Nuffnang

Saturday, January 31, 2009

Epot-Airports-Flughafen-Aeropuerto!

Semasa lepak termenung menunggu flight dari Munich ke Vienna, datang kefikiran tentang berbagai jenis airport yang dah aku jejaki. Samada international atau domestic airport, berbagai-bentuk dan rupa, kecil atau besar, cantik atau buruk, bagus atau menyusahkan pengguna. Ini kali pertama aku jejak Munich International airport dimana disini ada dua terminal iaitu Terminal 1 yang baru dibuka dalam 10 tahun lepas dan Terminal 2 yang lebih lama usianya tapi lebih besar dan menarik. Flight dari Munich ke Vienna berlepas dari Terminal 2 yang kebanyakannya dihuni oleh Lufthansa airlines. Airport Munich ini juga adalah airport ke-2 terbesar di Germany selepas airport Frankfurt.

Apa yang menarik perhatian aku semasa di Terminal 2 Munich Int airport ini ialah kemudahan air coffee dan tea yang FREE!!! Terminal ini sediakan auto machine coffee & tea yang terletak almost antara setiap 3-4 departure gates. Ini kali pertama aku jumpa airport yang sediakan kemudahan seperti ini. Bagi aku sebagai pengguna biasa, kemudahan ini memang amat bagus sekali. Salah satu cara tarikan yang amat bagus sekali yang disediakan oleh pihak airport Munich. Maybe untuk setengah orang tidak kisah pasal benda ini, tapi bagi aku kalau diberi pilihan dilain kali untuk fly ke sesuatu destinasi dan sebagai contoh terpaksa pilih antara flight melalui Munich or Frankfurt, definitely aku akan pilih Munich.


Bercerita pasal berbagai jenis airport ini, aku list out below international airport yang pernah aku jejak dan note what is special about them. Maybe ada yang berpeluang ke those airports below, jangan lepaskan peluang untuk menikmati ke"special"an airport tersebut.

1. Don Muang Bangkok
2. Brunei Int Airport- was there in 1997.. cant remember how it looks like except the stewardes.. kwang 3x.
3. Ninoy Aquino Airport Manila-old airport. Back in 2001, new int airport still under construction.
4. Changi Airport Singapore-This is among the best! A shopping mall airport!
5. Beijing Capital Int Airport -  nice modern airport.
6. Guangzhou Baiyun Int Airport- cheap fruits sold at the domestic terminal.
7. Aeropuerto El-Dorado, Bogota- old airport and very tight security.
8. Ezeiza Airport, Buenos Aires
9. Aeropuerto de Santiago, Chile- The breathtaking view of The Andes during takeoff is must for all!
10. Newark Int Airport, New York- Dont miss the view of the Statue of Liberty from inside the plane.
11. Dallas/Fort Worth Int Airport- I miss Dallas..huahua hua
12. LA Int Airport- Damn! Need to walk outside the building if changing from Int  to Dom terminal!
13. Chicago O'Hara Int Airport
14. Heathrow, London- transfer between terminal by bus! arghh lecehhh!
15. Frankfurt Int Airport- A huge airport!
16. Munich Int Airport-Free coffee & tea maaa!!
17. Arlanda Int Airport, Sweden
18. CDG Int Airport, Paris- The beautiful Terminal 2E which was newly built, collapse in 2004. Lucky that i was there in Dec 2003.
19. Chek Lap Kok, Hong Kong- The view of the island and "tongkang" from the departure hall is so amazing!
20. Narita Int Airport, Japan
21. Cape Town Int Airport, South Africa-Another beautiful and amazing view of Cape Town city & Table Mountain from inside the airplane before landing.
22. Johannesburg Airport, SA
23. Vienna Int Airport- my home airport for now and the next few more years.....

Maybe next time boleh cerita mengenai berbagai jenis airlines yang aku pernah experience dan ke"special"an mereka pula. Feliz viaje amigos!

Wednesday, January 21, 2009

Lembaga Hitam@München

Semasa jalan-jalan last weekend around Munich, ternampak satu kedai ni yang jual preserved fruit. Yang menarik perhatian ialah sebab, terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan yang dikeringkan. Mostly buah-buahan citrus tapi yang buat tambah menarik lagi cara ia di"display" dan disusun rapi. Ramai juga orang berhenti tengok beraneka buah-buahan kering ni. Lupa apa nama kedai but its not far from Marienplatz.
Dok usya-usya kedalam kedai tu dari luar, ternampaklah satu lembaga hitam. Comel sungguh bentuknya.. "macam pernah kulihat..tapi dimanaaa yaa". Lepas jenuh menilik dari jauh, baru ternampak label, benda tu ialah kelapa laut afrika... first time aku tengok buah ni in real.  "Saspeng" sungguh rupabentuknyaa!! Haha..

Monday, January 19, 2009

Demo..demo..kawe..kawe..@München

Last Saturday, jalan-jalan makan angin setengah beku sekitar Munich. Dari satu lorong ke satu lorong, masuk kedai keluar kedai, naik subway turun subway. Tiba-tiba dengar bunyi bising dari arah Marienplatz. Untuk yg tak pernah mai Munich, Marienplatz ni mcm Stephanplatz di Vienna. Kalau tak biasa with Vienna pulak.. kiranya macam depan bangunan Sultan Abdul Samad la. Kalau tak tahu jugak.. pandai-pandai la google out from the net.

Forget about Marienplatz, bukan nak cerita pasal tempat tu pun. Balik pada cerita asal, rupa-rupanya ada perarakan protest the invasion, massacre, brutality of negara Israel terhadap Palestin di Gaza. Agak ramai juga yang turut serta dalam demo tu, kalau tak silap agak-agak dalam 200-300 orang or maybe more. Ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, tua muda & berbagai kaum tapi dari rupa mostly Turkish & Arab descendants. Ohh yaa termasuk sorang dari Kualaibai.. wakil Malaysia tuu...Ü
Together dalam demo tu, satu trak atau pickup yang digunakan as a pentas untuk speech. Semasa perarakan seorang perempuan dengan semangat sekali berucap. Unfortunately speech only in Deutsch, so yang boleh difaham cuma bila takbir, dan bila sebut Palestin, Gaza & Israel dan 2-3 patah perkataan German yang sempat telinga aku tangkap.

Perarakan tu berhenti betul-betuk di depan Marienplatz yang jadi pusat tarikan pelancong. Kebetulan hari Sabtu memang ramai pelancong tengah berposing depan Marienplatz, tapi hari tu para pelancong berpeluang berposing berlatar belakang orang ramai yang berdemonstrasi against Israel. Bukan selalu peluang macam ni ada.
Bila bercerita pasal demonstrasi ni, tak boleh ketinggalan perkataan polis & SB. Biasala depa kena la jaga ketenteraman jugak. Tapi semasa demo di Marienplatz polis-polis ni cuma perhati je dari setiap penjuru kawasan tu. Aku notice juga ramai SB berkeliaran. Macamana nak kenal SB ni, depa ni pakai single earpiece dan bentuk earpiece ni ada lain skit dari normal earphone. Dan bila aku perasan sorang SB ni bercakap sambil kepala tunduk ke arah dalam jaket. Takan malu nak tunjuk cellphone kot?

Bila para protester ni stop depan Marienplatz dan mula bagi speech, aku pun beredar. Duduk lama-lama pun bukannya paham. Plus as a foreigner, better not be involved in such activity. Kalau dibuatnya demo ni bertukar jadi riot macam dekat France, haru jugak aku kang..

Tetapi satu aku perasan bila berjalan menyusur bangunan dari Marienplatz, di setiap ceruk celah lorong, ramai polis tengah standby. Boleh dikatakan kawasan sekitar Marienplatz dah dikepung oleh polis. Kalau terjadi riot memang tak boleh lari dah. Tapi alhamdulillah, rasanya demo tu berjalan lancar tanpa sebarang keganasan sebab during the evening cuba-cuba tengok news at TV, takda pulak cerita pasal demo ni.

Setakat hari ni, daripada news, Israel & Hamas dah capai kata sepakat untuk ceasefire for a week. Harap dengan ceasefire ni tiada lagi kedengaran berita orang awam, kanak-kanak & wanita yang tidak berdosa mati akibat keganasan Israel. Sama-sama lah kita berdoa untuk kemenangan bangsa Palestin. Berikanlah sokongan tanpa putus terhadap perjuangan Palestin dalam menentang Israel, dalam apa jua bentuk. InsyaAllah.
video

video

video

video

Friday, January 16, 2009

Training@München


Last year terlalu sibuk dengan daily work tak sempat untuk apply for any training. Tapi this year satu permulaan bagus, awal-awal tahun dah attend training. Kali ni di Munich, NSN Academy center. Di Munich juga terletaknya second HQ untuk NSN. Main HQ ialah di Helsinki. Kenapa 2 HQ? Bila Nokia Networks & Siemens Comm merged, infact 50-50 shares, so to be fair to both side, masing2 dapat sorang HQ. Helsinki adalah HQ untuk Nokia Networks sebelum ni, dan Munich ialah HQ untuk Siemens. Jadilah sekarang ni Nokia Siemens Networks.

Di Munich ada 3 different campus Siemens. Satu-satu campus, saiznya amat besar consist of several buildings. Yang menarik di campus dimana NSN Academy located, di kantin ada special menu for Muslims dan di building Academy center ni juga ada Surau. Alhamdulillah!

Training kali ni selama 2 minggu yang teramat panjang. During weekdays, kurang terasa tapi weekend esok... apa lah yang boleh dibuat selain merayap around Munich city. Tapi dengan cuaca sub zero temperature, kurang selesa nak merayap lama-lama. Hotel ada sediakan internet connection buttttt... its not free! Eur0.30 per minit!!!! Damnn!! Cekik darah punya Holiday INN!

Friday, January 9, 2009

Cerita Ceritut #2: Anjing..Menganjing

Di Vienna, boleh dikatakan ramai penduduknya yang bela anjing. Bejalan dimana-mana boleh nampak orang bawak anjing samada di tepi jalan, kedai pakaian, dalam train hatta dalam office pun. Anjing diwajibkan pakai serkup penutup mulut dan diikat tali bila berada dikawasan public. Anjing dilarang barking tak tentu pasal di public. Pernah ternampak tuanpunya anjing bergaduh pasal anjing diorang yg barking to each other. Tapi masalahnya ada tuan punya anjing ni yang tak cukup disiplin!

Ada tuanpunya anjing yang biarkan anjing diorang berak di merata-rata especially di tempat lauan pejalan kaki. Sungguh kurang asam tuan punya anjing itu. By law, tuanpunya anjing MESTI kutip bahan buangan anjing tadi. Tapi yang tak cukup disiplin ni biarkan begitu saja. Jadi bila berjalan ditepi-tepi bangunan di Vienna mesti always alert tahi-tahi anjing yang menunggu mangsa untuk dipijak!

Pernah terbaca dalam internet pasal komen dari some tourist, bila sightseeing di Vienna, "dont look up, but should always look down", disebabkan booby-trap tahi anjing ni lah. Ni dah jadi satu known problem di Vienna. Even last year ada kempen ala-ala "Beraklah di tempat yang disediakan atau saman". Tapi tak jalan jugak.. sama tak berubah!

Gambar atas tu cuma hiasan semata-mata untuk cerita kali ni. Kebetulan semasa shopping di Parndorf Outlet Center, ternampak anjing ni, besar ya amat! Lebih kurang sama tinggi dengan Damia. Tapi cantik dengan bulu lebat sampai ke kaki. Duduk je dia buat bodoh tunggu tuannya shopping. Ramai orang datang ambil gambar anjing tu. Maybe its a rare species kot.

Bila cerita pasal anjing teringat zaman budak-budak di Terengganu. Ada satu perkataan yang sound similar dengan anjing iaitu "nganjing". Tapii prkataan ni tiada kena mengena dengan mana-mana anjing yang hidup atau yang mati! Perkataan ni maksudnya lebih kurang "mengejek" atau "memperli" atau "mengajuk" lah aku rasa walaupun tak 100% tepat. Biasanya "nganjing" digunakan dalam beberapa situsi berlainan. Satu contohnya yang aku dapat dari salah satu email conversation dalam yahoogroup geng sekolah dulu:

"Tengok Abu tu pakai spek kecikk skett je dari piring Astro" kata Ali pada Salleh
"Hoo nganjing kat aku ahh tu" kata Abu pada Ali bila terdengar.

atau untuk menambah perisa lagi dalam Abu punya ayat, biasanya begini:

"Hoo nganjing kat aku ahhh tu natangg ning!!" kata Abu pada Ali.

Betull ke contoh aku tu?... dah bertahun-tahun tak guna perkataan ni. Sapa-sapa tahu boleh tolong bagi contoh lain. Yang penting jangan berperangai macam anjing sudah lah.. berak merata-rata...siottt je!

Monday, January 5, 2009

Cerita Ceritut #1

Beberapa hari lepas, buat spotcheck dekat rak kasut. Tried to find out mana-mana kasut yang dah lama tak pakai or tak muat dan boleh masuk dalam kotak semula. Found one, Damia punya winter boot yang dah tak muat selepas panggil Damia untuk try.

So aku bawak masuk bilik air untuk basuh. Sambil duduk mencangkung ditepi bath tub "gonyoh" kasut tu, si Damia di sebelah duk membebel atau merapu sorang-sorang, sekejap dalam Malay, sekejap English & sekejap German. Damia dapat several English & German words dari Haziq & cartoon show on TV. Aku layan dengar saja.

Tiba-tiba aku terdengar..

"Mammi...pappii...good job!"...kata Damia, sambil tapak tangannya menggosok kepala aku!

Adoii... tergelak besar sekejap masa tu, mana laa dia dapat words tu!

p/s: "Gonyoh" atau dalam bahasa baku ialah memberus atau menyental atau yang sewaktu dengannya.

Saturday, January 3, 2009

Roti Canai Vienna

Walau dimana pergi roti canai tetap dicari. Tetapi tidak la sesedap roti canai digerai-gerai di Malaysia. Di sini cuma ada roti canai beku, frozen paratha! Tapi itu pun sudah cukup sedap dan menyelerakan. Biasakan dalam freezer sentiasa ada stok roti canai beku ni, so bila terbuat lauk kari, akan keluarlah roti canai tu dari freezer. Budak-budak dirumah semuanya hantu roti canai. Faris & Haziq biasanya akan makan 2 keping seorang kalau kena gaya kuahnya tapi Damia biasanya cuma sekeping.

Roti canai beku yang dibeli tu datang dari Singapore tetapi siap ada cop halal Majlis Ugama Islam Singapura! Bila cerita pasal makanan halal, terfikir pasal berita Malaysia nak buat Halal Hub yang diwar-warkan sebelum ni. Tapi realitinya sekarang ni, mostly produk halal di kedai-kedai mostly datang dari Thailand. Sebuah negara bukan Islam tapi mampu keluarkan produk halal ke seluruh dunia, siap dengan cop Islamic Committe Office of Thailand! Harap Malaysia betul-betul mampu jadi pengeluar produk halal seperti yang diwar-warkan, suatu hari nanti, bukannya setakat retorik orang politik yang mencari keuntungan untuk diri sendiri!


Balik pada cerita roti canai beku tadi yang berharga cuma Eur1.50 dan ada 5 keping didalam setiap paket. Not bad la... Biasanya untuk menambahsedapkan roti canai ni, dibuat roti tampal! Untuk yang tak biasa dengar roti tampal, roti canai tu ditampal dengan telur. Pecahkan sebiji telur kedalam kuali then letakkan roti canai yang dah disiap digoreng ke atas telur. Angkat la roti canai yang tertampal dengan telur tadi bila telur dah agak2 masak atau setengah masak semaunya. Biasanya kalau telur kuning tu setengah masak lagi sedappp!!Slurrrpppp!

p/s: Teringat semasa di Dallas, boleh makan roti canai fresh yang dibuat oleh Zahar. Waduhhh sedappp, tambah lagi bila buat murtabak... rugi lupa nak menuntut ilmu buat roti canai dari Zahar.

Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru

Sambutan tahun baru 2009 di Vienna memang meriah! Di sekitar pusat bandar ada beberapa tempat yang diadakan konsert yang berlainan. Tetapi dengan cuaca sekarang, dengan suhu sekitar -4C, macamana orang-orang yang sambut tahun baru boleh tahan dengan suasana sejuk beku. Mungkin sebab diorang minum arak yang buat badan panas. Itu yang tak bestnya bila berada disesuatu perhimpunan disini, arak dimana-mana!

Kami seperti biasa cuma duduk dirumah pada malam tahun baru. Kebetulan apartment kami ditingkat 4 jadi boleh nampak dengan jelas bunga api dan mercun. Start dari lepas matahari terbenam lebih kurang pukul 5pm, orang ramai dah mula main mercun & bunga api. Bila masuk pukul 11pm tambah meriah berdentum dentam disana sini sehingga lah pukul 2am. Macam di tempat perang. Dari apartment kami boleh dikatakan seluruh bandar Vienna orang ramai tembak bunga api. Dari depan & belakang apartment, bermacam-macam jenis bunga api & mercun boleh dilihat semalam.


Mercun & bunga api untuk sambutan tahun baru 2009 kali ni pendek sahaja sebab pukul 2am dah mula senyap. Kalau dibandingkan dengan tahun 2008, sampai pukul 5am pun masih berdentum-dentam! Tapi bila difikirkan balik, berapa banyak Euro telah lebur terbakar untuk sambutan tahun baru ni semata-mata hanya untuk bunyi yang meletup-letup & bising. Membazir!!!

Apa-apa pun selamat tahun baru 2009 dan hijrah 1430H!


video