Nuffnang

Saturday, April 4, 2009

Seminggu di Chennai...

Seminggu di Chennai yang tidak boleh dilupakan dengan berbagai pengalaman menarik. Ini kali kedua sepanjang bekerja ditugaskan untuk menjadi cikgu tak bertauliah. Kali pertama dahulu di Sweden, dan kali ni terpaksa berhadapan dengan murid-murid India pulak. Apa nak buat, dah kerja. Seminggu yang penuh dengan aksi-aksi menurun tanpa jampi serapah atau sumpah seranah. Terpaksa melayan berbagai-bagai soalan dan permintaan rakan sekerja di Chennai. Tetapi ilmu yang ada, jikalau di kongsi atau diajarkan pada orang lain, akan lebih berkat jadinya, dok gitu? 

Ok stop cerita pasal kerja, lagi menarik kalau cerita mengenai Chennai di luar scope kerja. Mengikut kawan sekerja, Chennai ialah bandar keempat terbesar di India dan salah satu bandar yang terkenal dengan resources IT engineers. Well, India memang terkenal dengan software engineer nya yang merata-rata diseluruh dunia. Banyak IT companies juga mula membuka atau memindahkan cawangan ke India sebab faktor ini dan faktor labour costnya yang murah kalau dicompare dengan negara-negara lain. Tapi bila dah murah-murah ni, quality factor pula akan jadi persoalan. Biasalah tu kan..

Airport Chennai tidak lah secanggih KLIA, in fact it is quite small and old. Tapi perjalanan dari airport ke hotel yang lebih menarik. Driver teksi hotel decide to use jalan alternative sebab untuk elakkan traffic jam jika melalui jalan biasa. Tetapi jalan alternative ni agak menggerunkan, about 10-15 mins melalui kawasan perumahan yang sesak dan juga melalui jalan bertanah merah yang sempit dan berlubang-lubang.
Sebelum datang ke India, ramai yang pernah melawat India bercerita tentang keadaan traffic jalanraya yang kelam kalibut & haru biru. Bila melihat dengan mata sendiri, memang ternyata benar! Gerun bila melihat suasana pengguna-pengguna jalanraya disini. Undang-undang jalan raya seolah-olah tiada lagi. Di sesetengah simpang walaupun ada traffic light tetapi masih kelam kabut dengan kereta & motorsikal yang sesuka hati berhenti ditengah-tengah atau masuk ke mana-mana simpang. Sesiapa yang lulus lesen memandu di Malaysia, atau Europe atau USA gerenti akan terkedu kalau memandu disini!

Satu suasana biasa disini ialah bunyi horn kenderaan yang tak putus-putus. Kenderaan sentiasa membunyikan horn samada nak masuk simpang, nak berhenti, nak memotong, atau ada orang melintas atau ada kenderaan perlahan atau ada motorsikal yang perlahan. Tangan seolah-olah sebelah tangan sentiasa berada di tempat horn. Agaknya satu hari nanti kalau horn dihapuskan dari kenderaan, mau demam kepialu orang disini agaknya!

Hotel dan office terletak di pinggir bandar Chennai, jadi setiap pagi untuk ke tempat kerja boleh lah melihat kawasan sekitar sepanjang perjalanan. Antara pemandangan yang sedih dilihat ialah bila terlihat budak-budak sekolah berjalan kaki ke sekolah dengan hanya memakai selipar dan ada yang berkaki ayam sahaja! Juga bila melihat golongan tua samada lelaki atau perempuan bekerja buruh ditepi-tepi jalan membina longkang dan jalanraya. Sepatutnya dikala usia sebegini hanya perlu berehat dirumah menikmati sisa-sisa usia tetapi disebabkan kesempitan ekonomi terpaksalah mereka terus memerah keringat tua untuk sesuap nasi.

Makanan? Antara soalan utama yang akan ditanya. Di sini dinasihatkan untuk tidak makan di sebarang kedai atau restoran. Tahap kebersihan amat meragukan. Semasa ditempat kerja, bernasib baik terdapat foodcourt yang menyediakan perlbagai jenis pilihan restaurant samada restoran  fast food seperti McD, KFC, Subway atau Pizza Hut dan juga restoran tradisional India. Yang menariknya lagi Subway disini menyediakan halal menu. Sempatlah pulun Subway sepuas-puasnya selama 5 hari diselangseli dengan Pizza Hut yang sediakan menu Spicy Vege Pizza dengan cili-api hijau yang ditabur diatas pizza. Pedas berapiii tapi sedapppp!!

Unfortunately selama seminggu di Chennai tidak berkesempatan untuk melawat ke pusat bandaraya Chennai. Setiap hari habis kerja dah malam dan Friday afternoon berangkat semula ke airport untuk balik ke Vienna. Semasa di airport kali ni terpaksa bersoal jawab dengan imigresen sekejap, sebab dalam passport terdapat 3-4 jenis visa kerja untuk negara berlainan. Pelik agaknya dia tengok "mat rock malaya pencen" bekerja di pelbagai negara. 

Semasa menunggu flight di airport Chennai, teringin untuk melepaskan dahaga dan yang menariknya bila melihat keropok Lays berperisa Masala! Bila cuba sebungkus, rupa-rupanya sedap sungguh, dengan rasa kari masala yang pedas-pedas. Memang sedappp.. rasanya cuma ada di India kot. A must to try untuk sesiapa yang datang ke India...

Konklusinya..seminggu di Chennai, pelbagai pengalaman dan pemandangan menarik, gerun, sedih dan berguna  yang diperolehi. Datang lagi ke Chennai?? Hmmm tak kot... cukuplah sekali... ;-))

video

p/s: Next week, will be on road trip again. 7 days in Venice, Florence, Pisa, Milan & Lugano.... tungguuu...

No comments: