Nuffnang

Monday, March 2, 2009

Once Upon A Time in...Bariloche, Argentina

Sambung balik cerita lama semasa di Argentina. Kali ni trip to Bariloche atau nama officialnya San Carlos de Bariloche. Bandar ni terletak di pergunungan Andes bersempadan dengan Chile. Perjalanan dengan flight dari Buenos Aires amibil masa lebih kurang 2 jam. Bandar ni terkenal sebagai pusat outdoor activities. Kalau di musim panas menjadi tumpuan untuk mereka yang suka hiking, climbing, sailing etc manakala di musim sejuk menjadi tumpuan untuk mereka yang suka winter sport seperti skiing. Terdapat satu tasik yang besar disini yang dipanggil Nahuel Huapi yang termasuk dalam Nahuel Huapi National Park di kaki pergunungan Andes iaitu national park yang tertua di Argentina.


Bariloche ini cuma sebuah bandar yang kecil dengan aktiviti pelancongan ialah sumber ekonominya yang paling utama. Di sekeliling bandar boleh dilihat banyak kedai-kedai yang menjual barang-barang souviners dan barang untuk outdoor activities. Salah satu buahtangan utama untuk pelancong kesini ialah chocolate. Terdapat beberapa kedai-kedai yang hanya menjual berbagai jenis chocolate yang dibuat dibahagian belakang kedai. Pelancong juga boleh masuk dan lihat proses membuat chocolate disini. Bariloche sememangnya terkenal dengan local made chocolatenya. Boleh dikatakan sesiapa yang datang ke Bariloche di"wajib"kan merasa atau membawa balik chocolate dari sini. Tapi awas bila memilih chocolate sebab most of it mengandungi alcohol.


Bandar Bariloche ini berada diatas permukaan yang sedikit berbukit dan mengadap tasik Nahuel Huapi. Jadi bila berada di kawasan bandar, pemandangan ke arah tasik Nahuel Huapi dengan berlatarbelakangkan pergunungan Andes cukup cantik sekali dan mengasyikkan. 

Tetapi seperti biasa, disini juga aku hadapi masalah untuk makan. Untuk dapatkan restoran yang sediakan makanan halal memang impossible lah, malah untuk cari restoran yang sediakan seafood pun susah. Tapi bernasib baik sebab terjumpa satu restoran yang sediakan "ikan Trout" panggang sebagai salah satu menu. Seperti biasa menu itu telah menjadi menu utama sepanjang aku disana selama dua malam.


Bercerita bab makanan ni, Argentina terkenal dengan steaknya-Argentina Steak: satu trademark yang tidak asing lagi di negara-negara diluar Argentina! Argentina sememang mempunyai penternak lembu yang besar terutama di kawasan Pampas. Barangan berasakan lembu juga antara ekspot utama negara ini. Jika melancong di Buenos Aires, terdapat berbagai-bagai kedai yang menjual barangan kulit dan yang menariknya ialah semuanya lebih murah dari other countries. 


Satu lagi pengalaman menarik semasa disana ialah bila terlihat kereta Proton Wira berwarna biru di Bariloche! Ya, Proton Wira!! Mula-mula tengok seperti tak percaya. Kereta itu menggunakan plat number Chile. Bariloche memang dekat dengan sempadan Chile dan Proton pula pernah eksport kereta Wira ke sana dengan menggunakan nama Proton Persona. So tidak la pelik la bila difikarkan. Tapi bangga jugak seposen bila tengok kereta Proton ditengah-tengah bandar kecil yang asing untuk orang Malaysia.


Itu sahaja mengenai Bariloche, next time aku tulis pula mengenai bandar terakhir yang sempat dijejak semasa di Argentina iaitu Buenos Aires, the capital city! Banyak yang lebih menarik di bandaraya terbesar di Argentina ini.


No comments: