Nuffnang

Friday, January 9, 2009

Cerita Ceritut #2: Anjing..Menganjing

Di Vienna, boleh dikatakan ramai penduduknya yang bela anjing. Bejalan dimana-mana boleh nampak orang bawak anjing samada di tepi jalan, kedai pakaian, dalam train hatta dalam office pun. Anjing diwajibkan pakai serkup penutup mulut dan diikat tali bila berada dikawasan public. Anjing dilarang barking tak tentu pasal di public. Pernah ternampak tuanpunya anjing bergaduh pasal anjing diorang yg barking to each other. Tapi masalahnya ada tuan punya anjing ni yang tak cukup disiplin!

Ada tuanpunya anjing yang biarkan anjing diorang berak di merata-rata especially di tempat lauan pejalan kaki. Sungguh kurang asam tuan punya anjing itu. By law, tuanpunya anjing MESTI kutip bahan buangan anjing tadi. Tapi yang tak cukup disiplin ni biarkan begitu saja. Jadi bila berjalan ditepi-tepi bangunan di Vienna mesti always alert tahi-tahi anjing yang menunggu mangsa untuk dipijak!

Pernah terbaca dalam internet pasal komen dari some tourist, bila sightseeing di Vienna, "dont look up, but should always look down", disebabkan booby-trap tahi anjing ni lah. Ni dah jadi satu known problem di Vienna. Even last year ada kempen ala-ala "Beraklah di tempat yang disediakan atau saman". Tapi tak jalan jugak.. sama tak berubah!

Gambar atas tu cuma hiasan semata-mata untuk cerita kali ni. Kebetulan semasa shopping di Parndorf Outlet Center, ternampak anjing ni, besar ya amat! Lebih kurang sama tinggi dengan Damia. Tapi cantik dengan bulu lebat sampai ke kaki. Duduk je dia buat bodoh tunggu tuannya shopping. Ramai orang datang ambil gambar anjing tu. Maybe its a rare species kot.

Bila cerita pasal anjing teringat zaman budak-budak di Terengganu. Ada satu perkataan yang sound similar dengan anjing iaitu "nganjing". Tapii prkataan ni tiada kena mengena dengan mana-mana anjing yang hidup atau yang mati! Perkataan ni maksudnya lebih kurang "mengejek" atau "memperli" atau "mengajuk" lah aku rasa walaupun tak 100% tepat. Biasanya "nganjing" digunakan dalam beberapa situsi berlainan. Satu contohnya yang aku dapat dari salah satu email conversation dalam yahoogroup geng sekolah dulu:

"Tengok Abu tu pakai spek kecikk skett je dari piring Astro" kata Ali pada Salleh
"Hoo nganjing kat aku ahh tu" kata Abu pada Ali bila terdengar.

atau untuk menambah perisa lagi dalam Abu punya ayat, biasanya begini:

"Hoo nganjing kat aku ahhh tu natangg ning!!" kata Abu pada Ali.

Betull ke contoh aku tu?... dah bertahun-tahun tak guna perkataan ni. Sapa-sapa tahu boleh tolong bagi contoh lain. Yang penting jangan berperangai macam anjing sudah lah.. berak merata-rata...siottt je!

No comments: