Nuffnang

Wednesday, May 13, 2009

Metallica in Vienna- May 14, 2009!!!


Akhirnya tibalah masanya, esok malam METALLICA akan beraksi menggegarkan Stadthalle Vienna. Sesuatu yang telah lama ditunggu-tunggu, diimpi-impikan, diidam-idamkan sejak zaman sekolah menengah pada pertengahan tahun 80an! Tetapi peluang terbaik terhidang didepan mata tidak dapat juga direalisasikan. Sedih! Sedih sungguh! Hanya mampu cium bau dari jauh saja la nampaknya! Sadiss! Memang sadiss! Lebih sadis dari cerita cerekarama arahan Jinggo suaminya Sheila Rusly, setiap malam Sabtu di TV3!

Manalah aku tahu tiket yang mula dijual 7 bulan yang lepas akan sold-out dalam masa kurang dari seminggu!! Adoi!!!

Mungkin ada hikmahnya juga. Kebetulan petang esok ada parent-teachers meeting di sekolah Faris & Haziq. Kalau pergi ke konsert sudah tentunya tak dapat nak attend meeting ini (untuk sedapkan hati). Dan kalau pergi ke konsert, maybe hari Jumaat terpaksa ambil MC sebab sakit tengkuk headbanging (untuk sedapkan hati lagi). Lagi pun konsert dibuat pada Khamis malam Jumaat, kan tak elok tu.. kena panah petir kang!

Sebagai pengubat rindu dendam, duka lara, gundah gulana, marilah sama-sama melayan konsert Metallica di Youtube sahaja. Free maa!!


p/s:Tuan-tuan & puan-puan, sebelum play video clip dibawah, silalah PAUSE dahulu Playlist di sebelah ya. Dan turn your speaker to the max untuk kemujaraban dan kepuasan gegendang telinga tahap gaban belah lapan! Enjoy!!


3 comments:

HatiMinda Twentie said...

Betul la bro tak yah dengar dekat you tube tu, dekat ur playlist pun gua dah headbanging bila maximize gua punya sound pakai headphone wakakaka...hmmm skill banging ku kok masih ada lagi wakakaka...(tapi ku juga tumpang sedisss kerana mu tak booking 7 bulan lalu hehehe...)

Takpe bro, mu pergi je dekat tapak concert tu nanti tgk suasana dia then ambik la gambar...tengok fan dia pun boleh ubatkan hati lu bro hehehe...

joe said...

bila ko sebut "tapak concert" macam konsert ekspo tengah padang la pulak... haha

Faizal and Anna said...

Aduh Joe..! Samalah kita, masih menanti kehadiran Metallica di Singapore atau Jakarta selepas missed their first S.E.A concert in 1993.