Nuffnang

Thursday, March 19, 2009

Once Upon A Time in...Buenos Aires, Argentina

Sambungan lagi mengenai pengalaman semasa di Argentina and this is the final part. My first trip dulu-dulu end 2003, travel dari Bogota via Santiago, Chile ke Buenos Aires. Second trip end 2004 travel dari Malaysia dengan Malaysia Airlines. Nasib baik MAS ada flight ke Buenos Aires dengan dua stopover di Johannesburg & Cape Town but not changing flight. Travel dengan MAS always the best especially bab "makan-makan"... lumayan sungguh! Kalau tak silap total travelling time was more than 24 hours!


Kalau terbang ke Cape Town jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan bandar Cape Town dari atas udara. Sungguh cantik sekali bandar Cape Town ni yang terletak di tepi laut dengan water frontnya dan berlatar belakangkan Table Mountain. Juga pemandangan bandaraya Buenos Aires dari atas udara, dataran Pampas yang meluas sayup pandangan. 


Terdapat banyak dan pelbagai tarikan di Buenos Aires untuk pelancong-pelancong. Malah di Buenos Aires sendiri dibahagi kepada district-district atau Barrio yang mempunya tarikan nya yang tersendiri seperti Recoleta, Palermo, San Telmo, Puerto Madero etc. Di Buenos Aires atau Argentina secara amnya boleh dilihat dengan jelas pengaruh Italy hasil bawaan pendatang-pendatang dari Italy dizaman dulukala. Yang jelas boleh dilihat dari nama-nama jalan atau nama districtnya. Even rupa paras penduduk Argentina ada perbezaan dari penduduk negara Amerika Latin yang lain. Orang Argentina lebih putih dan more lookalike European (a.k.a lebih cun laa gitu). 


Dari Buenos Aires juga boleh menaiki ferry untuk ke Uruguay. Bandar terdekat didalam wilayah Uruguay ialah Colonia dan juga Montevideo. Lain kali aku cuba tulis pasal trip ke Colonia, Uruguay. 

Antara mercu tanda terkenal di Buenos Aires ialah The Obelisk yang terletak di tengah-tengah jalan raya yang terbesar di dunia iaitu Avenida 9 de Julio! Dibina pada tahun 1936 sempena ulangtahun tahun ke 400 bandaraya Buenos Aires! Avenue atau jalan raya ni mempunya 6 lane in each direction. Dalam gambar diatas boleh kelihatan Avenida 9 de Julio merentas ditengah-tengah bandaraya Buenos Aires. 

Antara fakta menarik mengenai Buenos Aires ialah masjid terbesar di benua Amerika Latin terletak di Buenos Aires. Masjid ini dibina pada tahun 1996 yang dibiayai sepenuhnya oleh King Fahd of Saudi Arabia. Ianya dibina semasa pemerintahan Carlos Menem yang meng"offer" tanah seluas 20,000  .  Satu fakta menarik lagi ialah Carlos Menem ini walaupun berfahaman Khatolik tapi berasal atau berketurunan Islam Syria or at least ibu bapanya berasal dari Syria dan berfahaman Islam. Masjid ini dikenali sebagai King Fahd Islamic Cultural Center, few gambar-gambar masjid ini dibawah.



Kalau datang ke Buenos Aires, jangan lupa untuk melawat district San Telmo atau Barrio de San Telmo. Terkenal dengan bangunan-bangunannya bersejarah yang unik dan pasar antik setiap hari Ahad. Berbagai-bagai barang antik dan kraftangan boleh dibeli di sini dengan harga yang lebih murah daripada kedai-kedai souviners di pusat bandar. Boleh juga melihat pelbagai pertunjukan jalanan disini terutamanya pertunjukan tarian Tango. Ya, Argentina & Tango memang tidak dapat dipisahkan. Terdapat banyak kelas-kelas tarian Tango di sekitar Argentina terutama untuk pelancong-pelancong. Jangan lepaskan peluang untuk melihat pertunjukan Tango jalanan jika datang ke Buenos Aires.

Satu lagi district yang mesti dilawat jika datang ke Buenos Aires ialah Recoleta. Disini terkenal dengan pusat hiburan diwaktu malam dengan discos, pub, cafes & restaurants. Terdapat banyak juga butik-butik designer disini, boleh dikatakan Recoleta ialah tempat kunjungan golongan kaya untuk bershopping atau bersantai. Satu lagi tarikan ialah pasar kraftangan yang besar di salah satu park di sini pada setiap hujung minggu. Berbagai-bagai kraftangan terdapat disini yang dijual terus oleh pembuatnya dengan harga yang lebih murah dari kedai biasa. Disini juga terletaknya Hard Rock Cafe untuk mereka yang minat mengumpul barangan HRC. Dua gambar dibawah ialah pemandangan sekitar Recoleta.


Kalau datang melancong ke sesuatu tempat, tidak sah kalau tidak menghabiskan duit untuk bershopping barang-barang souviner atau kenangan. Tempat shopping utama di Buenos Aires ialah Calle Florida atau Florida Street. Dengan tempat pejalan kaki dan pelbagai jenis kedai di kiri kanan jalan sepanjang lebih kurang 1 kilometer atau lebih. Disini lah terletaknya banyak kedai-kedai barangan kulit. Ada kedai yang mahal dan murah. Argentina memang terkenal dengan barangan hasil kulit lembunya. Daripada beg tangan kulit, jaket kulit, kasut kulit...serba serbi kulit. Kalau berminat dengan jaket kulit, boleh beli yang ready made atau boleh tempah custome made mengikut ukuran badan kita dan citarasa fesyen yang dikehendaki. Boleh juga pilih jenis-jenis kulit yang pelbagai daripada yang keras hinggalah kulit yang lembut dan mahal. Memang gerenti akan rambang bijik mata kalau memilih barangan kulit disini yang sememangnya murah jika dibandingkan di bandaraya-bandaraya besar yang lain. Good quality jaket kulit boleh dibeli dari harga serendah USD100 sepasang! You cant get a genuine leather jacket with that price somewhere else!

Sepanjang Florida Street ni juga boleh menikmati pelbagai pertunjukan jalanan. Yang paling menarik tentunya pertunjukan Tango. Memang mengasyikkan jika lepak menikmati keasyikan alunan muzik & tarian Tango setiap hujung minggu. Tambah lagi jika penarinya muda jelita & seksa.. opss.. seksii! ;-))


Satu lagi tempat yang mesti dikunjungi ialah Puerto Madero Waterfront yang terletak di district Puerto Madero. Terletak menghadap lautan Atlantik, dengan dipenuhi perlbagai kapal layar mewah. Asalnya ialah tempat gudang-gudang lama yang kini diubahsuai sebagai restoren-restoren eksklusif. 

Sebagai kesimpulannya Buenos Aires ialah satu bandar yang amat sesuai untuk dilawat dengan pelbagai benda & tempat menarik. Cuma masalahnya untuk Malaysians ialah kos untuk terbang ke sini agak mahal, dan masih kurang publisitinya di Malaysia mengenai tarikan-tarikan di Argentina.

Satu lagi bandar utama yang patut dilawat jika datang ke Argentina ialah Ushuaia. Unfortunately aku pun tak berkesempatan melawat bandar ni. Ushuaia, the southernmost city in the world, terletak nun jauh dipenghujung benua Amerika Latin, sekangkang kera dengan Kutub Antartika. Tarikan utama disini ialah Glacier dan aktiviti skiing. Gambar glacier dari Ushuaia dibawah diambil dari internet.

Tetapi..... fakta yang paling menarik mengenai Argentina terutamanya untuk Malaysian ialah "khabar-khabar"nya, bekas PM kita (Dr M) mempunyai personal ranch dan tanah yang luas di Argentina. Dr M selalu datang bercuti di Argentina, even early this year atau last month kalau tak silap, Dr M ada datang bercuti lagi ke Argentina... hmmm maybe "khabar-khabar" is not just a "khabar-khabar"..

Next trip: Colonia, Uruguay!

No comments: