Nuffnang

Wednesday, April 29, 2009

A Weekend in Budapest

Belum hilang penat bercuti di Italy dua minggu yang lepas, Budapest pula menjadi tempat tujuan kami. Hasil pujukan 2 kawan-family rapat di Vienna untuk sama-sama memeriahkan percutian di Budapest, maka kami pun turut serta. Tambahlagi bukannya selalu kami 3 keluarga dapat bercuti bersama-sama begini. Kali terakhir berkesempatan bercuti bersama 3 keluarga ialah pada May 2008 dimana kami bersama-sama ke Prague

Disebabkan jarak perjalanan ke Budapest hanya mengambil masa lebih kurang 3 jam, maka cuti hujung minggu pun mencukupi untuk "jalan-jalan cari angin" kali ini. Awal pagi Sabtu, bertolak dari Vienna ke Budapest, perjalanan berjalan lancar dengan cuaca yang amat baik sekali. Sepanjang perjalanan, pemandangan amat cantik sekali dengan scenery yang berbeza dengan apa yang boleh dilihat semasa memandu ke arah Italy. Tiada gunung-ganang, jurang & gaung yang perlu dilalui jika ke Budapest. Hanya bukit-bukit kecil dan padang-padang berwarna kuning terbentang luas dipenuhi tanaman pokok Rapsol yang ditanam untuk diproses menjadi minyak masak. Memang amat cantik & mengasyikkan sekali pemandangan setiap kali melalui "ladang-ladang kuning" ini. Pemandangan sebegini cuma boleh dinikmati semasa musim Spring, di musim-musim yang lain terutama Winter, akan tiada lagi Rapsol yang kelihatan.



Sebelum memasuki highway didalam kawasan negara Hungary, setiap kenderaan perlu membeli tiket tol atau Vignette. Di Hungary juga tiada pondok-pondok tol di sepanjang highway. Cuma perlu beli Vignette dan tidak seperti di Vienna yang mana Vignette perlu ditampal di cermin hadapan kereta tetapi di Hungary, Vignette adalah dalam bentuk kertas umpama resit belian dan cuma perlu simpan dalam poket jika diperiksa. Bergantung kepada berapa lama seseorang perlu berada di Hungary, terdapat bebrapa pilihan Vignette yang boleh dibeli samada untuk 1 hari, 4 hari, 10 hari, 1 bulan atau 1 tahun dengan harga yang berbeza-beza. Seperti kami, hanya perlu beli Vignette untuk 4 hari dengan harga EUR 6, dan boleh memandu di highway dalam negara Hungary seberapa jauh yang anda mahu selama 4 hari (jika mampu!).


Tiba di bandaraya Budapest kami terus menuju ke rumah rakan Malaysia yang berkerja di Malaysian Embassy in Budapest. Sempat berehat meluruskan kaki sebentar sebelum memulakan activity "jalan-jalan cari angin" disekitar Budapest. Tetapi sudah semestinya dimulakan dengan acara mengisi perut yang mula berbunyi minta diisi. Di Budapest terdapat satu restoran halal yang terkenal iaitu Szeraj Turkish Restaurant. Terletak di pusat bandar Budapest menyediakan makanan ala Turkish. Disebabkan Hungary masih lagi menggunakan matawang Forint, jadinya harga makanan disini boleh dikatakan murah kalau dibandingkan dengan Vienna. Apalagi bila sudah murah, menjamu selera sepuas-puasnyalah disini kami 3 keluarga. Makanan yang dijual disini yang sempat kami cuba memang meyelerakan & sedap sekali, kiranya memang berbaloi dengan apa yang dibayar! A must untuk sesiapa yang datang ke Budapest untuk mencuba makanan halal disini!


Selepas puas memenuhkan perut di Szeraj Restaurant, barulah semuanya ceria untuk mulakan langkah. Kali ini kami menuju ke bandar Szentendre di utara Budapest yang jaraknya dalam 30 min drive. Szentendre ini memang popular di kalangan pelancong yang datang ke Budapest. Selain pekan tuanya yang terjaga cantik & bersih, Szentendre terkenal dengan hasil kraftangan, barangan kristal, ceramik & porcelain, pinggan mangkuk. Kualiti barangan kristal disini cukup cantik & halus sekali buatannya. Harganya pun boleh tahan mahal juga tetapi mengikut kata kawan-kawan Malaysian, harga disini masih jauh lebih murah jika dibanding dengan harga barangan Kristal yang boleh dibeli di Malaysia yang mana ianya juga diimport dari Eastern Europe. Oleh kerana tidak mahu lepaskan peluang, masing-masing macam "tak hengat"   memborong kristal di Szentendre sampaikan hampir 1 jam lebih menghabiskan masa dalam kedai kristal memilih yang berkenan dihati (kaum ibu la ni).



Salah satu lagi benda menarik di Szentendre ialah produk cili kering nya. Rupa-rupanya orang putih pun ada buat cili kering juga. Selama ini aku ingatkan cuma orang Melayu sahaja yang terkenal dengan cili kering untuk memasak. Ada beberapa kedai yang menjual produk cili kering disini. Jika di Malaysia, cili kering yang dijual diletakkan dalam guni beras untuk dijual dalam bentuk timbang kilo tetapi disini siap diikat tergantung dengan menarik sekali diluar pintu kedai. Ada dua jenis cili kering samada yang manis atau pedas. Memang cukup menarik sekali bila dilihat cili kering tergantung di pintu kedai begitu. Maybe peniaga cili kering di Malaysia juga boleh tiru idea menggantung cili kering dipintu kedai sebagai tarikan. 


Di Szentendre sempatlah menghabiskan masa beberapa jam berjalan sekitar pekan ini mencuci mata & poket masing-masing. Szentendre juga terletak di tepi sungai Danube, dan untuk yang berminat boleh menaiki feri pelancong untuk bersiar sepanjang sungai Danube hingga ke Budapest. Setelah masing-masing semuanya penat barulah berangkat ke Budapest menuju ke hotel penginapan yang terletak di pusat bandar. Kali ini kami tinggal di Nova Apartment yang lengkap dengan dapur & alatannya jadi bolehlah memasak untuk makan malam. Harga apartment di Budapest juga agak murah jika dibandingkan dengan dibandar-bandar lain di Europe.


Keesokannya selepas checkout dari hotel dan berhempas pulas meng"ejas" kereta untuk keluar dari basement parking yang teramat sempit itu, bergerak semula kami 3 keluarga untuk sightseeing sekitar bandar Budapest pula. Disebabkan mengejar masa untuk pulang ke Vienna pada petangnya jadi cuma sempat melawat satu tempat tarikan pelancong bernama di Citadella. Terletak di atas bukit dimana pemandangan dari kawasan ini cukup cantik & mengasyikkan sekali. Dari sini boleh nampak pemandangan almost seluruh bandaraya Budapest, atau bandar Buda & Pest yang dipisahkan oleh sungai Danube. Seperti biasa semasa disini tidak dilepaskan peluang dengan aktiviti ber"posing" dengan background bandaraya Budapest.


Setelah penat sightseeing di Citadella, sekali lagi menuju ke Szeraj Restaurant untuk mengisi perut menikmati makanan Turkish yang sedap dan menyelerakan sekali. Dari pemandangan semasa di restaurant ini, ianya cukup popular di kalangan orang Budapest juga. Pengunjung terpaksa beratur untuk meng"order" makanan but luckily services was quite fast. Waiting time untuk dapatkan makanan yang dipesan cukup pantas juga dan condition restaurant yang bersih dan selesa.

After lunch, sebelum berangkat pulang ke Vienna sekali lagi singgah ke rumah kawan Malaysian yang tinggal dan bekerja dikedutaan Malaysia di Budapest. Layanan yang diberikan amat baik sekali walaupun baru pertama kali berjumpa. Sempat berbual berkenal-kenalan dan jika panjang umur diizinkan Allah, akan berjumpa lagi jika datang ke Budapest dilain hari. Terima kasih daun keladi.

Trip kali ini tidak berkesempatan untuk berjalan-jalan di city center Budapest tetapi bagi kami ini adalah kali kedua datang ke Budapest. Kali pertama dahulu semasa Nov 2007, sudah puas berjalan kaki ke sekitar city center Budapest yang mana terdapat juga pelbagai tarikan menarik terutama bangunan Parliament nya yang terbesar di Europe dan terkenal cantik di seluruh dunia. Jadi untuk "mereka" yang belum sempat berjalan-jalan di city center Budapest, di"nasihat"kan, datanglah lagi ke Budapest! Dan boleh makan di Szeraj Restaurant lagi!! ;-)

No comments: