Nuffnang

Sunday, April 19, 2009

Spring Break Road Trip... Day 5 (Fox Town, Lugano & Lake Como)

Kedudukan bandar Bergamo yang sudah berdekatan dengan sempadan Switzerland memberi kesempatan untuk kami sekeluarga merentas sempadan pada hari ke 5, memasuki satu lagi negara jiran Austria ini, yang terkenal dengan kawasan pergununganya yang cantik. Perjalanan ke sempadan mengambil masa lebih kurang 1 jam bergantung pada traffik. Walaupun Switzerland bukannya salah satu ahli EU, di sempadan Itali & Switzerland tiada lagi pemeriksaan imigresen tetapi masih lagi ada security personnel yang memeriksa kereta in random. Mungkin apabila melihat kereta kami with 3 kids at the back yang membuatkan kami tidak diperiksa oleh security tetapi diarah ke lorong biasa sebelum ditahan oleh seorang petugas wanita yang memberitahu kami bahawa perlunya membeli pelekat toll sebelum memasuki Switzerland. Seperti di Austria, pengguna highway di Switzerland juga perlu membeli pelekat toll tetapi malangnya disini cuma dijual yearly sticker! Disini tiada toll sticker untuk daily or weekly or even monthly seperti di Austria. Mau tak mau terpaksa lah keluarkan EUR 30 untuk membeli yearly toll sticker untuk drive di sebelah Switzerland walaupun kami cuma memasuki Switzerland cuma less than a day. Switzerland juga masih lagi menggunakan CHF (Swiss Franc) as their official currency tetapi Euro is widely accepted dimana-mana.

Dari sempadan cuma ambil masa dalam 15 min sebelum sampai ke Fox Town Outlet Center. Quite a big outlet center dengan more than hundred of shops dari pelbagai jenama yang biasa hinggalah ke jenama designer terkenal. Since tiada apa yang hendak dibeli disini except chocolate, after less than  an hour kami keluar dari sini menuju ke Lugano Lake yang mana terletaknya juga Swiss Miniature. Bercakap pasal chocolate, its a must untuk sesiapa yang datang ke Switzerland untuk membeli Swiss made chocolate yang terkenal dengan kualiti & kesedapannya. Bagi aku selain Belgium's chocolate, tiada chocolate dari mana-mana negara lain yang dapat menandingi atau at least menyamai kesedapan chocolate dari Switzerland.


Lugano Lake cuma 5 mins drive dari Fox Town. Sempat menikmati makan tengahari ditepi tasik Lugano yang begitu cantik sekali dikelilingi gunung-ganang. "Romantik" dan menyelerakan sungguh makan tengahari ditepi tasik itu walaupun cuma berbekalkan bihun goreng yang dimasak dari hotel.


After lunch di tepi tasik, kami cuma perlu berjalan kaki menuju ke Swiss Miniature yang terletak berdekatan. Swiss Miniature ni similar to Mini Europe in Brussel cuma Mini Europe mempunyai miniature dari semua negara-negara Europe manakala Swiss Miniature cuma mempunyai miniature bangunan, places atau statue terkenal within Switzerland only. Budak-budak memang seronok datang kesini melihat those amazing miniatures. Kagum melihat pelbagai miniatures disini yang dibuat dengan begitu teliti seperti yang asal, umpama menjelajah keseluruh Switzerland in just couple of hours.





Setelah puas menjelajah keseluruh mini-Switzerland di Swiss Miniature, kami sambung perjalanan untuk hari itu balik ke Italy sebelum berhenti menikmati keindahan alam di Lake Como. Lake Como terletak di sebelah Italy just right at the border to Switzerland. Maybe nama Lake Como ni sudah terkenal di antara orang Malaysia sebab disinilah juga tempatnya artis fofuler Maya Karin melansungkan majlis perkahwinannya disebelah pihak lelaki tetapi aku taklah tahu where exactly the wedding place is sebab tak dijemput la pulak.


Lake Como di bandar Como ni tidak kurang cantiknya juga, dengan tasik yang tenang dikelilingi gunung ganang menghijau. Kalau di musim winter gunung-ganang tersebut tentunya memutih diliputi salji dengan kecantikan yang berbeza. Kami cuma sempat menghabiskan masa sejam disini berehat menikmati keindahan tasik & pemandangan dan juga berjalan-jalan disekitar park bersebelahan tasik ni dan juga di bandar Como.



Dari Lake Como kami bergerak pulang ke Bergamo semula, tetapi kali ni melalui jalan country side sebab mahu mengelak dari kesesakan di highway menuju ke Milan. Dengan melalui jalan country side dapatlah bypass bandar Milan, terus ke highway A4 menuju ke Bergamo. Walaupun jarak yang sedikit jauh tetapi masa yang diambil maybe lebih cepat daripada menggunakan highway ke Milan yang sentiasa sesak dengan kereta-kereta. Tambah lagi dapat juga menikmati keindahan kawasan country side antara Como-Milan-Bergamo.

Bersambung... Day 6: Sightseeing in Milan...

1 comment:

ayza said...

Bestnya jln saja ni...org Trg ya?..samalah...kat Dallas tu kerja ke?..