Nuffnang

Saturday, February 28, 2009

Vacuum Freeze-Dried DURIAN!

Salah sorang colleague kat office pergi ke Singapore last week then he bought some "ole-ole" untuk kawan-kawan office. Antara banyak-banyak benda kat Singapore, yang dia beli ialah Durian biscuit dan freeze-dried Durian as shown in above pic. Ini kali pertama aku tengok durian yang di dried macam ni. Its a pure durian yang di driedkan dan tastenya memang unik, of course rasa durian tapi ada sikit gebu, rapuh & lembut. Memang sedap betull! Its made in Thailand, memang pandai betul orang siam ni buat benda ni. Harganya kalau tak silap aku SGD8.50, not bad la kan if bought as a souviner. Dan yang tambah menarik lagi, its Halal! Siap ada cop sah halal dari Thailand Muslim comitte.

Lama betul tak makan durian, kali terakhir rasanya semasa balik summer 2007. Bila dapat rasa durian kering ni, alangkah nikmattnyaa..haha. Tambah lagi mat-mat saleh kat office tak suka bau durian, so jawabnya aku je la sapu most of the contents dari plastik Vacuum Freeze-Dried Durian Monthong tu!! Slurrppp!

Thursday, February 26, 2009

Home-Clip: Memori Dallas

video

Sudah lama aku tak godak-godak pc untuk video editing since software yang digunakan untuk editing ada problem untuk running dengan laptop sekarang. Kalau semasa di Dallas disebabkan workload di office very less, sempat lah buat home video, edit video, add pictures, text, music & some basic effect. Raw video untuk last summer trip ke Munich, Paris, Brussel & Amsterdam pun masih lagi tersadai dalam pc atau bahasa Ganu cakap "sekkong dalang komputer".

Video clip atas tu antara yang sempat "diubahsuai" semasa di Dallas. Mintak-mintak Kris Dayanti & Melly Goeslow tak saman la sebab "mengubahcetakrompakkan" video clip diorang. Ya ampun mbakk!

Tuesday, February 24, 2009

Isu PPSMI-Science & Math in English

Sudah lama aku teringin untuk komen mengenai isu PPSMI ini. Tetapi sejak akhir-akhir ini isu ini makin dipersuarakan oleh orang ramai. Jadi terasa hendak meluahkan pendapat aku dalam isu ni. Aku personally tidak menyokong langkah pengajaran Sains & Math dalam English sejak dari awal peringkat cadangan oleh Dr.M dan perlaksanaannya.

Tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang menyokong langkah PPSMI dan ramai juga yang menentang samada dari pihak parti pemerintah atau pembangkang. Tapi apa yang jelas dari pandangan aku, pihak yang menyokong PPSMI ini datangnya dari keluarga kelas pertengahan dan atasan yang menetap di bandar-bandar di mana penguasaan bahasa Inggeris bukanlah suatu yang asing bagi mereka.

Tetapi bagaimana pandangan dari rakyat Malaysia yang tinggal di kampung-kampung dan pendalaman yang majoritinya ialah orang Melayu? Dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah dan apabila dilaksanakan PPSMI ini, menjadi satu lagi beban untuk mereka. Dalam satu masa perlu memahami bahasa Inggeris dan memahami Matematik & Sains sekaligus. Dengan beban inilah boleh mengakibatkan berkurangnya minat pelajar-pelajar ini dalam matapelajaran Sains & Matematik. Akhirnya para pelajar yang kurang mahir & minat bahasa Inggeris ini akan terus dan terus tercicir dalam ilmu Sains & Matematik. Dan akan terjadinya jurang yang besar antara pelajar di bandar dan pelajar di pendalaman. Persoalan disini ialah siapa (kaum apa) yang tinggal di bandar dan siapa (kaum apa) yang tinggal di pendalaman?

Semasa Dr.M mula mencadangkan untuk melaksanakan PPSMI, para ahli politik dari kem yang sama dengan membabi-buta menyokong dan bersetuju untuk melaksanakan PPSMI dalam masa yang singkat tanpa ada penyelidikan yang menyeluruh tentang kesan perlaksanaan PPSMI terhadap semua rakyat Malaysia. Mungkin di mata & otak para (corrupted) politikus ini hanya nampak peluang projek dan duit yang akan masuk ke poket mereka dengan pelbagai program dan projek yang terpaksa dicipta dan dibuat untuk melaksanakan PPSMI.

Apa objektif utama PPSMI? Sepemahaman aku, objektif utama ialah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan rakyat Malaysia. Aku sokong 100% objektif ini! Aku sokong saranan kerajaan terhadap rakyat Malaysia untuk menguasai bahasa Inggeris. Lagi bertambah baik kalau dapat menguasai lebih banyak bahasa tidak hanya bahasa Inggeris terutamanya Mandarin. Tetapi kenapa mesti mencampur adukkan Sains & Math dalam objektif ini? Jika sistem pengajaran bahasa Inggeris yang diamalkan sejak berpuluh tahun dulu tidak dapat meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris, sewajibnya sistem pengajaran bahasa Inggeris itu yang mesti di rombak dah diperbetulkan!

Adakah apabila Sains & Math diajar dalam bahasa Inggeris dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris? Adakah perkataan dan struktur ayat yang digunakan dalam Sains & Math sama dengan perkataan dan struktur ayat yang digunakan dalam pertuturan biasa antara manusia?

Contoh yang senang dilihat, perhatikan negara-negara maju yang bahasa ibunda mereka bukan bahasa Inggeris seperti Jepun, Korea & Eropah Barat, adakah rakyat meraka belajar Sains & Math didalam bahasa Inggeris? Tidak sama sekali! Semuanya menggunakan bahasa ibunda masing-masing, memahirkan rakyat mereka dalam ilmu Sains & Matematik, ilmu teras dalam pembangunan sesebuah negara. Rakyatnya lebih selesa dan lebih mudah menguasai ilmu Sains & Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. Yang penting disini penguasaan ilmu Sains & Matematik itu lebih utama untuk memajukan sebuah negara. Maju dan mundurnya sesebuah negara bukan terletak pada penguasaan bahasa Inggerisnya.

Aku berharap kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan gesaan rakyat Malaysia untuk memansuhkan PPSMI. Agar semua pelajar di Malaysia dapat menguasai & mendalami ilmu Sains & Matematik dengan mudah dan selesa menggunakan bahasa ibunda. Disamping itu perbaikkan sistem pengajaran & pembelajaran bahasa Inggeris di Malaysia supaya dapat mencapai objektif kerajaan untuk melihat rakyat Malaysia menguasai bahasa antarabangsa ini dengan baiknya.

p/s: itu semua cuma pendapat aku sahaja dan yang termampu cuma beri sokongan untuk gesaan hapuskan PPSMI. Kalaulah aku ada special power, dah lama aku pi ketuk Pak Lah atau Najib atau Hishamuddin tu untuk stop PPSMI..haha..

Sunday, February 22, 2009

Iceskating@Wiener Eistraum

Salah satu aktiviti utama di musim winter di Vienna ialah bermain ice skating. Ada beberapa tempat khas untuk ice skating (ice skating ring) di sekitar Vienna. Antara yang paling popular di kalangan orang Vienna dan pelancong ialah di Rathaus. Ice skating ring di Rathaus ni dibuka mulai 23 Jan sehingga 8 March sahaja pada tahun ini.

Kawasan skating ni agak luas dan terbahagi kepada dua, iaitu satu kawasan kecil untuk beginners atau budak-budak yang baru hendak belajar berskating. Satu lagi main area ialah untuk others yang dah "terror". Tapi bagi budak-budak ni masih lagi berskating di beginner's area dan yang penting kawasan ni takda admission fee. Untuk main area kalau tak silap dikenakan bayaran Eur 5.50

Kalau di hari minggu memang ramai pegunjung disini, bermacam-macam orang lelaki perempuan, tua muda termasuk pelancong. Ada juga disediakan tempat untuk menyewa kasut skating dan bagi adults cuma perlu bayar Eur 6 untuk sepasang kasut. 

Budak-budak ni terutama Faris & Haziq memang suka bericeskating. Sebelum ni cuma Faris & Haziq sahaja yang pernah bericeskating tapi hari ni dengan cuaca yang snowy, Damia pun tumpang sekaki mencuba untuk berskating. Tapi terpaksalah pegang kedua belah tangan Damia sambil tolong melonsorkan. Kalau tak dipegang memang tergolek sana sini lah jawabnya. Tapi selepas 4-5 round, sudah boleh nampak improvement, Damia dah boleh control balance tu sedikit tapi belum boleh meluncur dengan sendiri lagi.

Faris dan Haziq boleh dikatakan dah boleh meluncur dengan baik. Di sekolah mereka pun kalau di musim winter ni ada ice skating trip once every two weeks even sejak kindergarden lagi sudah ada ice skating trip ni. Yang pastinya, Damia lah yang paling seronok dalam sessi ice skating hari ni. Hampir nak merajuk bila nak pulangkan kasut skating yang dipakainya. Dan baru sahaja keluar dari kawasan Rathaus, dah mula minta untuk datang lagi kesini minggu depan. Lagipun cuma ada 2 minggu lagi untuk datang kesini sebelum ditutup pada 8 March ni. 
 

p/s: Kalau berminat untuk lebih info mengenai ice skating ring di Rathaus ni boleh lawat web ini. 



video

Friday, February 20, 2009

Opera Toilet!

Peringatan: Baca dengan antonasi iklan.

"Anda ada masalah kebosanan semasa di toilet?"
"Anda kesunyian semasa di toilet?"
"Anda ada masalah sembelit?"
"Anda perlukan musik semasa di toilet?"
"Anda minat musik Opera?"
"Anda tiada wang untuk menonton Opera?"
"Kini masalah anda dapat diatasi dengan hanya €0.50!!"
"Cubalah Opera Toilet! Gunakan tanpa was-was"
Hanya di Vienna!!"

Itulah dia Opera Toilet, the only one in the world, hanya ada di Vienna. Atau lebih spesifik lagi di Karlsplatz U-Bahn station. Maybe boleh dikategorikan sebagai salah satu tempat yang patut di "lawat" oleh pelancong yang datang ke Vienna. Sambil melepaskan "hajat kecil" atau "hajat besar" anda boleh menikmati alunan muzik Mozart atau alunan suara Luciano Pavarotti yang "mendayu-dayu" itu. Mungkin boleh mengatasi masalah sembelit dan tak lawas juga. Tak perlu lagi terburu-buru untuk menghabiskan "hajat kecil" atau "hajat besar". Relaks...tenang..lapangkan fikiran dan buangkan sisa-sisa buangan. Tapi awas!! Elakkan dari tertidur sambil membuang pula!!




Thursday, February 19, 2009

LOUDNESS...Rock!!

Tengah dok browsing youtube, tetiba ternampak clip video lama.... nostalgikk!! One of my fav songs semasa jamang mude-mude remaje.. Siapa yang tak kenai band ni zaman 80an dulu? Opss maksud aku mat rock mana tak kenai band ni zaman tu kira belum baligh rock lagi la.. orang ganu kata "dok mayyik" lagi. Baju lambang band ni dulu-dulu kira ganass la gitu.. abis ganass tahap dewa maksimum la kalau pakai baju Loudness ni..haha. Orang ganu kata "bijokk" ahh. Dengan seluar ketat, koyak & singkat, macam2 kaler, kasut hi-cut.. lepas tu pergi dok bersidai kat bus stand tengok orang lalu lalang..haha... nostalgia..nostalgia...

Cerita pasal seluar jeans ketat, kalau pergi ke Sweden jangan terkejut ramai lagi lelaki yang pakai seluar jean ketat ni. Tapi bukan sebab depa tu mat rock tapi dah fesyen sana + sebab cuaca sana yang sejuk so kalau pakai seluar ketat kurang la terasa sejuk tu. 

Apa-apa pun layann..

Versi English



Versi Jepung



Wednesday, February 18, 2009

Hohe Wand Wiese@Bezirk 14

Hari ni datang idea pulak nak update blog mengenai satu tempat skiing yang dipanggil Hohe Wand Wiese. Ini adalah tempat terdekat untuk orang Vienna bermain ski. Biasanya untuk para amatur yang datang kesini. Mereka yang dah expert biasanya pergi ke mountain area outside Vienna, yang lebih mencabar.

Hohe Wand Wiese ni terletak di District 14, kalau drive dari rumah kami cuma ambil masa 30min. Few weeks ago kami datang ke Hohe Wand Wiese ni, cadang-cadangnya untuk main sliding lagi selepas Damia asyik mendesak untuk main snow tiap-tiap hari. Kedudukan tempat ni terletak dikawasan berbukit juga dan ada small town tak jauh dari tempat skiing. 

Kebetulan hari yang kami pergi, snow masih tebal di mana-mana sekitar kawasan ni. Tapi sayangnya di Hohe Wand Wiese tiada disediakan tempat khas untuk main sliding sepertimana di Semmering. Cuma dibenarkan untuk ber"skiing", jadi terpaksalah kami tengok sahaja orang berskiing hari tu. So far belum interested untuk main ski jugak, maybe kalau ada geng nak juga try macamana rasanya. Ski gear boleh disewa di sini jugak, tapi not sure berapa harganya.


Untuk beginners ada disediakan tempat khas untuk belajar sebelum boleh naik keatas dan join the others skiing down the hill. Tapi hari tu nampak cuma budak-budak kecil je yang ada dalam group beginners tu. Segan la pulak bapak budak nak join sekali..


Dah alang-alang datang kesini, terpaksa la jugak cari tempat lapang yang boleh budak-budak main sliding sebelum balik. Kawasan lapang ditepi jalan agak terhad, then ternampak satu family tengah dok main sliding dan kami pun join sekali. Disebabkan kawasan yang sempit, tak seronok sangat untuk bersliding kali ni, so tak sampai setengah jam tergolek sana-sini, berangkat la balik ke rumah. Tapi yang penting sempat la jugak budak-budak & mak budak main sliding kali ni..


Kalau interested untuk tahu more pasal Hohe Wand Wiese boleh lawat http://www.hohewandwiese.at/.

Kalau ada yang teringin kesana untuk tengok atau main ski atau bergambar, here is the address:
Mauerbachstrasse 174
1140 Wien

Tuesday, February 17, 2009

Senow@Vienna

Sejak minggu lepas, cuaca di Vienna ni asyik snowy. Atau lebih tepat lagi flurries during most of the days. Tapi semalam snow turun lebat sikit so pagi ni sudah memutih di sekitar kawasan rumah. Kalau tengok pada weather forecast, for the next few more days akan ada snow turun lagi di Vienna.

Winter tahun ni, agak banyak snow turun kalau compare dengan tahun lepas. Bercerita pasal snow ni, mula-mula merasa memang seronok dan excited. Tetapi bila dah hari-hari kena harung snow dah naik menyeksakan la pulak. Dengan jalan yang licin dan becak bila snow mula cair. Dengan suhu yang berada dibawah paras beku, pakaian at least 3-4 lapis... seksaa sungguh.. Terutama bila flurries & windy.. sejukk teramat sungguh dengan flurries yang terbang mencucuk2 masuk mata & lobangg hidung!

Budak-budak ni memang sentiasa seronok bila snow turun terutama Damia. Sentiasa mahu keluar rumah bila lihat snow turun untuk main baling-baling. Sejak last weekend asyik ajak untuk ke Semmering lagi untuk main sliding lagi. Most probably dalam 3-4 minggu ni peluang untuk main snow di Semmering atau kawasan tinggi masih ada.

Salah satu lagi aktiviti menarik di musim winter ni ialah ice skating. Last weekend kami sekeluarga pergi ber"skating" di Rathaus. Nanti next post aku cerita pasal ni.. sebelum tu enjoy gambar2 yang diambil today morning, below.





Sunday, February 15, 2009

Nasi Goreng Se!

Jangan terkejut kalau gambar diatas diambil dari salah satu supermarket disini. And its a local product, dibuat di Austria! Nampaknya nama Nasi Goreng ni dah menjadi satu nama khas yang diterima diperingkat international macam Sushi from Japan or Tacos from Mexico. Tak perlu lagi untuk translate to english jadi Fried Rice. Bila sebut Nasi Goreng semua orang tahu apa jenis makanan it is. Tapi satu yang aku doubt ialah whether Malaysians yang popularkan nama Nasi Goreng ni di peringkat antarabangsa. Aku more convinced yang Indonesians yang popularkan nama Nasi Goreng ni di Europe. Product makanan dari Indonesian dimana-mana di supermarket disini melalui hub makanannya di Netherlands, negara tok nenek kebanggaan mereka.

Bukan tak percaya keupayaan Malaysia memperkenalkan product kita ke mata dunia, tetapi setakat ni macam contoh "Halal Hub" yang diwar-warkan riuh-rendah, dirasmi & dilancarkan oleh politician di Malaysia menggunakan ratusan-ribu duit rakyat tapi apa hasilnya?? Sonyapp & hampeh! (Corrupt Malaysian) Politic(ian) semua tu!

Ahh.. cerita bab makanan pagi-pagi buta ni buat lapar perut je! Alangkah bestnya kalau berada di Malaysia ketika ni, kalau teringin nak makan boleh saja ke mana-mana gerai dan tunjuk & bayar. 

Bungkus Nasi Gorengg se!! Mee Goreng se! Nasi Dagang dua.. kuoh lebih eh! 

Sedakknyaa...


Wednesday, February 11, 2009

Once Upon A Time in.... Trenque Lauquen, Argentina

Minggu ni takda banyak idea to update the blog. So continue korek cerita lama. Sambungan journey di Argentina, kali ni my trip to a small city called Trenque Lauquen (cara sebut Trenke Lauken). Aku terpaksa ke Trenque Lauquen for a 2 nite work at the customer site. Jarak bandar ni dari Buenos Aires lebih kurang 450km. Tetapi apa yang tidak menariknya ialah bandar ni tiada kemudahan airport. So travel option is only by bus and the travelling time is more or less 8 hours!! 

Project secretary prepared all the travel details, bus tickets & hotel. Sebelum bertolak, bermacam-macam gambaran datang dalam kepala-hotak tentang macamana rupabentuk bas tu agaknya. Kekadang terbayang gambaran bas macam dalam movie di Mexico, yang dinaiki orang local including ayam itik sekali..haha.

Condition bus terminal di Buenos Aires is quite good, in fact far better than our Puduraya in KL (bila laa gomen Malaysia nak robohkan Puduraya tu...). Bila tiba di terminal, terkejut tengok bas yang kena naik, a new double-decker air conditioned bus. Ala-ala macam bas ekspress kat Malaysia jugak. But interior wise is better,with huge leather seat dan cuma single seat per line, very comfortable. Macam seat bussiness class untuk international flight. Sebelum bertolak, the reserved driver distribute meal.. free meal with hot drink! Macam naik kapal terbang, siap ada makan. Aku tak ambil gambar bus tu tapi below gambar yang aku search & ambil dari internet.

Travelling by bus selama 8 hours di siang hari memang a pain in the ass! Bosan tak terkata, even ada movie yang ditayangkan dalam bus and of course in Spanish. Kalau tak silap bus tu stop 2 kali dekat small town untuk pickup new passenger. Tetapi kelebihan travelling by bus ni, boleh menikmati pemandangan country side of Argentina dengan sepuas-puasnya. Trenque Lauquen ni still dalam province Buenos Aires so pemandangan tu mostly padang rumput, tiada langsung bukit bukau. Kalau masih ingat subject Geografi semasa sekolah menengah, province Buenos Aires ini meliputi kawasan Pampas.. a flat land.. as far as your eyes can see.


Selepas puas tidur-bangun, tidur-bangun, sampai di Trenque Lauquen dah lewat petang. Bus terminal di sana pun lengang. Ambil teksi terus ke site untuk jumpa customer dan ambil kunci site sebab malam nanti kena pergi semula untuk mula kerja. Site pun terletak di penghujung jalan mati, seingat aku jarak rumah penduduk terdekat dalam 500m. 

Satu yang aku masih ingat nama hotel semasa disana ialah Hotel Pailla Hue, hotel kecik dan bilik pun kecik on the ground floor. Makan? On first day, takda masalah makan lagi sebab aku bawak bekal home-made burger & nasik goreng dari Buenos Aires. First nite habiskan masa berkurung dalam kontena at site buat kerja dari awal malam hingga ke subuh. Pic above ialah kontena yang aku sebut tu. Satu pengalaman yang tak boleh lupa semasa buat kerja disana ialah adanya seekor anjing yang customer biarkan berkeliaran di kawasan site di waktu malam. Jenis anjing besar bulu lebat apa ke nama ntah. Ada satu masa anjing tu betul-betul lepak tergolek depan pintu kontena tu. Nak keluar untuk smoking break pun terpaksa kensel, dibuatnya anjing tu menyalak kejar satu hal la pulak. Dah la sorang-sorang, tadak sapa nak tolong. Siot punya anjing!

Second day selepas puas buat taik mata, bermulalah cabaran kedua. Carik tempat makan! Selepas balik dari jumpa customer untuk serah kunci & handover kerja, aku melilau satu bandar yang kecik tu carik restoran yang sediakan menu seafood. Satu pun tadak! Seksa sungguh masa tu dengan perut yang lapar dan letih menapak, akhirnya singgah ke satu supermarket dan beli buah-buahan dan roti sahaja. Itu lah menu lunch & dinner untuk hari tu!

Cerita pasal bandar Trenque Lauquen ni, bagi aku boleh tahan jugak la, quite nice city jugak. Very peaceful, calm & bersih. Tapi bandar ni bukannya tempat tumpuan pelancong, jadi takda apa special attraction lain disini. The rest of the day cuma stay at the hotel, continue qada buat taik mata. Lagipun bila jalan sorang-sorang ni excitement to explore tu kurang.

Dua gambar diatas tu pemandangan kawasan sekitar site tempat kerja. Sayup kelihatan rumah yang paling berdekatan. On the third day, naik bus semula balik ke Buenos Aires...another 8 hours of pain in the ass!


Friday, February 6, 2009

Strawberi Kembali & Kisah Belacan...


Biasanya musim strawberi ialah during spring season, tapi pagi tadi semasa ke pasar, ternampak gerai yang mula menjual buah strawberi. Harganya tidaklah semurah semasa musimnya nanti, tapi reasonable. Half kilo cuma Eur 1.50 tapi bila musimnya nanti Eur 1.50 sudah boleh dapat sekilo. Kalau dirumah, peminat utama strawberi ialah Damia, manakala Haziq & Faris kurang minat. Sudah lama dia minta untuk belikan strawberi. So hari ni aku beli belikan half kilo of fresh strawberi.

Tetapi cara kami makan strawberi mungkin lain dari orang lain. Kami makan dengan cecahkan strawberi dengan kicap manis. Strawberi yang lembut isinya dan sikit masam tu bila dicecah dengan kicap manis, hasilnya cukup sedap dan menyelerakan sekali..slurrppp. Tak sure kalau ada jugak orang lain yang makan strawberi macam kami tapi for sure orang putih takda yang makan macam ni. Kalau tak percaya kesedapan strawberi cecah dengan kicap manis, cubalah sekali... gerenti menjilat gigi!

Damia bersorak gembira bila lihat aku bawak balik strawberi dari pasar hari ni. Jadi pagi tadi dengan half kilo strawberi di dalam bekas dan kicap didalam mangkuk, Damia dengan berseleranya memakan satu persatu strawberi sambil mencecah kicap sebagai breakfast hari ni. Aku cuma makan 3 biji sebelum pergi ke atas bersiap untuk kemasjid menunaikan solat Jumaat. Half an hour later bila turun, tu diaa... tinggal daun & sebiji saja yang tinggal. Yang lain sudah selamat di dalam perut Damia yang tersenyum kekenyangan memakan strawberi kegemaran dia.
 

Bila bercerita pasal benda ni teringat semasa zaman budak-budak di Terengganu dulu. Makan jambu air dengan belacan sahaja. Pecahkan jambu air yang dipetik dari pokok sebelah rumah, buang bijinya then masukkan secubit belacan kedalamnya. Lepas tu makan...adusss sedappnyaa tak terkata.. hehe

Arwah ayah suka "rawa" udang baring (memukat udang geragau) untuk dibuat belacan. Semua proses daripada udang mentah sehinggalah terjadi belacan dibuat sendiri dirumah. Dan aku salah sorang yang terlibat dalam proses membuat tu. Mungkin ramai yang tak pernah tengok atau tahu macamana proses membuat belacan. Jadi aku ceritalah serba sedikit disini setakat yang aku ingat.

1. Udang baring hasil "rawa" yang biasanya diletak didalam guni dibasuh dengan air bersih. Lepas tu digaul dengan garam kasar sehingga agak-agak sebati. Udang ni kemudian dibiarkan semalaman.

2. Udang tu kemudian dijemur di atas tikar mengkuang. Bila agak setengah kering ianya ditumbuk sehingga agak-agak lumat, then di jemur semula di tengah panas. Proses tumbuk menumbuk menggunakan lesung tangan ditumbuk sambil berdiri dengan hulunya yang sepanjang lebih kurang 2 meter.

3. Bila sudah agak-agak kering, sekali lagi ditumbuk sehingga menjadi belacan. Proses menumbuk kali ni memang meletihkan sebab strukturnya yang sudah pejal dan likat.  Setiap kali siap tumbuk, diangkat masuk kedalam bekas (biasanya talam atau besen). Kemudian mak akan timbang dalam sukatan sekati kemudian barulah diuli dan bentukkan belacan tadi. Biasanya dalam bentuk empat segi. Dan semasa proses inilah belacan tu paling sedap dimakan begitu saja dengan jambu air.

4. Selepas siap dibentuk, belacan tadi dijemur sekali lagi sehingga betul-betul kering. Dan proses terakhir ialah membungkus didalam plastik untuk dijual. Biasa cuma dijual kepada orang-orang kampung dan sedara-mara sahaja yang datang menempah atau membeli dirumah. Aku dah lupa berapa harga untuk seketul belacan. 

Itulah kisah belacan dulu-dulu.. 20 tahun yang lepas di Kuala Ibai.. 

p/s: Teringat juga mangga muda yg ditanam di laman rumah di Terengganu, dipetik dan dimakan dengan kicap+gula+belacan+cili api+sedikit cuka. Adusss.... menyelerakannn sungguhh... 

Thursday, February 5, 2009

Napkin Folding&Art Exhibition@PERWAKILAN

Last weekend ada aktiviti yang dianjurkan oleh PERWAKILAN Vienna. Technically cuma kaum wanita yang terlibat secara langsung dengan PERWAKILAN tetapi kadang-kadang kaum lelakipun terheret sama. Apa itu PERWAKILAN? Untuk memudahkan aku explain,  so aku just cedok from the PERWAKILAN website, see below:

The Malaysian Ladies Association of Vienna (PERWAKILAN Vienna) is a non-political social organization led by the Embassy of Malaysia. Its primary purpose is to provide members with opportunities to meet each other, to exchange information and to help other settle down and adjust to their new environment. The other aims are to provide members with information on etiquette, customs and traditions of Malaysia and of the host country and to establish and develop contacts as well as to cooperate with other women's voluntary associations and individuals for the advancement of the objectives of the association. Another of PERWAKILAN's aim is to enhance and project Malaysia positively in Austria.


Ahli-ahli PERWAKILAN ini terdiri dari kaum wanita Malaysian di Vienna. Tak sure if ada syarat-syarat tertentu untuk melayakkan diri untuk jadi ahli. Apa-apa pun ianya bagus untuk kaum wanita since ada berbagai aktiviti dijalankan disamping aktiviti wajib iaitu "makan-makan". To know more about PERWAKILAN, check out their website  http://www.perwakilanvienna.org/




Balik kepada aktivit last weekend, yang di adakan di rumah abg Syed Azmi & kak Sharifah, ada 2 aktiviti dijalankan serentak iaitu Napkin Folding dan Art Exhibition.  Basically acara Napkin Folding ni ialah demonstrasi dan praktikaliti tentang bagaimana & berbagai cara untuk melipat napkin. Hopefully all those attendees berjaya belajar dengan jayanya dan dapat ingat dikepala sampai bila-bila tentang berbagai cara melipat napkin. Pendapat aku, in our daily life, benda ni semua tak perlu. Even bilamana ada tetamu bertandang pun, at least for us, we just prepare normal unfolded napkin by putting it nicely dalam bekas napkin. Maybe oneday bila ada tetamu extra special bertandang, bolehla di"implement"kan teknik-teknik melipat napkin yang telah dibelajar ni. Tetapi bagi pendapat aku lagi, we should failry treat semua tetamu ke rumah kita sebagai special dan tiada yang dianggap lebih special than others.



Second aktiviti pada hari itu ialah art exhibition. Di kalangan warga Malaysia di Vienna ini rupanya ada yang dianugerahkan bakat istimewa iaitu kreativiti & kepandaian untuk melukis. Bakat istimewa itu kepunyaan kak Sharifah & kak Rusiah. Jadi pada hari tu dipamerkan pelbagai lukisan hasil kerjatangan mereka. Semuanya begitu cantik sekali dan ianya juga available untuk dibeli oleh para tetamu yang hadir. Ini satu peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk membeli hasil lukisan terus daripada artis itu sendiri. Normally ianya memberi satu kepuasan pada para peminat lukisan jika dapat membelinya terus dari pelukisnya. Para tetamu pada hari itu juga berpeluang menempah lukisan tertentu yang diidamkan. 

Seperti biasa, bila ada aktiviti begini, tidak akan ketinggalan aktiviti makan-makan yang sememangnya akitiviti feveret aku. Tuan rumah telah sediakan juadah utama dan tetamu pun membawa juadah sampingan. Tetapi juadah utama iaitu nasi lemak dengan sambal bilis & udang masakan tuan rumah memang sedap & lazat sekali. Sambal bilisnya yang lain dari yang lain... sedapp sungguh.. rugilah untuk sesiapa yang tidak hadir pada hari itu.. ;-)).

Kaum bapa & budak-budak pada hari itu memang tidak cukup tangan dengan acara makan-makan almaklumlah berbagai juadah ada disediakan. 



Gambar dibawah yang aku ambil dari website PERWAKILAN ialah part of the lukisan-lukisan yang dipamerkan pada hari tersebut. Dan salah satunya sudah menjadi milik kami sekarang dan sudah tergantung di dinding rumah kami. 


Kepada tuan rumah yang menjemput kami sekeluarga;

Terima kasih daun keladi
Lain kali jemput lah lagi
Nasi lemak sambal bilis sedap sekali
Sesiapa yang tak merasa..rugii..