Nuffnang

Wednesday, April 15, 2009

Spring Break Road Trip... Day 4 (Pisa)

Hari ke 4, sambung perjalanan lagi, driving ke Pisa dan seterusnya ke Milan. Tetapi dalam setiap road trip kalau tak masukkan agenda ber"jalan" ke Outlet center memang tak sah. Hasil risikan dengan receptionist hotel di Florence, dapatlah info tentang mana outlet center yang terdekat iaitu The Mall Outlet Center. Actually tidak la sedekat biasa, tempat itu terletak dalam 30 min driving to south melalui highway A1 ke arah Roma, exit Val D'Arno. Di The Mall hanya terdapat factory store untuk jenama designer yang terkenal dengan harga mahaltakmasukakal sahaja macam Tods, Ferragamo, Fendi, Armani dan kaum-kaum sejenisnya . Di kawasan sekitar sebelum sampai ke The Mall terdapat few single factory store untuk Italian brand name seperti D&G and few others yang aku tak ingat dan susah nak menyebutnya. Yang menariknya harga disini adalah lebih kurang separuh dari harga di butik-butik mereka yang biasa di mana-mana shopping mall atau bandar besar. Untuk mereka yang minat dengan Italian designer semestinya kena datang kesini!


Dari The Mall drive semula ke utara menuju ke Pisa yang ambil masa dalam sejam driving melalui highway. Tujuan utama ke Pisa ialah untuk melihat dengan mata kepala salah satu dari binaan lama yang menarik di dunia iaitu The Leaning Tower of Pisa. Terletak di tengah-tengah bandar Pisa, yang mana cuma sebuah bandar kecil umpama bandar Muar saja kot dan sekali pandang tiada apa yang menarik kecuali menara Pisa ini. Untuk yang berkereta ke sini boleh parking di sebuah tempat parking yang luas berdekatan (dalam 100m) dengan tempat menara Pisa ini. Caj parking disini juga agak murah, kalau tak silap cuma Eur 1.50 untuk sejam. Rasanya mereka yang parking disini cuma pelancong yang datang melawat menara Pisa ni.


Menara Pisa ini terletak dalam kawasan bertembok luas umpama kota, bersekali dengan 2 bangunan bersejarah yang lain yang cantik sekali binaannya. Memang teruja bila melihat menara condong Pisa ini didepan mata. Agak ramai juga pelancong yang datang kesini dan semuanya sibuk bergambar berlatarbelakangkan menara condong Pisa ini. Antara aksi yang wajib untuk most of the tourist ialah aksi "menolak" menara Pisa dengan tangan. Bermacam-macam gaya & stail, ada yang bergaya rupa tertonggek macam nak terkentut pung ada. ;-)) Takpa lah asalkan bahagia bergambar bersama-sama menara Pisa. Pelancong juga boleh naik keatas menara Pisa ini, tetapi seperti biasa perlu beraturlah tetapi tidaklah seramai orang yang beratur untuk menaiki menara Eiffel Tower

Didalam kawasan menara Pisa ini juga terdapat berderetan kedai-kedai yang menjual cenderamata. Sudah tentunya yang paling menarik ialah replika menara Pisa itu sendiri. Dengan harga semurah Eur 1 untuk yang paling kecil sebesar ibu jari hinggalah ke saiz sebesar betis pun ada. Bolehlah beli sebagai tanda kenangan melawat ke menara Pisa. Nak datang lagi untuk kali kedua semata-mata untuk melihat menara Pisa ni, rasanya tak de dah kot. Well, menara Pisa ni tidaklah seistimewa menara Eiffel yang tak jemu dipandang mata itu.


Setelah puas ber"posing" bersama menara Pisa selama sejam lebih, beransur lah semula meneruskan perjalanan berkereta, kali ni ke Milan pula. Perjalanan ke Milan dari Pisa mengambil masa lebih kurang 3 jam. Actually direction sebenar kami ialah ke bandar Bergamo yang mana kami akan menginap selama 3 malam di Hotel Apartment La Corte Nuova (http://www.lacortenuova.it). Bergamo terletak dalam 45 minit drive di sebelah timur dari Milan. Kami sengaja menginap di luar Milan disebabkan bandar Milan ni terkenal dengan trafficnya yang worst & heavily crowded dan advise-advise dari internet yang tidak menggalakkan sama sekali pelancong drive memasuki bandar Milan. 

Tiba di Bergamo dah lewat petang dalam pukul 7 pm selepas beberapa kali tawaf sekitar Bergamo sebelum terjumpa dengan hotel kami, disebabkan signboard hotel yang begitu ciputt sekali. Quite a nice hotel jugak but not as good as Quadra Key di Florence. But as long as semua dapat berehat, masak, makan & tidor dengan selesa... Alhamdulillah...

Bersambung.... Day 5: Sightseeing at Como Lake (Italy), Foxtown Outlet Center & Lugano di Switzerland!

3 comments:

Anonymous said...

Memang, souvenir di gerai dekat Pisa Tower tu agak murah. Tak de gambar anak-anak you yang tahan/terajang Pisa Tower tu?
Di Pisa masa kami pegi tu, jumpa juga Melayu. Sempat juga borak-borak serta tawa ria dengan mereka. (Kalau di London, jumpa Melayu, mereka buat tak reti je! dah ramai sangat kot).
Ada satu peristiwa manis + tak sedap + yang tak dapat dilupakan semasa kami nak meninggalkan Pisa Tower. Tak sedap untuk dikatakan secara umum di blog ini. Kalau siapa nak tahu juga, write your e-mails. Walaupun tak sedap, tapi sangatlah menarik.

Lepas Pisa, (kamu Joe ke Milan) kami ke Monaco. Sebelum masuk highway sempat mandi pantai Laut Mediteranean di Lido Camaiore, lebih kurang 40 minit dari Pisa. Teringat lagu Jefridin "di tepi pantai yang indah, ku duduk seorang diri....

Wassalaam. TongkatAli

joe said...

Gambar menongkat Tower tuh kira wajib tu.. mmg ada tangkap tapi tak letak kat sini.

Apa cerita manis tak sedap tu..cerita sket.. email zumusa@yahoo.co.uk

Wahh bestnya dpt pegi ke Monaco! Kami ada terfikir jugak kesana tapi masa limited sgt.

Hahah.. sempat terbayang Jefridin la pulak.. nostalgia sungguh tu..

Anonymous said...

Actually lagu A. Ramlee. Lagu Jefridin "...mengapa kau termenung ... JENG! ...

Monaco pun tak de apa sangat. Hanya tengok circuit FI yang sememangnya jalan biasa di Monaco. Kemudian kami cuba dengan kenderaan kami satu round "litar" tersebut including masuk "tunnel" yang merupakan basement satu bangunan besar.

TongkatAli