benda ada, pakaian, pingan mangkuk, barang letrik yang dah layak masuk muzium, tayar kereta, motor dan basikal (nasib baik tayar lori takda jual) dan macam-macam lagi.


Rasanya kalau fleamarket ala car-boot mesti lagi menarik dan murah sebab barangan dijual terus oleh ownernya sendiri. Kalau semasa di Dallas dulu, jika teringin untuk mencari barangan terpakai, boleh pergi ke "Garage Sale" yang dibuat oleh mana-mana owner rumah dengan menjual their own barangan di depan garage/rumah sendiri. Biasanya on weekend kalau takda aktiviti apa-apa, selalulah drive around melilau di kawasan perumahan mencari kalau-kalau ada orang yang "bukak garage". Kadang-kadang barang yang dijual still like new but with a very good price!

Di Auto Kino fleamarket ni sempat la juga belikan "scooter" untuk budak-budak since harganya yang cukup murah dan still in good condition. Barang-barang lain tiada yang berkenan di mata. Lagi pun, scooter ni kalau beli yang baru bukannya dipakai everyday pun. Tinggal di apartment ni, cuma weekend je la boleh main dengan scooter atau basikal ke. Kadang-kadang weekend sibuk dengan aktivi lain pulak. 

Walauapapun, fleamarket always menarik untuk visit, macam-macam benda yang kadang-kadang tak disangka masih wujud, ada boleh dijumpai disini. Maybe kami akan datang lagi... tetapi sebelah malam la pulak ya...


2 comments:

Lynna said...

Yeahhh...garage sale kat US rawks!!!! huhhuhu ;) rasanya mmg one of the shopping port masa stadi dulu....port carik household items hehe...yg bestnye bila beli pinggan mangkok mesti nak kena samak dulu hahaha....

Ina said...

Dear Joe,

Nampak macam best aje... Terkenang zaman rajin merayau2 kat car boots sale kat UK... Memang best giler cari bargains, I used to like buying second hand books yang hanya beberapa pence aje...sigh...