Nuffnang

Saturday, January 3, 2009

Roti Canai Vienna

Walau dimana pergi roti canai tetap dicari. Tetapi tidak la sesedap roti canai digerai-gerai di Malaysia. Di sini cuma ada roti canai beku, frozen paratha! Tapi itu pun sudah cukup sedap dan menyelerakan. Biasakan dalam freezer sentiasa ada stok roti canai beku ni, so bila terbuat lauk kari, akan keluarlah roti canai tu dari freezer. Budak-budak dirumah semuanya hantu roti canai. Faris & Haziq biasanya akan makan 2 keping seorang kalau kena gaya kuahnya tapi Damia biasanya cuma sekeping.

Roti canai beku yang dibeli tu datang dari Singapore tetapi siap ada cop halal Majlis Ugama Islam Singapura! Bila cerita pasal makanan halal, terfikir pasal berita Malaysia nak buat Halal Hub yang diwar-warkan sebelum ni. Tapi realitinya sekarang ni, mostly produk halal di kedai-kedai mostly datang dari Thailand. Sebuah negara bukan Islam tapi mampu keluarkan produk halal ke seluruh dunia, siap dengan cop Islamic Committe Office of Thailand! Harap Malaysia betul-betul mampu jadi pengeluar produk halal seperti yang diwar-warkan, suatu hari nanti, bukannya setakat retorik orang politik yang mencari keuntungan untuk diri sendiri!


Balik pada cerita roti canai beku tadi yang berharga cuma Eur1.50 dan ada 5 keping didalam setiap paket. Not bad la... Biasanya untuk menambahsedapkan roti canai ni, dibuat roti tampal! Untuk yang tak biasa dengar roti tampal, roti canai tu ditampal dengan telur. Pecahkan sebiji telur kedalam kuali then letakkan roti canai yang dah disiap digoreng ke atas telur. Angkat la roti canai yang tertampal dengan telur tadi bila telur dah agak2 masak atau setengah masak semaunya. Biasanya kalau telur kuning tu setengah masak lagi sedappp!!Slurrrpppp!

p/s: Teringat semasa di Dallas, boleh makan roti canai fresh yang dibuat oleh Zahar. Waduhhh sedappp, tambah lagi bila buat murtabak... rugi lupa nak menuntut ilmu buat roti canai dari Zahar.

No comments: