Nuffnang

Tuesday, May 12, 2009

Demo-13.Mai...für faire Einkommen

Hari ini masuk office terkejut tengok flyers yang diedarkan untuk setiap orang. Very nicely high quality printed flyer! Lebih cantik dari kad jemputan kahwin! Begitu professional dan teraturnya kesatuan pekerja disini dalam menganjurkan demo ini. As seen in above picture, unfortunately semuanya written in German tapi kalau dialihbahasakan ke bahasa Inggeris..

WE DO NOT GIVE-UP
DEMO - 13 MAY
for fair income - for our collective agreement

Demonstration ini anjuran kesatuan pekerja di Austria dan ianya legal dan mendapat kebenaran pihak berkuasa. Di negara-negara sebelah West Europe memang terkenal dengan kesatuan sekerjanya yang kuat. Demonstrasi ini adalah untuk menuntut better minimum salary dari pihak kerajaan untuk setiap bidang pekerjaan seperti Elektronik, Chemical, Tekstil etc. Well bagi aku this is very good! Bagus kerana pihak kesatuan pekerja memperjuangkan yang lebih baik untuk pekerja-pekerja. Dan yang lebih bagusnya adanya kebebasan bersuara untuk rakyat disini meluahkan dan memperjuangkan apa yang difikirkan baik untuk majoriti semua. Aku percaya demo ini tidak akan melibatkan apa-apa keganasan. Kerana apa? Kerana tiadanya unsur provokasi dari pihak berkuasa!

Apa salahnya untuk rakyat meluahkan pendapat & perasaan dengan cara berdemo? Tidak betamadunkah kalau berdemo? Yang tak bertamadun ialah pihak yang menghalang untuk berdemo! Ini adalah hak untuk setiap rakyat untuk bersuara! Kenapa mesti dinafikan salah satu hak rakyat ini? Setakat yang dapat diperhatikan di Malaysia, demonstrasi akan berakhir dengan keganasan jika adanya provokasi oleh pihak berkuasa. 

Itu hanya pendapat aku yang pernah sama-sama berada di jalanraya pada 1998! 


2 comments:

HatiMinda Twentie said...

wahhh...mu joe pernah berada di jalanraya pada 1998, rugi aaa tak jumpa mu wakakaka...gua ada dekat dengan "pentas" setelah berarak dari masjid negara hahaha...

joe said...

patut le rasa macam "cam" je...ko rupanya yang kena cekup dgn SB tu... haha