Nuffnang

Tuesday, April 14, 2009

Spring Break Road Trip... Day 3 (Florence)

Florence atau Firenze dalam bahasa Itali, sebelum tinggal di Austria tak kenal atau tahu apa-apa pun pasal bandar ini. Tidak tahu pun apa istimewanya bandar ni. Tetapi sejak tinggal disini dan ada kawan yang pernah datang ke sini dan menceritakan kecantikan dan keistimewaan bandar Florence ni buatkan Florence menjadi salah satu destinasi  dalam road trip kali ni. 

Selepas check-out dari hotel di Venice around pukul 9:30am kami bertolak ke Florence. Jarak perjalanan dari Venice ke Florence ambil masa lebih kurang 3 jam sahaja. Tetapi perjalanan melalui highway di kawasan pergunungan amat mencabar sekali. Dengan bilangan lori-lori yang amat banyak sekali, highway 2 lorong berliku-liku yang agak sempit umpama keluasan jalanraya kawasan bandar, tetapi pengguna tetap dengan kelajuan 120-140 kmh, memang meremangkan bulu ketiak, bulu kaki & bulu-bulu sekeluarga. Lorong paling kanan dipenuhi oleh lori-lori yang slow bak siput khinzir, nak tak nak terpaksa la memandu di lorong kiri yang mana semuanya memandu umpama pemandu F1 tak berlesen tapi laju ya amat.  Saspengg sungguh!


Sampai di Florence dalam pukul 12 pm terus checkin di Hotel Apartment Quadra Key (http://www.quadrakeyresidenceflorence.com/) . Kali ni kami tinggal di hotel apartment so bolehlah memasak sesuka hati apa-jua terasa nak makan selepas metekedarah pizza siang malam selama 2 hari di Venice. Hotel ni memang nice, cantik, baru, moden & considered murah. Very recommended  untuk sesiapa with family untuk datang bercuti ke Florence. 

Selepas lunch bermulalah acara tetap iaitu berjalan kaki beramai-ramai sekeluarga di sekitar bandar Florence. Tetapi tidak recommended untuk bawa kereta jika mahu ke pusat bandar disebabkan traffic yang banyak & susah untuk dapatkan tempat parking. Jadi kami sekeluarga ambil bas dengan cuma bayar Eur 4.50 untuk sekeluarga. Perjalanan cuma 15 min terus sampai ke end station di pusat bandar Florence. Mudah, selesa & menjimatkan!


Florence terkenal dengan "MichaelAngelo"nya, jadi tumpuan pertama kami ialah menuju ke muzium dimana terletaknya hasil-hasil tangan MichaelAngelo. Tetapi malang tak berbunyi, dalam perjalanan terserempak dengan pusat gerai-gerai atau bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan pakaian, kraftangan etc, jadi malanglah poket belum sempat panaskan badan dah terpaksa mengalirkan not-not Euro.

Memang menarik kawasan bazar ini terutamanya gerai yang menjual selendang silk dan gerai barangan kulit. Bermacam-macam pilihan dan memang menyeksa jiwa bila melihat pelbagai jenis jaket-jaket kulit yang begitu cantik buatan dan kualiti kulit yang tinggi dan yang paling penting siap tertulis "Made in Italy" tuuu... Sesiapa yang datang ke Florence jangan lepaskan peluang untuk habiskan duit-duit anda disini. Ternyata mujarab dalam mengempiskan wallet-wallet anda.


Bandar Florence ni memang dipenuhi oleh pelancong, dimana-mana sekitar bandar dipenuhi pelancong. Seperti bandar-bandar lain di Europe, bandar Florence juga tak ketinggalan dengan bangunan-bangunan bersejarahnya. Cantik-cantik semuanya termasuk lah orang-orangnya juga. 

Tetapi satu yang aku kurang berkenan dengan Florence ni ialah terdapatnya banyak patung-patung jantan yang berbogel. Besorr pulak tu macam tugu negara! Amat tidak sesuai sekali untuk budak-budak dan mak budak! Apa salahnya kalau dibuat patung yang pakai seluar?? Seluar kecikk pun ok dah, ini langsung togel! Seni sangat la kononnya tu... seni ke?? Hmmm..;-))


Kawasan-kawasan tumpuan utama di sekitar Florence boleh dilawati dengan berjalan kaki sahaja. Tidak perlu untuk ambil apa-apa public transport untuk melawat tempat-tempat tu semua seperti di Paris. Lagipun disini tiada tram atau subway pun, yang ada cuma bas! 

Salah satu tempat yang mesti dilawat ialah jambatan Ponte Vecchio. Uniknya jambatan ni sehinggakan dipenuhi oleh ramai pelancong. Aku pun tak pasti apa yang uniknya. Tapi atas jambatan ni dipenuhi dengan kedai-kedai emas macam di Pasar Payang Kuala Terengganu la pulak. Rupanya orang Itali ni suka pakai emas jugak macam orang Terengganu..;-) 


Datang melancong ke bandar Itali ni, tak sah kalau tak melawat kawasan yang dipenuhi dengan butik-butik mahaltakmasukakal macam Ferragamo, Gucci, Celine, Prada dan yang sejenisnya. Tapi yang pastinya cuma cuci mata tengok dari luar saja la, gerun bila tengok tag harganya & tukang buka pintunya yang lengkap ber"suit" macam James Bond!


Apa lagi yang bestnya disini? Satu lagi ialah Piazza dei Pitti, nice place jugak dengan bangunannya yang cantik dan ramai orang yang duduk melepak dan ada juga yang berbaring di kawasan lapang di depan bangunan ni. Best untuk cuci mata kalau datang ke sini. Not sure apa istimewanya Piazza dei Pitti ni, tapi kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah sendiri google out from the internet.


Jangan lupa juga untuk menikmati ice-cream di Florence ni. Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual ice-cream yang perbagai perasa yang lazat-lazat & sedap semuanya. Memang menitis air liur lah bila melihat ice-cream tu dari luar kedai. Kalau tak percaya cuba lah lihat gambar ice cream tu dibawah. Dengan hanya Eur 2 dah boleh dapat 2 scoop cone ice cream. Memang gerenti sedapp!! A must to try untuk sesiapa yang datang ke Florence!


Pusing punya pusing dari pukul 2 pm sehingga lebih kurang pukul 6 pm, naiklah semula bas balik ke hotel untuk meluruskan kaki dan buku lali yang berdenyut-denyut letihnya. Yang pasti, bandar Florence memang menarik untuk dilawat. Barangan souviner disini pun agak murah dan untuk yang meminati barangan silk & kulit "Made in Italy" dengan harga yang berpatutan, disini lah tempatnya!

Ciao!

Bersambung... Day 4: Jalan-jalan di Menara Condong Pisa & drive ke Milan

3 comments:

elisataufik said...

oh, you tak pegi the other side of the river, ada banyak rumah besar2 and boboli gardens, ada insect museum.
Tapi betul you cakap, Florence is best seen on foot.
Kalu pegi waktu sunset, Ponte Vechio tu penuh dengan orang, tunggu nak ambik gambar :)
And I agree with you about the statues.. tak larat nak layan my kids complain.. last last cakap je kat diorang, "Kalau malu, jangan tengok! Bonda pun tak tengok kat situ.". ha ha

Anonymous said...

Best baca you punya cerita ni Joe! Yes, we did Florence as well (tengok komen Day 2 Venice). Kita orang redah je jalan Florence yang sempit tu sampai dapat parking yang hampir dengan Ponte Vecchio. We parked on the other side of the river (kalau mengikut elisataufik). Masa atas Ponte Vecchio, ada mamat yang hulurkan kertas iklan restaurant ... restaurant india/pakistan. Dia kata halal. So pasal makan hari tu .. settle! Kedai emas di ponte tu kita nak masuk pun tak berani
Pasal statue tu, nak ambil gambar pun susah. Nak masuk dalam muzium tu pun nak tengok apa. Anyway my wife dapat beli tudung murah/cantik yang dijual oleh peniaga cina yang berkeliaran di situ. Itu saja aktiviti "mengempiskan wallet" kami seperti yang Joe sebut. Selain tu kami hanya beli satu key chain (for one of my son's collection) dan satu magnet (hers).

Wassalaam. TongkatAli.

joe said...

Tenkiu T.Ali & Elisa for the comment.

Best la kalau jumpa restauran halal di Florence. Ada address dia ke? maybe saya boleh publish kat sini so boleh share dengan sesiapa yang bercadang melancong ke Florence.