Nuffnang

Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru

Sambutan tahun baru 2009 di Vienna memang meriah! Di sekitar pusat bandar ada beberapa tempat yang diadakan konsert yang berlainan. Tetapi dengan cuaca sekarang, dengan suhu sekitar -4C, macamana orang-orang yang sambut tahun baru boleh tahan dengan suasana sejuk beku. Mungkin sebab diorang minum arak yang buat badan panas. Itu yang tak bestnya bila berada disesuatu perhimpunan disini, arak dimana-mana!

Kami seperti biasa cuma duduk dirumah pada malam tahun baru. Kebetulan apartment kami ditingkat 4 jadi boleh nampak dengan jelas bunga api dan mercun. Start dari lepas matahari terbenam lebih kurang pukul 5pm, orang ramai dah mula main mercun & bunga api. Bila masuk pukul 11pm tambah meriah berdentum dentam disana sini sehingga lah pukul 2am. Macam di tempat perang. Dari apartment kami boleh dikatakan seluruh bandar Vienna orang ramai tembak bunga api. Dari depan & belakang apartment, bermacam-macam jenis bunga api & mercun boleh dilihat semalam.


Mercun & bunga api untuk sambutan tahun baru 2009 kali ni pendek sahaja sebab pukul 2am dah mula senyap. Kalau dibandingkan dengan tahun 2008, sampai pukul 5am pun masih berdentum-dentam! Tapi bila difikirkan balik, berapa banyak Euro telah lebur terbakar untuk sambutan tahun baru ni semata-mata hanya untuk bunyi yang meletup-letup & bising. Membazir!!!

Apa-apa pun selamat tahun baru 2009 dan hijrah 1430H!


video

No comments: