Nuffnang

Saturday, June 27, 2009

Kirschen

Oppsss!! Kali ini bukan cerita mengenai trip ke mana-mana, tetapi mengenai Kirschen atau dalam bahasa melayunya ialah buah Ceri. Setiap summer ialah musim buah ceri yang juga serentak dengan musim buah strawberry. Kalau tak silap, selepas musim strawberry dan ceri akan mula pula musim buah Pfirsich atau Peaches dan selepas itu pula akan diganti dengan musim Epal around September. Apa nak buat, itu je lah buah-buahan tempatan disini, tiada rambutan, durian, duku, manggis or even mempelam. Jika disini kalau teringin untuk makan buah rambutan, durian atau manggis boleh dibeli di kedai Asia kepunyaan orang China disini. Tetapi harganya memang tak masuk akal punya mahal. Jadi nak tak nak terpaksa la telan buah-buahan "orang putih" ni!

Balik pada cerita buah ceri ini, sekarang ni jika ke pasar atau supermarket, memang berlonggok-longgok dijual ceri ini. Harga pun memang murah, setakat ini yang paling murah dijumpai ialah EUR 2 per kilo. Dan biasanya akan ada dua gred ceri yang berbeza, atau yang saiz besar & lebih manis dan sedap rasanya harganya lebih mahal. Yang saiz kecil pun tidak kurang sedapnya, and worth buying. Kalau beli sekilo tu, sampai nak kembung perut nak menghabiskannya!

Gambar above diambil pagi tadi di pasar Viktor Adler Markt, berdekatan dengan area apartment kami di Favoriten ini. Pasar ini yang dibuka setiap hari except Ahad dari pagi hingga 12 pm, terkenal dengan sayuran & buah-buahan segar dan harganya yang murah. Ala-ala pasar tani di Malaysia la gitu.

Jadi sesiapa yang teringin nak makan ceri yang sedap, manis, merah, gebu, juicy dan murah sehingga kembung perut datanglah ke Vienna sekarang!! Dijamin puas hati!! ;-))


Friday, June 19, 2009

Innsbruck

Minggu lepas selama empat hari berada di Innsbruck disebabkan urusan kerja. Bandar Innsbruck iaitu ibu negeri wilayah Tirol memang terkenal sebagai pusat pelancongan disebabkan lokasinya di kawasan pergunungan Alps. Innsbruck juga pernah menjadi hos untuk 1976 Winter Olympic Games.

Perjalanan dari Vienna ke Innsbruck, jika memandu kereta memakan masa lebih kurang 5 jam. Yang menariknya ialah route perjalanan ke Innsbruck yang memerlukan untuk memandu didalam negara Germany lebih kurang sejauh 90 km selepas Salzburg sebelum masuk semula ke border Austria dan continue driving ke Innsbruck.

Memandu selama 5 jam seorang diri memang membosankan, apa nak buat dah terpaksa..carik makan... tetapi pemandangan sepanjang perjalanan terutamanya dari Salzburg hinggalah ke Innsbruck sememangnya memukau, sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa bosan & mengantuk.


Semasa di Innsbruck, menginap di hotel Austrotel yang terletak berdekatan (walking distance) dengan kawasan shopping area with 100s of shops. Hotel Austrotel memang recommended untuk sesiapa yang hendak datang ke Innsbruck, dengan rate yang agak berpatutan juga. Semasa menginap dihotel ini, ternampak tiap-tiap hari ada bas yang penuh dengan pelancong datang menginap terutamanya pelancong dari China & India. Must be, hotel ni popular & recommended by travel agencies juga kot.

Bandar Innsbruck ni sebenarnya terletak di kawasan kaki pergunungan, dimana di kiri-kanan bandarnya dipenuhi gunung-ganang. Dua gambar diatas, diambil dari bilik hotel di sebelah petang & dua gambar dibawah, same location but snapped diwaktu pagi.


Semasa di Innsbruck, tak berpeluang untuk menjelajah ke sekitar bandar. Bila dah sorang-sorang ni, malas & takda mood untuk nak jalan-jalan. Some people recommend untuk visit Old town jika ke sini. Tak ternampak pulak belah mananya Old Town tu semasa disana ulang alik dari hotel ke tempat kerja.

Satu lagi tarikan pelancong jika ke Innsbruck ialah Kristallwelten. Ianya tempat asal-usulnya kristal-kristal Swarovski yang terkenal di seluruh dunia itu. Kristallwelten ini terletak di Watten, dalam 10 km outside bandar Innsbruck. Jika drive dari Vienna akan jumpa exit ke Kristallwelten ni sebelum sampai ke bandar Innsbruck. Apa yang ada di Kristallwelten ni? Entahlah.. tetapi boleh check it out di sini..


Kami planning untuk visit Innsbruck one day, maybe during this summer holiday ni. Bila travel dengan family barulah bersemangat sikit nanti nak menjelajah ke sekitar bandar.

Jika ke Innsbruck dari Vienna, jangan lepaskan peluang menikmati pemandangan cantik tasik Chiemsee yang terletak dalam Germany, atau between Roseinheim, Germany & Salzburg, Austria. Semasa memandu melintasi Chiemsee boleh kelihatan begitu banyak sekali bot layar ditengah-tengah tasik. Sempat juga ternampak di tepi-tepi tasik golongan nudist tengah berjemur menikmati sinaran matahari ke seluruh tubuh badan. Pantang ada matahari sikit mulalah nak berjemur, lepaih tu tanak pakai baju pulak dah... pelik sungguh orang putih nih! Orang kulit putih sibuk nak gelapkan kulit, orang kita pulak sibuk nak putihkah kulit! Ish!! Di Vienna pun pemandangan sama boleh dilihat jika pergi ke tasik-tasik diwaktu summer ni. Nanti one day, aku nak pi tangkap gambar (a.k.a skodeng) grup nudist ni tengah berjemur la, tambah lagi baru last month angkat new telezoom lens untuk DSLR. Boleh test power lens sekali.. Hahaha... tungguuu....

Sunday, June 14, 2009

Bratislava

Last Thursday ialah public holiday di Austria dan seperti biasa apabila cuti umum dan hari Ahad, semua jenis kedai disini akan ditutup rapat! Satu pun tak ada yang dibuka kecuali few kebab store. Walaubagaimanapun, kalau jalan-jalan di city center di hari cuti begini masih ramai pelancong yang sightseeing menikmati pemandangan indah kota Vienna.

Tetapi kali ini destinasi kami sekeluarga untuk menghabiskan masa, mencuci mata dan seboleh-bolehnya untuk tidak mencucikan poket, we decided untuk pergi ke Bratislava, ibu negara Slovakia!

Bratislava cuma 1 hour drive sahaja dari Vienna, so can be considered as dekat sangat laa... umpama driving dari Ampang ke Semenyih je tu. Sebelum ini kami dah pernah melawat Bratislava twice. Kali pertama, Nov 2007, dengan menaiki keretapi dari Sudbanhof, Vienna (belum ada kereta lagi masa tu). Kalau tak silap tambang keretapi cuma EUR 10 sahaja dan boleh beli anytime dan setiap satu jam ada train dari Vienna ke Bratislava. Memang recommended untuk sesiapa yang datang ke Vienna untuk melawat ke Bratislava dengan menaiki keretapi. Di sepanjang perjalanan akan dapat menikmati pemandangan indah country side of Austria.

Jika menaiki kereta, ada 2 route untuk ke Bratislava, samada melalui highway atau jalan biasa. Jarak & masa yang diambil lebih kurang sama sahaja. Bagi kami dari Vienna akan melalui jalan biasa yang mana dapat mencuci mata dengan pemandangan cantik ladang-ladang, kampung-kampung, bukit-bukau & juga orang Austria! Dan bila pulang dari Bratislava akan melalui jalan highway, boleh la tekan minyak 130km/h, biasala bila nak balik ke rumah, rasa nak cepat sampai je kan..

Semasa dalam perjalanan ke Bratislava, ternampak satu sign mengenai tempat sejarah & tarikan pelancong di Carnuntum. Disini terdapat kesan-kesan sejarah kota lama zaman Roman dahulu kala. Yang paling menarik perhatian kami ialah tempat bernama "Heidentor" ataupun sisa
bangunan yang menjadi part of former Roman civilian town. Quite menarik juga sisa runtuhan atau boleh dikatakan yang tinggal cuma pintu masuk kota sahaja. Heidentor ini terletak di tengah-tengah padang yang dikelilingi oleh ladang gandum atau spesis "seangkatan" dengan gandum lah. Aku pun tak kenai sangat camana rupa exactly pokok gandum but lebih kurang adik-beradik gandumlah kot. (Cuba tengok gambar-gambar dibawah, pokok gandum atau apa tu? Kalau salah tolong betulkan. Macam biasa, click on the pic for better viewing) Terdapat few other visitors juga semasa kami disana. Pemandangan di sekeliling Heidentor ini memang cantik dan peaceful sekali. Kiranya sesuailah untuk sesapa yang kaki termenung memfantasikan dan mengkhayalkan apa-apa sahaja yang tidak mampu dicapai dalam alam realiti.


Satu lagi pemandangan menarik sepanjang perjalanan ke Bratislava ialah di salah satu pekan kecil yang namanya tidak lah sempat untuk aku siasat, jalan rayanya merentas melalui satu tembok kota lama dengan lorong yang sempit dan cuma boleh dilalui oleh satu kereta dalam satu masa. Disebabkan itu terdapatnya "traffic light" untuk mengawal trafik melalui lorong sempit ini. Yang pasti, ianya memang amat unik sekali, and quite impressive juga bila dilihat sebahagian kota lama ini yang begitu terpelihara dan tidak diubahsuai langsung walaupun ianya menjadi sebahagian laluan trafik.

Trip kami kali ini ke Bratislava sebenarnya cuma untuk ke satu shopping complex bernama Avion Shopping center yang terletak berdekatan Bratislava International Airport. Sempat lah juga menikmati lunch di McDonald disini, yang mana harganya lebih murah daripada Vienna even disini sudah pun mula menggunakan matawang Euro mulai awal tahun ini.

Satu lagi yang best bila datang ke sini ialah kerana adanya hypermarket seperti Tesco & Carrefour! Di Vienna tiada langsng hypermarket, aku rasa kerajaan Austria tidak membenarkan hypermarket di"biak"kan di sini. Well its good untuk melindungi pengusaha supermarket sederhana disini tapi untuk pengguna ada sedikit kerugian la kan. Kalau ada hypermarket, choices barangan lagi banyak dan harga pun biasanya lebih murah di hypermarket.

Trip kali ni cuma habiskan masa di Avion shopping mall, tetapi malangnya tidak mampu untuk mengelakkan diri dari aktiviti "mencuci" poket apabila tidak tahan godaan pelbagai barangan makanan di hypermarket disini!!


Wednesday, June 10, 2009

Flohmarkt a.k.a. Fleamarket


Flohmarkt atau fleamarket bukan satu benda asing untuk sesiapa yang tinggal di Vienna dan juga pelancong yang datang ke Vienna. Ini disebabkan terdapatkan satu tarikan di Vienna iaitu Naschmarkt yang terkenal dengan pasar uniknya yang menjual pelbagai jenis barangan daripada bahan makanan mentah seperti ayam, daging termasuk yang halal, ikan, sayuran, rempah-ratus hinggalah kepada pasar barangan terpakai atau fleamarket yang bersebelahan antara satu sama lain.

Naschmarkt terletak di pusat bandar Vienna dan mudah untuk dikunjungi dengan menaiki underground train atau disini dipanggil U-Bahn line U4. Bila bercerita pasal Naschmarkt, rupa-rupanya semenjak tinggal disini hampir 2 tahun, baru 2 kali kami berkunjung ke Naschmarkt. Kalau tak silap fleamarket di Naschmarkt cuma ada setiap hari Sabtu.

Tetapi few weeks ago kami visit another fleamarket yang terletak di Gross Enzersdorf, di satu kawasan lapang yang menempatkan atau menjadi Auto Kino pada sebelah malamnya. Auto Kino ni atau Drive-in cinema, pengunjung tengok movie sambil duduk dalam kereta. Quite interesting jugak Auto Kino ni, almaklumlah tak pernah lagi experience tengok movie dari dalam kereta. Di kawasan ini ada 3 skrin atau layar putih yang besar yang akan menayang 3 cerita berlainan pada satu-satu masa. Tak sure la pulak macamana keadaannya di waktu malam dengan 3 cerita berlainan ditayangkan serentak. Nak kena pi menyiasat juga satu hari nanti... maybe next month bila cuti sekolah bermula. Kalau berminat nak tahu more detail pasal Auto Kino ni bolehlah browse their webpage.. www.autokino.at



Balik pada cerita mengenai fleamarket ini, agak banyak juga gerai-gerai yang dibuka dikawasan lapang yang memang luas ini. Tetapi mostly penjual ialah peniaga barangan terpakai sepenuh masa, bukannya private party atau bukannya macam car-boot sale yang "pemes" di UK tu. Tetapi still barangan yang dijual disini boleh tahan "terpakai"nya juga. Dari seburuk-buruk barang hinggalah barang yang baru pun ada dijual, bermacam-macam benda ada, pakaian, pingan mangkuk, barang letrik yang dah layak masuk muzium, tayar kereta, motor dan basikal (nasib baik tayar lori takda jual) dan macam-macam lagi.


Rasanya kalau fleamarket ala car-boot mesti lagi menarik dan murah sebab barangan dijual terus oleh ownernya sendiri. Kalau semasa di Dallas dulu, jika teringin untuk mencari barangan terpakai, boleh pergi ke "Garage Sale" yang dibuat oleh mana-mana owner rumah dengan menjual their own barangan di depan garage/rumah sendiri. Biasanya on weekend kalau takda aktiviti apa-apa, selalulah drive around melilau di kawasan perumahan mencari kalau-kalau ada orang yang "bukak garage". Kadang-kadang barang yang dijual still like new but with a very good price!

Di Auto Kino fleamarket ni sempat la juga belikan "scooter" untuk budak-budak since harganya yang cukup murah dan still in good condition. Barang-barang lain tiada yang berkenan di mata. Lagi pun, scooter ni kalau beli yang baru bukannya dipakai everyday pun. Tinggal di apartment ni, cuma weekend je la boleh main dengan scooter atau basikal ke. Kadang-kadang weekend sibuk dengan aktivi lain pulak. 

Walauapapun, fleamarket always menarik untuk visit, macam-macam benda yang kadang-kadang tak disangka masih wujud, ada boleh dijumpai disini. Maybe kami akan datang lagi... tetapi sebelah malam la pulak ya...


Saturday, June 6, 2009

Makan-makan@Malaysian Residence

Lebih kurang seminggu tidak sempat untuk update this blog. Been quite busy last week, terpaksa berkerja di Graz for whole week. Next week will be in Linz till Wednesday and then the week after will be in Innsbruck. Nasib baik Thursday next week is public holiday here in Austria, and company "bermurah hati" decided to declare Friday as day-off too. Jadi will have a longgg 4 days weekend next week. Its normal here kalau ada public holiday jatuh pada hari Thurday or Tuesday, then hari Friday or Monday will be added as day-off too atau nama officialnya "Fenstertag" or "Bridging Day"

This month of June, we will be very busy if what i'm currently working on is succesful. I will disclose about it once it is confirmed, hopefully by next week. Doa-doakan semoga semuanya akan berjalan lancar dan berjaya.. Aminn..

Aihh.... dah lari tajuk nih. Ok, today kami sekeluarga attend jemputan daripada pihak Embassy of Malaysia disini untuk satu majlis sempena Birthday of SPB Yg Dipertuan Agong, yang di adakan di kediaman Ambassador atau nama "glamer"nya.. Malaysian Residence.


Well seperti biasa, majlis sebeginilah peluang terbaik untuk berjumpa dan berkenal-kenal dengan warga Malaysian yang tinggal di Austria. Dan seperti biasa, ianya juga peluang yang baik untuk "makan free" dan menayang baju baru, beg baru or even rambut baru. ;-)) 

Jemputan di majlis ini bukan sahaja di kalangan warga Malaysia di Austria, tetapi juga dikalangan jemputan khas warga-warga asing yang mana semuanya aku tak kenal. Tak penting semua tu. Yang penting ialah berkenalan sesama warga Malaysia yang sesetengahnya hanya berpeluang berjumpa muka dimajlis sebegini. 


Tetapi majlis kali terasa sedikit kelainan, disebabkan few families akan meninggalkan Austria dan pulang ke Malaysia atau ke negara lain. Terasa majlis ini seperti majlis perpisahan la pulak, mana idaknya masing-masing sibuk dan "ghairah" bergambar sebagai kenang-kenangan. Nasib baik la takda yang menangis sedih nak berpisah. Kalu idak, mau haru dibuatnya.

Overall semuanya bergumbira di majlis ini yang mewajibkan attendees memakai pakaian kebangsaan atau long sleeve batik atau lounge suit. Satu-satunya majlis yang membolehkan baju batikku keluar dari "pertapaan mengumpul seri" selama setahun dari "gerobok" ajaib. Tetapi terasa tua la pulak bila sekali-sekala memakai baju batik di dalam majlis sebegini... tua-tua kelapa gitu. Kelapa Malaysia ya.. bukan kelapa laut Afrika..;-))