Nuffnang

Sunday, May 31, 2009

Strawberry Picking@Erdbeerland

Hari ini dalam sejarah.... pertama kali berpeluang memetik strawberry & memakan fresh dari pokoknya. Sejak dari last week lagi duk mencari-cari dimanakan tempat ladang strawberry di sekitar Vienna yang dibuka untuk umum datang memetik/makan strawberry. Bernasib baik selepas dapat tip dari kawan & jumpa weblink dalam internet, rupa-rupanya tempat untuk "strawberry picking" terletak tidak jauh dari tempat tinggal kami. Cuma dalam 20 mins drive sahaja dan tempat ini terletak di Leopoldsdorf,  a little bit di luar sempadan Vienna. 

Dengan cuaca hari ini yang mendung dan dingin, memang sesuai sekali untuk berjemur ditengah padang atau ladang strawberry untuk memetik buahnya. Tempat untuk strawberry picking ini dipanggil "Erdbeerland" dan di kawasan berdekatan Vienna, terdapat few other locations yang semuanya under same group of "Erdbeerland" atau Strawberryland.


Sesampai di Erdbeerland, rupa-rupanya boleh tahan luasnya kawasan ladang strawberry ini dengan tempat parking kereta yang juga luas. Agak ramai juga orang yang datang dan sedang khusyuk terbongkok-bongkok dok petik strawberry. Untuk masuk dan petik strawberry perlu bayar EUR 1 sekepala jika hanya masuk untuk petik & makan terus semasa di ladang. Jika untuk petik, makan & masuk bakul untuk bawa balik, entrance is free. Cuma perlu bayar EUR 0.50 untuk harga kotak strawberry. But boleh juga bawa bekas sendiri dari rumah seperti yang dapat kami lihat ramai pengunjung disini yang bawa their own bekas. Petik dan makanlah sepuas-puasnya sampai kembung & sebu perut (jangan pulak rasa nak ter"berak" sudahlah sebab takda toilet disini). 


Jika mahu bawa pulang strawberry, isilah sebanyak mana yang anda mahu kedalam bekas yang dibawa. Bila keluar nanti, cuma perlu timbang dan bayarlah seadanya mengikut harga EUR 2.35 perkilo. Bila berada diladang di antara pokok-pokok strawberry yang renek-renek dengan buah-buah strawberry yang masak merah menyala, memang cukup mengujakan. Geram sungguh bila menengok strawberry yang masak ranum, terutamanya apabila masuk kedalam mulut dengan rasanya yang lembut dan masam-masam manis, cukup sedap sekali. 

Memang cukup menyeronokkan pengalaman dapat memetik buah strawberry terus dari pokoknya dan masukkan kedalam bakul atau terus kedalam mulut. Setentunya budak-budak memang amat excited dengan aktiviti petik strawberry ini, even Faris yang sebelum ini tidak sukakan strawberry tetapi hari ini banyak yang dimakannya terus dari pokok. Sememangnya rasa strawberry yang dipetik terus dari pokok lebih sedap dari yang biasa dibeli di pasar atau supermarket.


Keasyikan membelek atau "mengelebek" daun-daun pokok strawberry untuk mencari buah yang betul-betul masak & merah cukup seronok & mengasyikkan sehinggakan tidak sedar bakul yang dibawa sudah hampir penuh. Dan perut masing-masing pun juga dah penuh dengan pelbagai rasa strawberry yang manis & masam. Ini kali pertama kami membeli strawberry sebanyak ini, maybe 2/3 akan terpaksa dibuat jem. Mana la boleh dimakan strawberry sebakul tuu dalam masa singkat, lagipun strawberry tidak boleh tahan lama dan senang berkulat.

Damia lah yang paling seronok dalam aktiviti "strawberry picking" hari ini sebab dialah pemakan utama strawberry dirumah ini. Begitu banyak dimakannya semasa disini sambil berlari kesana-sini mengejar rama-rama. Dan yang pastinya semuanya seronok dengan pengalaman baru ini, dan semestinya akan datang lagi memenuhkan perut dengan strawberry segar di lain minggu, sementara musim strawberry masih ada.
 



p/s: gambar-gambar diatas semuanya kelabu sebab hanya gunakan phone camera. Alkisahnya, bila sampai di Erdbeerland baru terperasan bateri kamera sudah al-kapput!!

4 comments:

sanad said...

abe joe,

x yah gi jauh2.. kat Cameron pn ada gak. tp mahal sket le. smua yg kita petik kena timbang. lupa brapa harga dia..

mmg geram klau tgk buah stoberi yg masak terjuntai je dr pokok dia.. hehehehe..

joe said...

cik sanad,

Cameron tuu kat "negara" mana? hehe.. aku blum pernah sampai lagi belah tuu..

Ina said...

Salam Joe,

Memang best strawberry picking nih. Kalo kat Cameron, sekilo rm 40, tapi tak manis, masam rasa dia. Kalo kat Europe, it's bigger and juicier, especially bila boleh makan sepuas-puasnya dalam tuh...hehehe
Can I link your blog to mine? Banyak dapat tips travelling in Europe, especially halal restaurants, mana la tahu, kot2 ada rezeki nak ke belah2 sana...hehehe

joe said...

Salam..

Boleh link. Tq