Nuffnang

Friday, May 29, 2009

Vienna-2009 World's Best City

Tahun ini bandaraya Vienna telah dipilih sebagai bandaraya terbaik di dunia dalam kategori "Quality of Life" dalam research yang dijalankan oleh Mercer Consulting. Tahun lepas Vienna berada pada kedudukan kedua selepas Zurich but tahun ni vice versa pulak. Surprising pulak rasanya bila Vienna dipilih sebagai Best City in the World! Apa yang best sangat Vienna ni?

Pendapat aku, walaupun Vienna dipilih sebagai World's Best City, tidak semestinya ianya juga "The Best" untuk semua orang. It depends on what is your preference dalam memilih sesuatu tempat untuk didiami. Ada yang pentingkan ketenangan sesebuah bandar, atau quality pendidikan, atau kualiti healthcare atau crime rate or even quality hiburan yang boleh didapati.

Tetapi result survey yang dijalankan oleh Mercer ini tetap valid as a reference in general, how good a city is. Mengikut Mercer, survey dijalankan berdasarkan 39 faktor berlainan yang dikumpulkan dalam 10 kategori seperti dibawah:

1. Political & Social Environment (political stability, crime etc)
2. Economic Environment (banking services etc)
3. Health & Sanitation (medical servcies, waste disposal etc)
4. School & Education 
5. Public Services & Transportation (traffic congestion, public transport etc)
6. Recreation (restaurants, leisures etc)
7. Consumer Goods 
8. Housing
9.  Socio-cultural Environment
10. Natural Environment (climate, natural disaster etc)

Kalau berdasarkan faktor-faktor diatas, memang tidak dinafikan Vienna is good in most of them. Contohnya, crime rate disini very low, low corruption, tiada pergolakan politik walaupun sekarang ini parti haluan kanan yang anti-Islam makin dapat sambutan. Healthcare services memang excellent! Public transport memang aku akui, boleh dikatakan the best antara bandaraya yang pernah aku lawat di Europe. Traffic congestion memang rarely seen disini kecuali kalau ada accident. Boleh dikatakan juga tiada natural disaster di Vienna ini (setakat dua tahun kami tinggal disini). Tetapi perlu diingat all those good services diatas comes with a good price juga. Kerajaan disini ambil 35%-50% from the people's monthly income! Banyakkk tuuu!! 

Tetapi walaubagaimana baguspun sesebuah bandar/tempat, negara tempat asal seseorang tetap akan dianggap sebagai tempat terbaik untuk didiami. Or at least for me, Malaysia tetap the best place to live atau dengan lebih tepat lagi Kuala Ibai, yang tenang & aman di tepi pantai Laut Cina Selatan... tetapi bukannya di Kuala Lumpur yang sesak itu!


No comments: