Nuffnang

Sunday, April 12, 2009

Spring Break Road Trip... Day 1

Sempena dengan cuti sekolah-Spring break kali ni, "mengembara" lagi kami sekeluarga ke negara jiran. Kali ini Italy menjadi  pilihan hati untuk dijelajahi. Tetapi disebabkan masa yang ada cuma seminggu sahaja, hanya utara Italy yang sempat di"include"kan dalam itinerary trip kali ni. Bertolak pada Ahad, April 5 daripada Vienna menghala ke Venice dan pulang semula pada April 11.

Plan dalam trip kali ni ialah seperti dibawah:

Day 1: Drive to Venice
Day 2: Sightseeing in Venice & Jesolo Beach 
Day 3: Drive to Florence. Sightseeing in Florence
Day 4: Sightseeing in Pisa. Drive to Milan
Day 5: Shopping/sightseeing at Foxtown Outlet Center & Lugano. Visit Swiss Miniature. Sightseeing at Como Lake.
Day 6: Sightseeing in Milan
Day 7: Drive to Vienna. Visit Minimundus


Dari Vienna, bertolak dalam pukul 9:30 am untuk perjalanan ke Venice yang memakan masa 6-7 jam. Cuaca begitu baik sekali, cerah & sunny dengan temperature di musim Spring ni in between 15-20 C amat sesuai sekali untuk travelling atau bercuti. Perjalanan ke Venice akan melalui Graz & Klagenfurt di Austria sebelum memasuki sempadan Itali. Sepanjang perjalanan, permandangan di kiri dan kanan highway memang mengasyikkan dan cantik sekali. Dengan gunung-ganang menghijau dan puncak yang masih diliputi salji putih. Di musim spring beginilah amat sesuai sekali untuk sesiapa yang minat dengan aktiviti trekking atau hiking di kawasan pergunungan.


Untuk memasuki sempadan Italy dari Austria, tiada lagi security, kastam atau immigration check. Seolah-olah borderless, salah satu ciri-ciri antara negara EU (but not all), bebas keluar masuk. Sepanjang perjalanan dari Graz melalui Klagenfurt hingga part of Italy sebelum sampai ke Venice, terdapat banyak terowong-terowong yang merentas gunung-ganang. Kalau tidak silap terdapat between 20-30 terowong, ada yang panjang, pendek, lurus & bengkang-bengkok. Dari pemerhatian sepanjang driving dari Vienna ke Venice, kualiti jalanraya atau kemudahan sepanjang highway di sebelah Austria is much better kalau compare with the Italian side.


Kalau di Austria, untuk menggunakan atau memandu di highway perlu ada atau beli pelekat toll atau disini dipanggil "Vignette". Di Austria tiada pondok-pondok toll, cuma perlu tampal sticker "Vignette" di cermin hadapan then bolehlah memandu dimana-mana highway diseluruh Austria. Kalau tak silap ada 3 jenis Vignette iaitu weekly, monthly atau yearly. Not sure berapa harga untuk weekly atau monthly Vignette tapi untuk yearly Vignette berharga Eur 75. Untuk visitor yang datang cuma untuk seminggu cuma perlu beli weekly Vignette sudah memandai. Vignette boleh dibeli dimana-mana stesen minyak di pintu  masuk sempadan atau di kedai-kedai Tabak di seluruh Austria.

Manakala di Italy masih lagi diamalkan sistem pondok toll di entrance/exit seperti di Malaysia tetapi sesetengah pondok toll cuma ada mesin bayaran automatik, tekan, select & bayar. Lecehlah cara macam ni sebab perlu beratur di setiap entrance atau exit. Some countries seperti Czech, Slovakia & Swiss sudah amalkan sistem sticker untuk highway seperti "Vignette" di Austria.
Sepanjang perjalanan ada made several short stops distesen minyak atau tempat rehat untuk buang air, hilangkan mengantuk atau makan. Travelling macam ni lebih menjimatkan kalau membawa bekal. Makanan di restoran-restoran quite mahal dan apalah sangat yang boleh dimakan di restoran "orang putih" ni. Lagipun mana ada yang halal sepanjang highway ni. Tetapi kalau nak pekena kopi yang power hilangkan mengantuk, memang banyak disetiap stesen minyak!



Sampai di Venice lebih kurang pukul 5 pm terus menuju ke hotel penginapan. Actually hotel ni bukan terletak di Venice but on the mainland side, atau di Mestre. Kami akan bermalam selama 2 malam di Bed & Breakfast Dream (www.bbdream.it). Quite nice hotel, very new building, quiet surrounding, close to bus station, few minutes only to shopping mall. Recommended untuk sesiapa yang datang ke Venice via car.

Petang tu after check in, sempat pergi ke shopping mall yang berdekatan untuk cari some food untuk dinner. As said before, apa sangat yang boleh dimakan di restoran luar macam ni, so pilihan yang paling popular ialah cheese atau vege pizza.

Esok akan menjelajah sepanjang hari ke sekitar bandar Venice. Bersambung....


2 comments:

farid said...

best nye jalan2 sampai ke italy tu..
nice pics.. mcm dah 1000D ni joe .. :)

joe said...

haaa... baru beli 1000D 2 hari sblm gi Italy... dok dang nok khobek agi function seme, pakai auto je masa kat italy. Nok beli 450D mahal ngat lening takdok sale doh.