Nuffnang

Friday, April 24, 2009

Spring Break Road Trip... Finale Day 7 (Minimundus, Back to Vienna)

Akhirnya tibalah hari terakhir road trip kami kali ini. Banyak pengalaman yang perolehi dari road trip ni samada manis, masam, pahit & kelat. Dengan berakhirnya road trip kali ni, bermakna ini adalah negara ke 9 yang telah berjaya kami lawati sejak tinggal di Austria iaitu Hungary, Slovakia, Czech, Germany, France, Belgium, Holland, Switzerland & Italy. Cuma tinggal Slovenia sahaja yang belum dilawati untuk melengkapkan negara-negara yang bersempadan dengan Austria. InsyaAllah, jika panjang umur & ada rezeki, akan ber"road trip" lah kami pula ke Slovenia &juga Croatia satu hari nanti.

Dalam pukul 9am bergerak keluar dari hotel di Bergamo. Seperti biasa, hari terakhir perjalanan, kereta akan penuh dengan pelbagai barang yang terpaksa disumbat di segala celah ruang kosong yang ada. Dari Bergamo perjalanan menuju ke Venice sebelum terus menyusur memasuki sempadan Austria. Pemandangan sepanjang perjalanan selepas Venice dipenuhi dengan gunung-ganang tanah tinggi yang amat cantik dan menakjubkan sekali. Sesekali kami berhenti di perhentian rehat untuk menikmati keindahan bumi ciptaan Allah yang maha Esa. Sungguh menenangkan fikiran, duduk sambil memandang kearah kehijauan gunung-ganang terutamanya pemandangan di wilayah Karnten dan Steiermark di sebelah Austria.


Di waktu tengahari, berhenti rehat untuk lunch dan ambil kesempatan untuk melawat Minimundus yang kebetulan terletak bersebelahan highway berdekatan Klagenfurt di wilayah Karnten. Minimundus ini ialah satu lagi taman miniature seperti Mini Europe di Brussel & Swiss Miniature di Switzerland. Tetapi kelainan Minimundus ini ialah ianya menempatkan miniature bangunan atau statue atau monument dari seluruh dunia! Memang amat menarik sekali untuk dilawati samada untuk golongan tua & muda. Disini terutama kanak-kanak boleh mengenali pelbagai miniature bangunan atau monumen terkenal dari seluruh dunia. Jika dari sebelah benua Asia Tenggara terdapat miniature Raffles Hotel dari Singapore, Masjid Aceh dari Indonesia, Kuil Buddha (lupa apa nama) dari Thai. Sayangnya tiada satupun daripada Malaysia! Dengar cerita nya wakil Minimundus pernah offer kepada kedutaan/kerajaan Malaysia untuk menempatkan miniature KLCC di sini tetapi entah dimana silapnya ianya tidak menjadi kenyataan. Bagi aku peluang sebegini tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja oleh pihak kedutaan/kerajaan Malaysia. Dengan menempatkan miniature KLCC disini boleh menyumbang atau memperkenalkan nama Malaysia kepada ratusan ribu pengunjung yang datang ke sini saban tahun. Secara tidak langsung juga boleh menarik pelancong datang ke Malaysia apabila tertarik dengan apa yang dilihat.


Seperti biasa budak-budak begitu seronok & eager bila melihat pelbagai miniature menarik dari seluruh dunia walaupun tidak dari dekat di tempat asalnya dan juga dapat belajar mengenali pelbagai nama negara di dunia. 

Setelah puas & letih menjelajah ke pelusuk taman Minimundus, sebelum bertolak meneruskan semula perjalanan, kami berehat disini menikmati lunch dari bekal yang dimasak di hotel Bergamo. Jika semasa road trip, membawa bekal dapat mengurangkan kos perbelanjaan sepanjang percutian. Makan di kedai setentunya memakan belanja yang mahal terutamanya di Europe ni. Jadi jika berpeluang untuk membawa bekal, jangan dilepaskan, tambah lagi sudah tentunya bekal yang dimasak tu dijamin halal & bebas dari was-was untuk dimakan.


Dari Minimundus perjalanan diteruskan semula ke Vienna yang memakan masa selama 3-4 jam lagi. Dengan cuaca di musim Spring ni, memang cukup selesa untuk memandu, bebas dari kesejukan, salji & ais seperti di musim sejuk atau bahang kepanasan di musim panas.

Kami selamat sampai di Vienna sebelum matahari terbenam seperti yang dirancangkan. Masing-masing semuanya penat tetapi seronok apabila tiba semula ke apartment sendiri di Vienna selepas puas berkelana dari satu hotel ke satu hotel yang lain selama seminggu.

Dalam road trip kali ini, kami telah menjelajah atau memandu sejauh lebih kurang 2600km. Alhamdulillah tiada sebarang kejadian & kesusahan besar yang tidak diingini terjadi sepanjang percutian ini.

Pengalaman bercuti menjelajah ke bahagian utara Italy dan part of Switzerland amat berharga sekali dan akan terus dikenang sepanjang hayat yang ada. 



p/s: Kami akan berjalan-jalan cuci mata pula ke Budapest, Hungary esok, hanya 1 malam. Tunggu....

No comments: