Nuffnang

Sunday, June 14, 2009

Bratislava

Last Thursday ialah public holiday di Austria dan seperti biasa apabila cuti umum dan hari Ahad, semua jenis kedai disini akan ditutup rapat! Satu pun tak ada yang dibuka kecuali few kebab store. Walaubagaimanapun, kalau jalan-jalan di city center di hari cuti begini masih ramai pelancong yang sightseeing menikmati pemandangan indah kota Vienna.

Tetapi kali ini destinasi kami sekeluarga untuk menghabiskan masa, mencuci mata dan seboleh-bolehnya untuk tidak mencucikan poket, we decided untuk pergi ke Bratislava, ibu negara Slovakia!

Bratislava cuma 1 hour drive sahaja dari Vienna, so can be considered as dekat sangat laa... umpama driving dari Ampang ke Semenyih je tu. Sebelum ini kami dah pernah melawat Bratislava twice. Kali pertama, Nov 2007, dengan menaiki keretapi dari Sudbanhof, Vienna (belum ada kereta lagi masa tu). Kalau tak silap tambang keretapi cuma EUR 10 sahaja dan boleh beli anytime dan setiap satu jam ada train dari Vienna ke Bratislava. Memang recommended untuk sesiapa yang datang ke Vienna untuk melawat ke Bratislava dengan menaiki keretapi. Di sepanjang perjalanan akan dapat menikmati pemandangan indah country side of Austria.

Jika menaiki kereta, ada 2 route untuk ke Bratislava, samada melalui highway atau jalan biasa. Jarak & masa yang diambil lebih kurang sama sahaja. Bagi kami dari Vienna akan melalui jalan biasa yang mana dapat mencuci mata dengan pemandangan cantik ladang-ladang, kampung-kampung, bukit-bukau & juga orang Austria! Dan bila pulang dari Bratislava akan melalui jalan highway, boleh la tekan minyak 130km/h, biasala bila nak balik ke rumah, rasa nak cepat sampai je kan..

Semasa dalam perjalanan ke Bratislava, ternampak satu sign mengenai tempat sejarah & tarikan pelancong di Carnuntum. Disini terdapat kesan-kesan sejarah kota lama zaman Roman dahulu kala. Yang paling menarik perhatian kami ialah tempat bernama "Heidentor" ataupun sisa
bangunan yang menjadi part of former Roman civilian town. Quite menarik juga sisa runtuhan atau boleh dikatakan yang tinggal cuma pintu masuk kota sahaja. Heidentor ini terletak di tengah-tengah padang yang dikelilingi oleh ladang gandum atau spesis "seangkatan" dengan gandum lah. Aku pun tak kenai sangat camana rupa exactly pokok gandum but lebih kurang adik-beradik gandumlah kot. (Cuba tengok gambar-gambar dibawah, pokok gandum atau apa tu? Kalau salah tolong betulkan. Macam biasa, click on the pic for better viewing) Terdapat few other visitors juga semasa kami disana. Pemandangan di sekeliling Heidentor ini memang cantik dan peaceful sekali. Kiranya sesuailah untuk sesapa yang kaki termenung memfantasikan dan mengkhayalkan apa-apa sahaja yang tidak mampu dicapai dalam alam realiti.


Satu lagi pemandangan menarik sepanjang perjalanan ke Bratislava ialah di salah satu pekan kecil yang namanya tidak lah sempat untuk aku siasat, jalan rayanya merentas melalui satu tembok kota lama dengan lorong yang sempit dan cuma boleh dilalui oleh satu kereta dalam satu masa. Disebabkan itu terdapatnya "traffic light" untuk mengawal trafik melalui lorong sempit ini. Yang pasti, ianya memang amat unik sekali, and quite impressive juga bila dilihat sebahagian kota lama ini yang begitu terpelihara dan tidak diubahsuai langsung walaupun ianya menjadi sebahagian laluan trafik.

Trip kami kali ini ke Bratislava sebenarnya cuma untuk ke satu shopping complex bernama Avion Shopping center yang terletak berdekatan Bratislava International Airport. Sempat lah juga menikmati lunch di McDonald disini, yang mana harganya lebih murah daripada Vienna even disini sudah pun mula menggunakan matawang Euro mulai awal tahun ini.

Satu lagi yang best bila datang ke sini ialah kerana adanya hypermarket seperti Tesco & Carrefour! Di Vienna tiada langsng hypermarket, aku rasa kerajaan Austria tidak membenarkan hypermarket di"biak"kan di sini. Well its good untuk melindungi pengusaha supermarket sederhana disini tapi untuk pengguna ada sedikit kerugian la kan. Kalau ada hypermarket, choices barangan lagi banyak dan harga pun biasanya lebih murah di hypermarket.

Trip kali ni cuma habiskan masa di Avion shopping mall, tetapi malangnya tidak mampu untuk mengelakkan diri dari aktiviti "mencuci" poket apabila tidak tahan godaan pelbagai barangan makanan di hypermarket disini!!


6 comments:

HatiMinda Twentie said...

Bila cerita hang pergi bratislava ni teringat la pulak gua pada cerita "Euro Trip"...kelakar giler...tapi terasa juga la betapa mundurnya bratislava ni dalam filem tersebut, tapi sekarang mundur lagi ke bro?? wakaka...

joe said...

ooo citer Euro Trip memang best gilerr tuhh! tapi bandar Bratislava la ni ok je, very opposite dari yg digambarkan dlm movie tu. Bratislava bandar kecik je, but quite modern jugak. tak tau la kalau2 zaman2 komunis dulu...entahlah.. nampak dari mata kasar ok je semua..

sanad said...

err.. smua kat McD dia halal ke abe zue.??
atau, as usual blasah pilet-o-pis je..
atau, tawakal je.. hehehehe

joe said...

biasa la bang sanad.... pilet-o-pis je dulu kini & selamanya..

Anonymous said...

Nasib baik hang tak cerita Bratislava sebelum kami pi jalan-jalan Czech-Austria-Liechenstein-Swiss hari tu. Kalau tidak haru biru plan perjalanan kami.

Walaupun tak ada hypermarket di Vienna, saya fikir LIDL dah cukup murah walaupun barang tak banyak.

Anyway, seperti yang kamu beritahu dulu dan saya terbaca dalam Daily Telegraph UK, Vienna has been voted as the best city to live (http://www.telegraph.co.uk/travel/picturegalleries/5505854/The-best-and-worst-cities-to-live-in.html). Wonder why you are planning to leave early?

joe said...

Salam TA,

Bratislava takda benda menarik sgt pun, kalau cuma nak jejak kaki bolehlah... lagipun dah lain direction dari route travel tu. Zigzag route jadinya nanti... ;-)

Maybe we r not leaving... tungguu confirmation next week. ;-))