Nuffnang

Monday, April 13, 2009

Spring Break Road Trip... Day 2 (Venice)

Hari ke-2 bermulalah acara merentas bandar Venice dengan berjalan kaki sehingga terasa nak tercabut buku lali. Ada dua option untuk ke bandar Venice dari hotel tempat penginapan. Samada drive dengan kereta ke Venice and park di pusat parking kereta di pintu masuk Venice dan bayar Eur 20-24 per entry. Atau drive 3 km dari hotel dan park kereta di tempat parking khas yang free then take a bus to Venice, tambang bus just Eur 1.10 per person. Kami pilih second option, park kereta then take the bus. Much more cheaper & tak perlu pening-pening kepala drive ke Venice. Tambahlagi kenderaan hanya dibenarkan setakat pintu masuk Venice sahaja dimana terletak stesen keretapi, stesen bas & pusat parking kereta. Untuk kemana-mana sekitar Venice perlu ambil water-taxi atau jalan kaki.

Venice dihubungkan dengan tanahbesar atau Mestre melalui satu jambatan atau tambak ala-ala tambak Johor. Panjang jambatan ni pun lebih kurang panjang tambak Johor juga. At the end of the jambatan di Venice side ialah stesen bas, keretapi, car park & stesen water taxi. Pelancong ke Venice boleh jalan kaki sekitar bandar Venice ni atau boleh ambil water taxi. Kami ambil water taxi terus ke Piazza San Marco dan dari situ kami jalan kaki sekitar bandar ni sehingga sampai ke stesen bas semula. Tambang watertaxi pun agak mahal, untuk satu stop will cost Eur 2 per person. Dari stesen bas ke Piazza San Marco untuk kami berlima cost Eur 32! Mahai gilababas! Perjalanan cuma dalam 30min but anyway kira worth it jugak la dengan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan dengan water taxi. 
 

Satu advise untuk sesiapa yang merancang untuk datang ke Venice, jangan bawa kids stroller sebab Venice ni dipenuhi jambatan-jambatan yang bertangga-tangga. Jenuh letih nak mengangkat stroller pulak.

Apa yang menarik di Venice? Tempat utama yang mesti dituju untuk pelancong ke sini ialah Piazza San Marco dan Rialto Bridge.  Piazza San Marco ni is a ala-ala dataran yang dikelilingi bangunan dan church lama. Bagi aku biasa je la takda la cantik mana but since inilah tempat tumpuan utama pelancong ke Venice so tumpang sekaki appreciating it jugak lah. 

Satu lagi tempat yang mesti dituju dan bergambar sekitanya ialah Rialto Bridge. Bridge yang tertua antara berpuluh-puluh bridge sekita Venice ni. Jadi berpusu-pusu lah orang ramai ke sini dan bergambar di sekeliling bridge ni. Tengok pada binaannya tiada yang pelik sangat but since it is Rialto Bridge then it is special.


Tumpuan utama lain disini? Gondola!! Nama yang paling sinonim dikaitkan dengan Venice oleh sesiapa sahaja di merata dunia. Memang terdapat banyak Gondola disekita Venice dengan "pemandu"nya yang memakai uniform t-shirt lengan panjang berbelang hitam dan berseluar panjang hitam. Tetapi harga untuk menaiki Gondola ni agak mahal, mengikut mereka yang pernah ke sini, harga untuk menaiki Gondola ini ialah antara Eur 60-100 depending on the season. Mahal gilababas tuu! Macam-macam benda boleh dibeli dengan duit sebanyak tu. Bagi aku Gondola ini cuma sesuai untuk couple yang tengan mabuk bercinta dan pakwe yang sanggup menghabiskan seberapa banyak duit untuk memikat hati makwe yang terchenta! Untuk family-family guy, lupakan aje la Gondola ni, tangkap gambar dari jauh cukup dah!


Kalau kesini jangan lupa bawak balik buah tangan atau cenderamata khas dari Venice iaitu topeng muka. Terdapat pelbagai jenis topeng, pelbagai bentuk, quality, colour & rupa yang amat menarik dengan harga semurah Eur 10. Di Venice, setiap tahun (not sure the date) terdapatnya festival topeng (Carnival of Venice) dimana pelbagai manusia mempergayakan berbagai pakaian & topeng di Piazza San Marco ini. It would be the best untuk datang melancong ke Venice during this carnival.


Makanan semasa disini? Hmm.. macam biasa either bawak bekal atau cheese & vege pizza. Kalau datang ke Venice atau Italy ni, satu kemestian untuk mencuba pizza disini. Ada kelainan dalam rasanya & kesedapan dengan pizza dinegara asal pizza-pizza sekeluarga. Yang pasti sempat kami merasa dan menikmati pizza di 2-3 kedai yang berlainan. Memang sedap-sedap semuanya!

Di Venice ini juga terdapat satu kedai Kebab yang halal yang terletak berhadapan dengan Konsulat Austria & Germany. Satu-satunya kedai halal di Venice ni tapi harganya agak mahal sedikit kalau compare dengan harga di Vienna.


Dari pagi sekitar pukul 10am kami sampai di Venice sehinggalah pukul 3 pm kami sampai semula di stesen bas Venice. Masing-masing semuanya dah letih nak tercabut buku lali rasanya. Walaupun tak cover seluruh pulau Venice ni tetapi dah puas rasanya berjalan sekitar tempat-tempat utama di Venice. Kebetulan bas yang sepatutnya kami naik sudah berada distesen bas, jadi cuma perlu tunggu dalam 5 mins didalam bas sebelum bas mula bergerak. Bas dari Venice ke tempat kami parking kereta cuma ambil masa sekitar 20mins sahaja.


Disebabkan hari yang masih awal, kami ambil peluang untuk melawat pantai Jesolo yang terkenal dimerata dunia itu. Jarak dari hotel kami dalam lebih kurang 30km sahaja ke pantai Jesolo. Sudah hampir 2 tahun sejak tinggal di Austria kami tak merasa suasana pantai & angin laut jadi semuanya excited untuk ke pantai Jesolo.

Bandar Jesolo ni dipenuhi dengan hotel-hotel, apartment & kedai-kedai. Deretan hotel-hotel sepanjang pantainya yang bersih dan mendatar. Tetapi semasa kami sampai tak ramai pengunjung disini, tak pasti kenapa. Maybe belum musimnya untuk golongan orang putih ni berjemur umpama ikan kering jemuran ditepi pantai.

Sempatlah budak-budak melepaskan gian bermain-main ditepi pantai sebelum balik semula ke hotel walaupun tak berkesempatan mandi laut. Takpa nanti bila balik Malaysia, boleh mandi laut sepuas-puasnya di pantai Kuala Ibai, tiap-tiap hari pun boleh.


Bersambung.... Day 3, drive & jalan-jalan di Florence.

2 comments:

Anonymous said...

Kami sampai di Venice sekeluarga (6 orang) Julai 2006. Macam yang diceritakan, memang tak ada apa-apa yang special untuk orang macam kita. Dah pegi sekali, cukuplah! Just untuk bragging rights ... been there done that. Kami makan pizza margerita pun di buat oleh orang Iraq. Tapi lapar punya pasal, memang sedap. We walked from the bus station (in Venice) to St Marks Square then took the valporetto back to bus station. Reverse what you did.

Anyway, kami masuk (dengan van) Venice dari arah St Moritz-Tirano-Bergamo. Bayar parking Euro 20.Will continue to read your journal. Thanks for sharing.

Wassalaam. TongkatAli (Nama samaran Tripadvisor). Bangi. Selangor.

joe said...

Thanks for the comment TongkatAli..