Nuffnang

Monday, May 4, 2009

Once Upon A Time in... Colonia, Uruguay

Kali ini korek cerita lama dari kotak purba semula, sambungan kisah lampau semasa di bumi Latin. Semasa di Argentina sempat melangkah sebentar ke bandar Colonia di Uruguay. Di sebabkan semasa bekerja di Argentina menggunakan visa tourist yang mana Malaysian cuma diberi 30 days tourist visa on arrival, makanya sebelum habis 30 days terpaksa la keluar dari Argentina untuk dapat another 30 days. Tempat terdekat yang paling popular untuk orang-orang yang bermasalah begini ialah Colonia. 

Perjalanan ke Colonia hanya ambil masa 30-45 mins (dah lupa exactly) dari Buenos Aires dengan menaiki ferry yang moden, selesa & canggih rupabentuknya. Dah lupa berapa harga tiket yang perlu dibayar untuk ke Colonia. Tua dah agaknya, walaupun sempat dua kali juga pergi ke Colonia ni.


Kali pertama pergi ke Colonia bersama-sama 2 orang kawan sekerja dari Venezuela. Trip kali ni ialah border crossing ke negara lain yang paling singkat dalam sejarah hidup! Plan asalnya untuk spent 1 hour jalan-jalan sekitar bandar Colonia. Malang sungguh kerana kurang selidik mengenai local time di Uruguay yang 1 hour ahead from Argentina. Sekali bila sampai di port Colonia, check jam di dinding port sudah 1 hour ahead makanya cuma ada less than 15 mins untuk ferry balik semula ke Buenos Aires. Nak tak nak, alang-alang sudah sampai di Colonia sempat lah bergambar di luar pagar port sahaja sebelum naik ferry yang sama balik ke Buenos Aires semula. Takpa...janji ada bahan bukti sudah menjejakkan kaki ke Uruguay!


Trip kali kedua ke Colonia ialah around a month later, dengan tujuan yang sama untuk renew tourist visa for another 30 days. Tetapi kali ni pergi berseorangan disebabkan mamat Venezuelan balik kampung bercuti. Kali ni sudah plan cantek-cantek mengenai schedule ferry sebab sudah ada pengalaman sebelum ni, terus ambil peluang untuk spent 2 hours berjalan-jalan di sekitar Colonia.

Dari port boleh ambil teksi, sewa basikal atau berjalan kaki untuk ke pusat bandar (pekan) Colonia. Bagi aku untuk menikmati to the max sesetiap tempat yang dilawati ialah dengan berjalan kaki, so jalan kakilah aku dari port ke setiap ceruk pekan Colonia, dari satu lorong ke satu lorong dengan hanya sekeping peta yang dirembat dari port.


Colonia sememangnya a safe place untuk visitors dengan pekannya yang tenang, almaklumlah pekan kecil dengan banyak bangunan-bangunan lama yang setentunya cantik-cantik. Barangan souviners disini pun lebih murah daripada Buenos Aires, terutamanya hasil kraftangannya. 

Terdapat satu kawasan pasar yang menjual barangan kraftangan tempatan di salah satu ceruk di pekan Colonia ni. Banyak & pelbagai benda menarik boleh dibeli disini dan tempat ini juga menjadi tumpuan pelancong yang datang ke sini. Maaf, dah lupa juga nama pasar kraf ni dan terjumpa pasar kraf ini pun secara kebetulan setelah puas merayau kesana sini.


Seingat aku, 2 jam di Colonia memang lebih dari memadai untuk datang melawat. Mati kutu dibuatnya nak habiskan masa 2 jam disini, sempat juga lepak di tepi pantai disini menghabiskan masa mencuci mata. Tambah lagi bila berseorangan berjalan disatu tempat yang asing, kadang-kadang agak membosankan juga. Takda geng untuk "mengomen & mengutuk" apa-apa yang terlihat depan mata. Bosan...bosan.... makanya kalau tak silap, lebih 30min jugak dok melangut di port, menunggu ferry untuk balik ke Buenos Aires semula & sempat juga buat air liur basi di atas ferry.

Walaupun Colonia bukannya satu tempat yang "ter"sangat menarik untuk dilawat tetapi jika datang ke Buenos Aires, jangan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah Uruguay ini walaupunya hanya untuk 15 min!


p/s: Habis sudah dikorek segala cerita-cerita zaman dahulu-kala di bumi Latin. Next time jikalau datang lagi musim idea kering gerhana, akan dikorek pula cerita-cerita semasa bermastautin di bumi China pada 2004. Merayau sekitar bandar Zhengzhou, Lou Yang, Kai Feng, Xian, Beijing dan mendaki gunung Hua Shan. Tungguu...

5 comments:

sanad said...

kalau terasa nak tulis blog psal pengalaman kat China, jgn lupa crita psal yg ko kena dhearea skali..
hehehehe..

joe said...

sudah semestinya wak Sanad! ehh.. bukan diherrea laa... tapi kena cikeng pok! pengalaman paling seksa masa di obersee..

Boh Loke Tork said...

wah orang kuala ibai sampai vienna.
mung mesti budok skoloh sutan sleman.
tahun berape hah?

Boh Loke Tork said...

rumoh mung kat vienna molek dok?
napok macang rumoh 10 bilek. tupang semingu boleh dok?

Anonymous said...

Tulislah cerita-cerita lama tu untuk santapan kami. We need people like you .. who took time to write their experiences for the their own journal collection and for (possible) benefit of other travelers.
Wassalaam. TongkatAli