Nuffnang

Monday, January 19, 2009

Demo..demo..kawe..kawe..@München

Last Saturday, jalan-jalan makan angin setengah beku sekitar Munich. Dari satu lorong ke satu lorong, masuk kedai keluar kedai, naik subway turun subway. Tiba-tiba dengar bunyi bising dari arah Marienplatz. Untuk yg tak pernah mai Munich, Marienplatz ni mcm Stephanplatz di Vienna. Kalau tak biasa with Vienna pulak.. kiranya macam depan bangunan Sultan Abdul Samad la. Kalau tak tahu jugak.. pandai-pandai la google out from the net.

Forget about Marienplatz, bukan nak cerita pasal tempat tu pun. Balik pada cerita asal, rupa-rupanya ada perarakan protest the invasion, massacre, brutality of negara Israel terhadap Palestin di Gaza. Agak ramai juga yang turut serta dalam demo tu, kalau tak silap agak-agak dalam 200-300 orang or maybe more. Ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, tua muda & berbagai kaum tapi dari rupa mostly Turkish & Arab descendants. Ohh yaa termasuk sorang dari Kualaibai.. wakil Malaysia tuu...Ü
Together dalam demo tu, satu trak atau pickup yang digunakan as a pentas untuk speech. Semasa perarakan seorang perempuan dengan semangat sekali berucap. Unfortunately speech only in Deutsch, so yang boleh difaham cuma bila takbir, dan bila sebut Palestin, Gaza & Israel dan 2-3 patah perkataan German yang sempat telinga aku tangkap.

Perarakan tu berhenti betul-betuk di depan Marienplatz yang jadi pusat tarikan pelancong. Kebetulan hari Sabtu memang ramai pelancong tengah berposing depan Marienplatz, tapi hari tu para pelancong berpeluang berposing berlatar belakang orang ramai yang berdemonstrasi against Israel. Bukan selalu peluang macam ni ada.
Bila bercerita pasal demonstrasi ni, tak boleh ketinggalan perkataan polis & SB. Biasala depa kena la jaga ketenteraman jugak. Tapi semasa demo di Marienplatz polis-polis ni cuma perhati je dari setiap penjuru kawasan tu. Aku notice juga ramai SB berkeliaran. Macamana nak kenal SB ni, depa ni pakai single earpiece dan bentuk earpiece ni ada lain skit dari normal earphone. Dan bila aku perasan sorang SB ni bercakap sambil kepala tunduk ke arah dalam jaket. Takan malu nak tunjuk cellphone kot?

Bila para protester ni stop depan Marienplatz dan mula bagi speech, aku pun beredar. Duduk lama-lama pun bukannya paham. Plus as a foreigner, better not be involved in such activity. Kalau dibuatnya demo ni bertukar jadi riot macam dekat France, haru jugak aku kang..

Tetapi satu aku perasan bila berjalan menyusur bangunan dari Marienplatz, di setiap ceruk celah lorong, ramai polis tengah standby. Boleh dikatakan kawasan sekitar Marienplatz dah dikepung oleh polis. Kalau terjadi riot memang tak boleh lari dah. Tapi alhamdulillah, rasanya demo tu berjalan lancar tanpa sebarang keganasan sebab during the evening cuba-cuba tengok news at TV, takda pulak cerita pasal demo ni.

Setakat hari ni, daripada news, Israel & Hamas dah capai kata sepakat untuk ceasefire for a week. Harap dengan ceasefire ni tiada lagi kedengaran berita orang awam, kanak-kanak & wanita yang tidak berdosa mati akibat keganasan Israel. Sama-sama lah kita berdoa untuk kemenangan bangsa Palestin. Berikanlah sokongan tanpa putus terhadap perjuangan Palestin dalam menentang Israel, dalam apa jua bentuk. InsyaAllah.

No comments: