Nuffnang

Monday, March 9, 2009

Kereta..disini, disana & disinung

Hari ini tak ramai colleagues di office, cuma ada 3 orang dan tambahlagi kerja pun takda sangat so the most favorite things to do is of course surfing the internet. Sambil browsing from page to page, ter"surf" ke webpage mengenai kereta-kereta. Timbul idea untuk buat perbandingan harga kereta di 3 buah negara yang pernah didiami iaitu Malaysia, Austria & USA.

Objek perbandingan ialah model kereta BMW X5 dan Volvo XC90 yang telah lama sejak dulukala menjadi "poojaan hatiiku". Masih lagi cuma setakat poojaan hati dan belum mampu untuk direalisasikan.

Secara kasarnya harga kereta di Malaysia adalah jauh lebih mahal atau teramat mahal (baca: tak masuk dek akal punya mahal) diantara ketiga-tiga negara. Mungkin faktor currency & tax adalah salah satu penyebab yang menjadikan harga yg ridiculously mahal itu di Malaysia.

Harga kereta di USA ada yang paling murah atau termurah diantara negara-negara yang pernah aku lawat. USA terkenal dengan market untuk industri kereta penumpang yang terbesar didunia. Manakala harga kereta di Austria didalam linkungan pertengahan, tidak terlalu murah atau terlalu mahal. 


Table di atas ialah perbandingan harga antara ketiga-tiga negara yang disebut diatas. Very obvious harga kereta di Malaysia adalah paling mahal even selepas dibandingkan dengan menggunakan currency yang sama. Tapi satu point penting yang mesti diambil kira disini ialah kadar pendapatan pengguna kereta di ketiga-tiga negara. Sebagai contoh pendapatan seorang fresh graduate Engineer di Malaysia, Austria & USA adalah lebih kurang sama in average MYR 2000 di Malaysia, EUR 2000 di Austria atau USD 2000 di USA. Jadi table yang pertama yang paling sesuai untuk digunakan sebagai rujukan disini.

Kesimpulan disini, kebarangkalian untuk engineer di Malaysia untuk memiliki sebuah X5 atau XC90 adalah ALMOST IMPOSSIBLE! Even selepas 10 years bekerja pun masih lagi IMPOSSIBLE (kecuali anda jadik jutawan atau mempunyai bapak/bapak mentua jutawan yang bermurah hati hadiahkan sebutir X5 atau XC90). Gila babeng punya mahal! Mana nak cekau duit, untuk bayar 10% downpayment pun sesak napas! Tetapi di Austria maybe after 10 years bekerja, sudah mampu untuk memiliki sebuah X5 atau XC90. Manakala di USA, after 5 years bekerja sudah terlalu mampu untuk memiliki X5 atau XC 90! Mana taknya harga sebuah XC90 di USA cuma USD 36955!! Sama harga dengan sebuah Perodua Kelisa GX Manual di Malaysia!

Tujuan aku menulis perbandingan ini bukan untuk kondem negara kita Malaysia but just untuk menunjukan perbandingan betapa ridiculousnya harga kereta di Malaysia disebabkan tax yang melampau-lampau yang dikenakan oleh kerajaan. Akhirnya majoriti rakyat Malaysia cuma mampu untuk memiliki kereta Proton atau Perodua yang mana masih lagi overpriced jika diambil kira sebagai kereta buatan Malaysia!

Akhirkata, sama-sama lah kita tengok sahaja gambar X5 & XC90 dibawah dan keep on dreaming.... walaupun di tempat dan di waktu kerja!... ;-))

1 comment:

farid said...

stuju! sgt diharap ada perubahan la pullok.. smoga golongan bese2 rakyat malaysia ni mampu membeli kete2 tersebut bukannya sekadar membuat wallpaper sahaja.. kuang3 :)