Nuffnang

Friday, February 20, 2009

Opera Toilet!

Peringatan: Baca dengan antonasi iklan.

"Anda ada masalah kebosanan semasa di toilet?"
"Anda kesunyian semasa di toilet?"
"Anda ada masalah sembelit?"
"Anda perlukan musik semasa di toilet?"
"Anda minat musik Opera?"
"Anda tiada wang untuk menonton Opera?"
"Kini masalah anda dapat diatasi dengan hanya €0.50!!"
"Cubalah Opera Toilet! Gunakan tanpa was-was"
Hanya di Vienna!!"

Itulah dia Opera Toilet, the only one in the world, hanya ada di Vienna. Atau lebih spesifik lagi di Karlsplatz U-Bahn station. Maybe boleh dikategorikan sebagai salah satu tempat yang patut di "lawat" oleh pelancong yang datang ke Vienna. Sambil melepaskan "hajat kecil" atau "hajat besar" anda boleh menikmati alunan muzik Mozart atau alunan suara Luciano Pavarotti yang "mendayu-dayu" itu. Mungkin boleh mengatasi masalah sembelit dan tak lawas juga. Tak perlu lagi terburu-buru untuk menghabiskan "hajat kecil" atau "hajat besar". Relaks...tenang..lapangkan fikiran dan buangkan sisa-sisa buangan. Tapi awas!! Elakkan dari tertidur sambil membuang pula!!




2 comments:

Pokku said...

Mungkin Majlis Bandara KT boleh ambil idea ini dan dendangkan lagu "Olek Mayang" atau lagu Rodat di semua tandas awam seperti Jambang Ija.

joe said...

Salam Pokku,

Bagus idea tu.. dok pong letok sajok "Baliklah Wok". Nangis orang dengor sambil buang hajat.