Nuffnang

Wednesday, April 1, 2009

Dubai Airport!

Selepas sekian lama teringin untuk menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Dubai yang terkenal sebagai pusat transit penerbangan antarabangsa, akhirnya tercapai juga. Untuk trip ke Chennai, ada dua pilihan samada melalui Frankfurt dengan menaiki Lufthansa atau Emirates melalui Dubai. Eventhough flight cost melalui Dubai lebih mahal, tetapi dengan hikmat "pujukrayu"dengan pelbagai alasan, akhirnya boss approve jugak. Antara sebab utama Emirates menjadi pilihan ialah makanan in flight yang semuanya halal! Long haul flight kalau makanan limited memang bosan lah.

As expected semasa dalam penerbangan, makanan yang dihidangkan memang lumayan & sedap-sedap belaka. Far better lah kalau nak compare dengan european punya airlines. Semasa penerbangan dari Vienna, transit cuma selama 3 jam di Dubai tetapi semasa penerbangan dari Chennai, terpaksa transit selama 9 jam dari pukul 0100am hingga 0940am. Tetapi dengan apa yang ada di airport Dubai memang tidak membosankan. Apa yang menarik di airport Dubai??

Semasa keluar dari flight, satu pemandangan yang menarik perhatian aku ialah seperti yang boleh dilihat dalam gambar diatas. Free child stroller untuk pengguna airport!! Ini kali pertama aku jumpa airport yang sediakan benda ni! Amazing & very-very useful untuk semua orang terutama yang mempunyai anak-anak kecil! Dan yang paling pentingnya ianya free!! Cuma ambil dan guna, tinggalkan dimana-mana sekitar boarding area apabila tidak lagi mahu diguna.

Airport Dubai juga terkenal dengan "pusat" shoppingnya. Di sini terdapat tiga terminal yang connected with each other. Sepanjang terminal dipenuhi dengan pelbagai kedai di kiri kanan. Dan semua kedainya dibuka 24 jam!! Another amazing experience semasa disini ialah, airport ini sentiasa dipenuhi dengan pengguna! Walaupun sekitar pukul 3am, 5 am orang ramai berpusu-pusu seolah-olah berada di pusat membeli-belah. Even di kedai emas seperti gambar diatas pun dipenuhi pembeli! Beli emas di airport?? Pelik-pelik sungguh! Sepanjang di airport ni, aku survey-survey harga barang-barang semuanya mahal-mahal tetapi macamana orang-ramai nampak begitu "galak" membeli-belah!


Satu fact yang menarik di airport ini ialah mostly pekerja-pekerja disini samada security, imigresen, shop assistant, tukang cuci... majoritynya orang non-arab! Kalau dikalangan shop asisstant samada kedai serbaneka, kedai baju atau elektronik, mostly pekerjanya dari bangsa Filipina! Manakala yang bekerja sebagai tukang cuci atau sapu mostly dari sebelah South Asia e.g India, Bangladesh etc. Mana pergi orang-orang Arab ni semua? Agaknya semuanya kaya raya dengan duit minyak dan jadi tuan besar semuanya!

Satu lagi yang menarik di airport ini ialah kemudahan tempat sembahyang. Sepanjang terminal 3 yang dikhaskan untuk Emirates Airlines, terdapat sekurang-kurangnya 5 buah surau (or maybe lebih sbb aku tak pulak kira satu-satu) yang disediakan untuk pengguna. Yang lebih menariknya lagi apabila masuk waktu sembahyang, azan berkumandang diseluruh pelusuk airport!!!! Betapa bagusnya airport Dubai ini. Harap-harap airport KLIA di Malaysia pun boleh mengikut jejak airport Dubai juga.

Dan yang terakhir sekali dan yang paling menarik sekali terutama untuk mereka-meraka yang tinggal di negara bukan Islam sebelah Europe atau Amerika ialah semua restoran disini menyediakan makanan halal!!! Bayangkan selama ni kalau pergi McDonald atau Burger King di Europe, cuma boleh dimakan Fish Fillet dan Fish Fillet dan Fish Fillet sahaja. Tetapi disini boleh merasa McChicken, DoubleCheese burger, Double Whopper, Big Mac dengan segala jenis burger-burger lain.... nikmatnyaaaa tak terhingga. Selepasa hampir dua tahun tak merasa Double Whopper & McChicken, terasa sungguh sedapppnya sehingga menjilat gigi! Fuhh!! Sedap punya pasal bungkus 3 bijik burger masuk plane bawak balik ke Vienna untuk dinikmati seisi keluarga..;-))

Awas untuk mereka yang tinggal di Europe & USA, jangan terliur dan meleleh air liur melihat gambar Double Whopper diatas! Yang pasti memang sedappp!!

No comments: