Nuffnang

Wednesday, April 22, 2009

Spring Break Road Trip... Day 6 (Milan)

Antara bandar-bandar di Itali yang paling terkenal dimata dunia atau di mata orang Malaysia ialah Milan atau Milano. Maybe sebab statusnya sebagai salah satu pusat fesyen dunia yang membuatkan Milan terkenal diseluruh dunia. Atau disebabkan kelab bolasepak hebatnya yang berstatus elit iaitu Inter Milan dan AC Milan. Dan disebabkan itu juga kami sekeluarga "mengidam" hendak melawat juga kota Milan ni. Hendak juga melihat dengan mata kepala sendiri apa istimewa dan hebatnya Milan ni sehingga begitu gah namanya di seluruh dunia. 

Sebelum datang ke Milan ini, apa yang terbayang dimata ialah orang-orangnya yang bergaya, dengan fesyen-fesyen terkini, model-model seksi, cantik, menawan..hmmm..hmmm. Nasib baik boleh lagi tidur malam dengan lena sebelum datang ke Milan. ;-))

Seperti biasa, kami tidak akan memandu ke pusat bandar Milan. Daripada tips-tips yang diperolehi dari internet, amatlah tidak digalakkan untuk tourist untuk drive ke city center Milan. Jadi dari Bergamo kami drive dan park kereta di salah satu tempat "Park & Ride" di outskirt Milan. Untuk datang ke tempat Park & Ride yang bernama Cascina Gobba ni, jika dari Bergamo melalui highway A4, ikut sign Tangenziale Ovest (West Ring Road). Follow green sign for Bologna & Genoa dan exit at "Cascina Gobba". Boleh nampak big sign "P" dengan gambar "train" dari tepi highway sebelum exit. Disebelah train station Cascina Gobba ni terdapat huge parking lot bertingkat untuk parking kereta. Parking charge juga agak murah, untuk kami hari tu cuma kena bayar EUR 3 untuk duration selama lebih kurang 5 jam. Murah kan?

Dari sini ambil Metro train (M2) untuk ke city center. Tiket cuma EUR 1 per adult dan kids below 12 yrs old is free. Murahh lagi sekali!! Di city center, kami turun di station Centrale iaitu salah satu main train station di Milan. Dari sini, kami berjalan kaki menyusur menuju ke arah Piazza del Duomo atau nama lainya Cathedral Square, iaitu tarikan paling utama di Milan. Sepanjang berjalan ke arah Piazza Duomo banyak benda menarik boleh dilihat sepanjang jalan terutama tramnya yang begitu berumur tetapi unik dan klasik. Ingatkan tram di Vienna dah klasik, rupanya di Milan lagi berumur klasiknya! Jadi sesiapa yang datang ke Milan jangan lupa bergambar dengan tram disini.


After 30mins berjalan kaki sampai lah ke Piazza Duomo yang mana disini lah Milan punya center of attraction. Begitu ramai sekali pelancong pelbagai bangsa & rupa disini, berpusu-pusu, bermacam gaya bergambar dengan berlatarbelakangkan Duomo atau Cathedral yang begitu cantik dan unik sekali binaannya. Disini juga terletaknya Galleria Vittorio Emanuele, satu lagi bangunan lama yang memang cantik sekali binaannya tetapi telah diubahsuai sebagai satu shopping mall yang dipenuhi dengan butik-butik designer. Memang terpegun dengan kecantikan bangunan ini (dan orang2nya)  yang dibina pada tahun 1864 lagi! Definitely Piazza del Duomo is a must place to visit untuk sesiapa yang datang ke Milan. Kalau tak datang ke sini kiranya tak SAH lah kunjungan anda ke Milan.


Dari Duomo, sambung semula langkah menyusuri jalan-jalan menuju ke attraction kedua iaitu Castello Sforzesco atau Sforzesco Castle. Castle yang diberi nama sempena Francesco Sforza yang mendiaminya pada tahun 1450! Tua ya amat castle ni, kalau tak silap ni sama dengan zaman-zaman Hang Tuah dulu ni, pada kurun ke 15 tetapi apa yang mengkagumkan ialah castle ni masih utuh & teguh berdiri. Agak luas kawasan castle ni dengan taman atau park dibahagian belakang. Di dalam castle itu sendiri terdapat building yang telah diubahsuai menjadi muzium dan setentunya dikenakan bayaran untuk masuk ke dalam. Jadi seperti biasa kami cuma melilau menikmati keindahan castle di sekitar luaran nya sahaja lah.


Sempatlah menghabiskan masa setengah jam di kawasan Sforzesco Castle ni sambil memakan aiskrim & menghilangkan lenguh lutut berjalan kaki. Sepanjang jalan dari Duomo ke Sforzesco Castle ni terdapat pelbagai kedai-kedai & gerai-gerai yang menarik terutamanya kalau hendak membeli barangan souvenir.

Tetapi selepas Sforzesco Castle ni dah tiada lagi tempat yang nampak menarik untuk dilawat di kawasan city center ini. Melilau berjalan kaki menuju ke beberapa tempat but nothing special, tambah pula disini harga barang-barangnya termasuk barangan souviner agak mahal dari bandar yang kami lawat sebelum ni.

Apabila dah letih semuanya, melilau sekitar bandar Milan dan sebelum pergi ke Metro station semula, sekali lagi pergi ke Piazza del Duomo untuk menikmati keindahan tempat ni untuk kali kedua. Semasa tengah terjenguk-jenguk membelek harga di salah satu gerai souviner, terdengar sayup-sayup ditelinga suara asing tetapi berbahasa Melayu, yang tengah dok meng"komplen"juga  sesama mereka tentang ke"mahal"an barang souviner disini. Orang Malaysia rupanya, yang datang melancong ke Milan & tour around Europe in group of four. Sempatlah bersembang dan berkenalan dengan grup dari Malaysia ni yang baik-baik dan peramah semuanya.

Selepas penat menjelajah Milan setengah hari, kembali ke Metro station untuk ke Cascina Gobba semula. Half day in Milan, pada pendapat aku.... Milan ni terlebih indah khabar dari rupa. Takda yang lebih hebatnya bandar Milan ni kalau dicompare dengan bandar-bandar lain. Bagi aku, Florence is even nicer dan more interesting untuk dilawati.

Disebabkan rasa kurang puas dengan Milan yang terlebih indah khabar dari rupa itu, on the way balik ke Bergamo, sempat lah singgah di Carrefour disini. Jika semasa di Malaysia, almost every week pergi ke Carrefour Wangsa Maju, kadang-kadang untuk grocery shopping, kadang-kadang untuk menjamu selera di restoran Nasi Ayam Gourmet yang sedap menjilat jari itu. Jadi di Milan ni sempat lah menghilangkan rasa "rindu" terhadap Carrefour walaupun tiada restoran Nasi Ayam Gourmet disini.

Tetapi yang menariknya di Carrefour ni, adanya pelbagai seafood yang segar dijual. Sempat lah borong ikan, sotong, udang untuk dibawa balik ke Vienna keesokannya. Satu lagi yang sempat diborong ialah beberapa paket Twisties keturunan Italy yang dipanggil Fonzies. Sedap sungguh!! Almaklumlah di Vienna seafood semuanya "comewith airbatu" dan disini tiada Twisties atau Fonzies ni. 


Bersambung... Day 7, drive balik ke Vienna, melawat Minimundus in Klagenfurt.

No comments: