Nuffnang

Friday, February 6, 2009

Strawberi Kembali & Kisah Belacan...


Biasanya musim strawberi ialah during spring season, tapi pagi tadi semasa ke pasar, ternampak gerai yang mula menjual buah strawberi. Harganya tidaklah semurah semasa musimnya nanti, tapi reasonable. Half kilo cuma Eur 1.50 tapi bila musimnya nanti Eur 1.50 sudah boleh dapat sekilo. Kalau dirumah, peminat utama strawberi ialah Damia, manakala Haziq & Faris kurang minat. Sudah lama dia minta untuk belikan strawberi. So hari ni aku beli belikan half kilo of fresh strawberi.

Tetapi cara kami makan strawberi mungkin lain dari orang lain. Kami makan dengan cecahkan strawberi dengan kicap manis. Strawberi yang lembut isinya dan sikit masam tu bila dicecah dengan kicap manis, hasilnya cukup sedap dan menyelerakan sekali..slurrppp. Tak sure kalau ada jugak orang lain yang makan strawberi macam kami tapi for sure orang putih takda yang makan macam ni. Kalau tak percaya kesedapan strawberi cecah dengan kicap manis, cubalah sekali... gerenti menjilat gigi!

Damia bersorak gembira bila lihat aku bawak balik strawberi dari pasar hari ni. Jadi pagi tadi dengan half kilo strawberi di dalam bekas dan kicap didalam mangkuk, Damia dengan berseleranya memakan satu persatu strawberi sambil mencecah kicap sebagai breakfast hari ni. Aku cuma makan 3 biji sebelum pergi ke atas bersiap untuk kemasjid menunaikan solat Jumaat. Half an hour later bila turun, tu diaa... tinggal daun & sebiji saja yang tinggal. Yang lain sudah selamat di dalam perut Damia yang tersenyum kekenyangan memakan strawberi kegemaran dia.
 

Bila bercerita pasal benda ni teringat semasa zaman budak-budak di Terengganu dulu. Makan jambu air dengan belacan sahaja. Pecahkan jambu air yang dipetik dari pokok sebelah rumah, buang bijinya then masukkan secubit belacan kedalamnya. Lepas tu makan...adusss sedappnyaa tak terkata.. hehe

Arwah ayah suka "rawa" udang baring (memukat udang geragau) untuk dibuat belacan. Semua proses daripada udang mentah sehinggalah terjadi belacan dibuat sendiri dirumah. Dan aku salah sorang yang terlibat dalam proses membuat tu. Mungkin ramai yang tak pernah tengok atau tahu macamana proses membuat belacan. Jadi aku ceritalah serba sedikit disini setakat yang aku ingat.

1. Udang baring hasil "rawa" yang biasanya diletak didalam guni dibasuh dengan air bersih. Lepas tu digaul dengan garam kasar sehingga agak-agak sebati. Udang ni kemudian dibiarkan semalaman.

2. Udang tu kemudian dijemur di atas tikar mengkuang. Bila agak setengah kering ianya ditumbuk sehingga agak-agak lumat, then di jemur semula di tengah panas. Proses tumbuk menumbuk menggunakan lesung tangan ditumbuk sambil berdiri dengan hulunya yang sepanjang lebih kurang 2 meter.

3. Bila sudah agak-agak kering, sekali lagi ditumbuk sehingga menjadi belacan. Proses menumbuk kali ni memang meletihkan sebab strukturnya yang sudah pejal dan likat.  Setiap kali siap tumbuk, diangkat masuk kedalam bekas (biasanya talam atau besen). Kemudian mak akan timbang dalam sukatan sekati kemudian barulah diuli dan bentukkan belacan tadi. Biasanya dalam bentuk empat segi. Dan semasa proses inilah belacan tu paling sedap dimakan begitu saja dengan jambu air.

4. Selepas siap dibentuk, belacan tadi dijemur sekali lagi sehingga betul-betul kering. Dan proses terakhir ialah membungkus didalam plastik untuk dijual. Biasa cuma dijual kepada orang-orang kampung dan sedara-mara sahaja yang datang menempah atau membeli dirumah. Aku dah lupa berapa harga untuk seketul belacan. 

Itulah kisah belacan dulu-dulu.. 20 tahun yang lepas di Kuala Ibai.. 

p/s: Teringat juga mangga muda yg ditanam di laman rumah di Terengganu, dipetik dan dimakan dengan kicap+gula+belacan+cili api+sedikit cuka. Adusss.... menyelerakannn sungguhh... 

6 comments:

ummi n hubby said...

menyelerakan sungguh tengok strawbery n kicap manis.. oh,camtu cara makannye.. br best, habis semangkuk damia pulun..

ummi n hubby said...

sedapnye kakak damia makan..

ulin said...

hehehe nanti harith n amni lih cuba cara kak Damia makan...suruh ummi beli buah strawbery ye.....

Anonymous said...

pernah ke tumbuk belacan?

joe said...

sudah semestinya pernah masa zaman sekolah dulu-dulu.;-)

farid said...

apa dah jadi.. semua mkn strawberry nge kicap dah ke leni? org london (ummi n huby) nge org vienna ning.. tp agak2 buleh lawan dok dengan pelam putik cicoh kicap belacan + lada kenyek .. hehe