Nuffnang

Saturday, May 16, 2009

Wurst a.k.a Salami

Semasa mula-mula tinggal di Vienna, memang tak berkenan kalau tengok rupa Salami ni. But ramai orang ramai disini yang suka memakannya dengan roti, dihiris nipis dan diletakkan umpama sandwich. Kekadang with some salad, but most of the time cuma salami & roti. Quite curious jugak tentang rasa Salami ni, sedap sangat ke sampai ramai orang yang minat memakannya. Even Haziq pun bagitau ramai kekawan disekolah yang membawa bekal sandwich Salami. Dia pun asyik bagitau yang dia terliur tengok kekawannya makan sandwich Salami dan untuk mengelakkan dia makan kekawannya punya Salami yang ntah dari mana dibelinya terpaksa la jugak dicari Salami yang halal. Nasib baik di supermarket Etsan iaitu rangkaian supermarket kepunyaan rakyat keturunan Turkey (yang bersepah-sepah disini umpama Indon di Malaysia), terdapatnya Salami halal diimport dari Turkey. Begitu besar sekali tanda halalnya jadi tiada sama sekali perasaan ragu atau was-was dah!

Ada perlbagai jenis Salami dijual, ayam, daging, mix with cheese atau mix with vege etc. Biasanya cuma beli 100gm yang mana cuma berharga Eur0.90 lebih kurang. Dapatlah dalam 10 keping slices yang nipis-nipis sesuai dimakan dengan roti atau boleh terus dimakan begitu sahaja (tapi aku tak lalu eh). Kali pertama merasa memang sedap rupa-rupanya Salami ni terutamanya bila dimakan dengan roti, patutlah budak-budak ni suka sangat memakannya. Dan yang paling penting, cukup senang & pantas sekali untuk menyediakannya as a bekal untuk dibawa ke sekolah! Cubalah!!!


2 comments:

sanad said...

yg haram tu = SALAMIAH.. bukan salami.. pegang ble, tp jgn bawak balik..
hehehehe..

joe said...

wah wah wah.. bukan main lagi ber"pantun" wak Sanad ni... nak kena "piat" nih..