Nuffnang

Saturday, May 9, 2009

Cari Kristal lagi...@Znojmo, Czech Republik

Semenjak balik dari Budapest, masih belum hilang lagi demam kemaruk barangan Kristal. Disebabkan harga kristal di Malaysia yang melampau-lampau mahal tu lah yang buatkan sesiapa yang datang ke sini tidak lepaskan peluang untuk kumpul koleksi harta karun barangan kristal. Kali ni gerombolan menuju pula ke pekan Znojmo di Czech Republik. Znojmo?? Camana nak menyebutnya? Aku pun tak pasti cara sebutan sebenar. But kawan disini pronounce it as "Tsunaimo", jika dalam Wiki pula ditulis cara sebutan dalam German dialect as "Znaim". Entahlah.. kena cekup sorang mamat/minah Czech untuk tolong ajar sebutan betul-betul ni. Actually pekan Znojmo terletak tidak jauh dari border Austria. Jika drive dari Vienna cuma ambil masa dlm 1 hour, juga melalui kawasan Freeport Outlet Center yang juga terletak didalam Czech Republik.

Jika mahu datang ke pekan Znojmo pada hari Sabtu, pastikan datang sebelum pukul 12pm. Sebabnya all shops di pekan ni ditutup selepas pukul 12pm. Di pekan Znojmo terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barangan kristal buatan tempatan Czech Republic dan juga barangan porcelain pinggan mangkuk yang berkualiti tinggi buatan dari Poland. Untuk yang berminat dengan barangan kristal untuk hiasan badan seperti gelang, brooch, cincin etc, boleh juga "merambang"kan mata anda disini dengan pelbagai pilihan dan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Vienna.


Jika tak berkesempatan ber"shopping" di Znojmo sebelum pukul 12pm on Saturday, boleh juga singgah mengempiskan wallet di kedai-kedai kristal yang terletak di sepanjang jalan antara border Austria ke pekan Znojmo. Harga di kedai disini pun agak meruntun jiwa juga dengan tambahan diskaun lagi. Boleh dikatakan harga barangan kristal di Znojmo ni agak murah jika dibandingkan dengan harga kristal di Szentendre, Hungary. Antara jenama kristal yang terkenal di Czech ialah Bohemia. Kalau tak silap barangan kristal Bohemia juga terkenal di Malaysia, tetapi terkenal kerana ke"mahalan"nya!


Jika datang ke Znojmo, se"wajib"nya kena singgah di Freeport Outlet Center yang terletak berdekatan atau between border dan pekan Znojmo. Its a indoor outlet center dan setentunya harga barangan di outlet adalah lebih murah dari kedai-kedai biasa. Tambahlagi disini masih lagi menggunakan currency Czech Krone (Kc), jadinya an advantage untuk mereka yang datang dari Euro country. Tetapi Euro juga accepted untuk shopping disini so tidaklah perlu untuk tukar duit ke Krone. Didalam outlet center ini juga terdapat satu kedai Bohemian kristal.


Apa yang tambah menariknya lagi mengenai Freeport Outlet Center ialah, ianya dibuka juga pada hari Ahad. Jika di Vienna pada hari Ahad, semua kedai ditutup rapat senyap sunyi maka satu alternative yang bagus untuk mereka yang mahu bershopping ialah datang ke sini. Or just datang menhabiskan mata mencuci mata sambil berkesempatan menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan dari Vienna ke Znojmo. 

Znojmo semestinya menjadi salah satu tempat yang patut dikunjungi untuk mereka-mereka yang datang melancong ke Vienna. Jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan kristal Bohemia dengan harga yang murah dinegara asalnya.

2 comments:

Anonymous said...

Ya rabbi, nampaknya kena juga aku pegi Znojmo dan factory outlet ni. Aku harap mereka terima kredit card.
Wassalaam. TongkatAli

joe said...

Yes, mesti masukkan Znojmo dlm itinerary! Kalau di Freeport Outlet Center termasuklah kedai kristal didalam tu, definitely diorang terima kredit kad. Tapi kedai di pekan Znojmo & di kedai tepi jalan, not sure pulak. Nanti aku siasat.

Di Vienna (45 mins drive to south) pun ada satu outlet center http://www.designeroutlet.at/, tapi tadak la kristal, cuma common designer outlet e.g. Timberland, Nike, RL, TH, Frissler etc.