Nuffnang

Tuesday, May 19, 2009

"Kenkang"

Pernah dengar perkataan "kenkang"? Aku tak sure samada perkataan ni boleh ditemui dalam kamus DBP atau cuma bahasa pasar.  Biasanya digunakan untuk menggambarkan cara atau gaya seseorang berjalan kaki apabila "sudut" bukaan kelangkang semasa berjalan adalah lebih besar dari normal. Ada orang-orang tua berkata, punca "kenkang" ini disebabkan terlalu lama pakai lampin semasa bayi lalu menyebabkan kelangkang terbiasa dengan "sudut" bukaan yang sedikit terlebih dari normal. Maybe ada betul jugak sebab zaman-zaman dahulu mana la ada diapers pakai buang lagi melainkan lampin kain yang dilipat-lipat secara manual. Kain lampin bila dilipat kan jadinya tebal dan menjadi "pemangkin" kearah unsur-unsur "kenkang" bila diamalkan dalam jangkamasa yang panjang. Tetapi yang menjadi persoalan, kenapa pula hanya few orang sahaja yang terkena perubahan "gaya hidup" ini? Makanya kesimpulan orang-orang tua dulu tidaklah 100% tepat pada firasat aku. Jika itu bukan penyebabnya maka apa pula? Entahlah.. tak kuasa eh nak siasat asal-usul "kenkang" ni!

Untuk mereka-mereka yang masih tidak dapat menggambarkan atau mem"fantasi"kan macamana sebenarnya "kenkang" ini, disini aku sediakan contoh terbaik. Harapnya dapat meng"clear"kan segala persoalan dan keserabutan tentang "kenkang"

Untuk mengelakkan dari mendapat dosa kering megumpat atau mengutuk atau meng"sampel"kan sesama umat manusia, makanya model terbaik untuk ngomelan kali ini ialah...............


video

p/s: video diatas diambil semasa on-d-way ke tempat kerja pagi tadi. Kesian anjing tu..macam gaya orang lalok pun ada. Yang bestnya bila anjing tu terpandang kebelakang dan ternampak aku mengekori rapat mem"video"kan dia, mencanak-canak dia kedepan sambil tak dapat lagi meng"control" keayuannya. Maaf ye Cik Anjing kerana telah mem"paparazi"kan anda. ;-))

No comments: