Nuffnang

Friday, March 13, 2009

Kereta..disini, disana & disinung part 2

Sambung lagi cerita mengenai kereta, bila hari ini ternampak satu artikel dalam newspaper Österreich tentang diskaun lumayan harga kereta di Austria. Ini salah satu impak daripada kemelesetan ekonomi global yang telah mengjangkiti Austria juga. Couple of weeks ago ada terbaca yang seramai 300 ribu orang telah kehilangan kerja di seluruh Austria.

Jika dilihat pada snapshot artikel dari newspaper dibawah (click on the picture for better viewing), diskaun diberi untuk pelbagai model kereta ranging from Eur1500 hingga Eur7500!! Contohnya Suzuki Grand Vitara dengan harga asal Eur 23790, sekarang hanya Eur 16790 selepas diskaun sebanyak Eur 7000! Pengedar kereta terpaksa menurunkan harga kerana peratus penjualan kereta menurun dengan banyak sejak Jan 2009. Orang ramai mula berhati-hati dalam berbelanja di kala musim "ekonomi meleset" begini. In fact, we all should berjimat cermat! Samada dimusim meleset atau tak meleset.

Kebetulan juga aku terima newsletter email daripada salah satu pengedar Mazda terkenal di Dallas iaitu Hiley Mazda. Well, aku subscribe newsletter depa masa dulu-dulu di Dallas semasa tengah shopping kereta. Until now, once in a while Hiley Mazda akan email newsletter bila ada good promotion. Kalau dilihat pada iklan Hiley Mazda dibawah pun, diskaun yang diberikan tidak kurang menariknya! Bayangkan Mazda CX-7 dan CX-9 diberikan diskaun sebanyak USD 7000! Definitely this is the perfect time untuk beli kereta baru! Dengan syarat mempunyai duit & sumber duit yang secure lah!

Harap-harap pengedar atau pengeluar kereta di Malaysia pun akan memberikan diskaun yang menarik juga nanti untuk pembeli-pembeli, once gomen Malaysia officially declare that our economy in recession too!



No comments: