Nuffnang

Sunday, February 1, 2009

Ads 18SX@Vienna/Hundertwasser

Sebelum mula cerita, peringatan untuk semua jangan tenung lama-lama gambar atas. Untuk mengelakkan dari disalaherti so aku dah edit gambar atas. Jadi part tertentu yang sensitif dah not visible anymore. 

Antara ke"special"an atau boleh juga aku kata as ke"pelik"an Vienna ni ialah tahap ke"open"an masyarakat disini terhadap nudity. Bayangkan iklan yang memaparkan gambar wanita tak berpakaian dengan tanpa segan silu dipamerkan di public area. Ini bukan kali pertama aku terlihat iklan seumpama ini. Tapi kali ni iklannya quite unique + berkaitan dengan Hundertwasser so aku bercerita lah serba sedikit disini.

Pernah juga terserempak dengan group of nudist berbasikal tanpa seurat benang di keliling pusat bandar Vienna. Damn! (baca: best...bestt..) Pernah juga semasa kami baru-baru sampai di Vienna ni, dan kami berjalan-jalan di sebuah park berdekatan dengan hotel. Kebetulan masa tu bulan August, cuaca still panas bermatahari. Semasa sedang asyik berjalan menikmati keindahan park & pokok-pokok ternampak sekumpulan orang berkumpul ditepi tasik. Kami terus berjalan menuju ke arah tasik itu. Sekali bila dah sampai dekat rupa-rupanya group of people naked berjemur di tepi tasik!!! Damn!! Togelll semuanya, lelaki perempuan, tua muda...adoiii tak sangguppp nak tengok macam-macam rupa bentuk ada... walaupun  jeling-jeling jugak sekali sekala...hahaha. Tapi budak-budak ni terus menjerit cakap diorang tu tak malu. Pengalaman yang amat tak bagus untuk budak-budak (sahaja..).

Jadi untuk sesiapa yang teringin experience melihat group nudist ni, datanglah ke Vienna di waktu summer, aku dengan rela hati boleh bawakkan ke tempat tu..hahha

Balik kepada gambar diatas, gambar atau tu aku snap berdekatan dengan rumah kami disini. Actually its an advertisement at the back of a tram stop. Ianya iklan untuk seorang artis dan arkitek terkenal di Vienna iaitu Friendsreich Hundertwasser. Kalau tak silap aku iklan atas tu untuk promote Hundertwasser punya artwork exhibition di Kunst Haus Wien

Hundertwasser ni terkenal dengan artwork yang unik. Di Vienna ni aku satu tempat  tumpuan pelancong, salah satu a must visit untuk sesiapa yang datang ke Vienna iaitu Hundertwasser Haus. Apa yang menarik disini ialah rekabentuk unik bangunan yang direka oleh mamat Hundertwasser ni. Untuk tahu lebih lanjut mengenai Hundertwasser ni, dipersilakan google out from the net. Anyway aku pastekan several pics mengenai Hundertwasse Haus yang sempat aku cedok from the net. Enjoy those pics below (ONLY).






3 comments:

elisataufik said...

Hundertwasser is VERY interesting!

hm.. We're thinking of visiting a friend in Belgium one of these days.. is Austria far from Belgium? kena check map nih..

Anonymous said...

Kita dok dang nak tenguk papang tanda tu ari tu....duduk dekat hotel birg-cyrus, tak jauh dari rumah mung lah rasanya.....jalang depang hotel tu ada tram tapi tak pernah naik, duduk naik U-ban sokmo. Kat stesen Keplerplatz lah sokmo dan VIC, sekali sekala gi jugak tenguk kedai-kedai dekat Stephenplatz tu.....ada kawang talipon rumah mung, hajat nak gi jalan cari "rojok kateh", tapi kabarnya takdak, lepas ke Munich....

joe said...

Boleh tau siapakah gerangan yg tulis komen diatas tu? Hotel Birg-cyrus tu kat Laxenburgerstrasse ka? Next time dtg Vienna boleh la bagitau, tapi takdoklah rojok kateh.. bukang musing ghebanggg etek..