Nuffnang

Saturday, May 23, 2009

Dua Tragedi...

Khamis lepas ialah public holiday di Austria sempena hari "Ascension Day". Apa kebenda Ascension ni, tak dapat nak explain, most probably related to the Christianity thingy, anyway for me its not important, yang penting its a holiday!

Sempena hari cuti we took the chance untuk pusing-pusing around Vienna ke Kahlenberg. Kahlenberg ini terletak di atas satu bukit outskirt of Vienna. Ianya menjadi tumpuan orang ramai yang mahu menikmati pemandangan almost keseluruhan bandaraya Vienna dari atas bukit. Very nice view of Vienna dari atas bukit ini especially during bright sunny day!

After Kahlenberg, bercadang untuk ke Donau Insel, untuk some sightseeing. While driving ke Donau Insel ternampak ramai orang & khemah-khemah di satu park near Vienna Islamic Center so we decided to stop over and join the crowd. 

Rupa-rupanya its a acara like an "open house" anjuran Vienna Islamic Federation. Dan disinilah bermula dan berlakunya dua tragedi "menyayat" hati dalam satu hari!


Tragedi 1

Di tempat ini terdapat berbagai khemah-khemah antaranya khemah menjual makanan, pakaian, kutipan derma, hiasan rumah, surau etc. Seperti biasa yang paling menarik perhatian ialah khemah menjual makanan. Salah satunya ialah khemah yang menjual ayam panggang dengan bau dan aromanya yang sungguh mencucuk hidung dari jauh seolah-olah memanggil-manggil untuk dinikmati oleh semua. 

Memang agak ramai yang berkerumun di gerai ini yang dipunyai oleh orang Turki dan yang berkerumun juga dari keturunan Turki. Disebabkan air liur yang meleleh tak tahan dengan bau ayam panggang berharga EUR 6 seekor, joinlah juga beratur dibelakang orang-orang Turki ini dengan harapan untuk membawa balik 2 ekor ayam panggang untuk dinikmati dirumah.

After 15 mins beratur, ayam yang diangkat dan dibungkus di beri kepada few people yang bukan dikalangan mereka yang berkerumun. Terpaksa tunggu lagi untuk batch ayam seterusnya untuk masak. Dah takda rupa barisan lagi dah didepan gerai ayam ini, ada yang datang terus ke depan, ada yang datang terus ke tepi gerai mintak order. After 10 mins, ayam masak lagi, dengan sekelip mata habis tetapi orang yang paling depan berkerumun tak juga berkurang. Orang ramai dah bising memekak. Ada jugak sorang mamat yang bertekak dengan tokey gerai bertegang mulut terus "blah" dari gerai sambil marah-marah.

Dah lebih 30mins tunggu, masih belum dapat ayam dan ramai lagi didepan yang menunggu. Ada pulak sorang mamat Turki juga dibelakang yang "pok pek pok pek" memekak dengan yang depan dan aku di tengah-tengah. Dengan kekadang tersembur serba serbi yang tak sepatutnya..siott betul! Yang lain-lain pun memekak sesama sendiri & yang dibelakang pun memekak marah tokey kedai sebab lambat. Adoi... memang merimaskan betul! Dah lah ramai yang datang tanpa rasa bersalah tanpa beratur terus kedepan! 

Lepas 45 mins yang merimaskan & menyakitkan hati, sebelum bertukar menjadi sakit jiwa, terpaksalah "blah" dengan tangan kosong! Memang betul-betul menyakitkan "hati & jiwa" tengok gelagat orang Turki di gerai ayam tu! 

Disebabkan kempunan tak dapat makan ayam panggang, esok paginya pergi ke pasar dan beli 3 ekor ayam mentah cuma EUR 8, then panggang untuk lunch & dinner. Amik kau..... melantak ayam panggang satu hari, lepas geram!!! Masak sendiri, rasa lebih sedap, perut kenyang, hati pun tak sakit!


Tragedi 2

Di tempat yang sama, tiba-tiba 7-8 biji kereta polis datang dan berkumpul di tengah padang berdekatan. Kereta polis diletakkan dalam bentuk bulatan. Mula-mula ingatkan pihak polis ada terlibat dalam majlis ini untuk membuat show atau apa-apa demonstrasi.

Tiba-tiba terlihat ditepi sungai orang ramai berkumpul, then sama-samalah join the crowd. Sekali lagi salah tanggapan, mula-mula ingatkan ada show yang berkaitan dengan air etc. Rupa-rupanya ada kemalangan di sungai. Sudah terdapat pihak polis, ambulan & bomba ditempat kejadian.



Dari jauh boleh dilihat seorang tengah terbaring di atas jeti kecik dengan pihak ambulan sedang melakukan aksi menyelamat. Most probably mangsa kejadian lemas. Nampak quite serious, dengan yang terbaring itu tidak bergerak sambil pihak ambulan masih menekan dada mangsa lemas tanpa henti.

After like 15 mins sebuah helikopter bantuan kecemasan tiba di kawasan kejadian dan mendarat di kawasan lapang yang disediakan oleh pihak polis dalam bentuk bulatan tadi. Mangsa lemas tadi diangkat dari tepi sungai kedalam helikopter untuk dibawa terus ke hospital. 


Antara perkara yang patut dipuji tentang Austria ini ialah tentang perkhidmatan helikopter kecemasan ini. Ianya satu pemandangan biasa di sini jika berlakunya kemalangan contohnya kemalangan jalanraya yang melibatkan kecederaan teruk, helikopter kecemasan ini akan datang dan mendarat ditengah-tengah jalanraya untuk memberikan rawatan kecemasan & membawa mangsa ke hospital dengan segera. Ini ialah perkhidmatan yang sememang patut dipuji yang disediakan untuk penduduk Austria diwaktu kemalangan yang mengancam nyawa. 



3 comments:

elisataufik said...

isy isy isy ... tragis sungguh.
Especially part tak dapat makan ayam panggang.
*lol*

Anonymous said...

sungguh sadis dan trajis .... ayam den lapeh ..oi ...oi ayam den lapeh!
Tongkat Ali

joe said...

haha... hari ni pekena ayam panggang lagi sekali.. lepaih geram tak abih lagi.. hahaha