Nuffnang

Thursday, December 4, 2008

Rojok Kateh


Bila tiba musim raya haji/Eid Adha ni, mula la kepala teringat rojok kateh. Tadi dalam yahoogroup email geng-geng sekolah pun ada cerita pasal ni. Terliur nya rasa bila teringat. Rojok Kateh ni makanan kegemaran atau kemestian setiap kali balik ke Terengganu. Kalau boleh tiap-tiap hari nak makan. Tapi yang lecehnya tak semua kedai ada jual. Kalau di KT, kena pergi ke pasar Payang, bahagian bawah tempat orang jual kueh-mueh pagi2. Tapi kalau pergi lepas tengahari selalunya tinggal bau rojok je la. Sesetengah gerai makan di KT pun ada jual rojok kateh ni. Satu lagi lecehhhhnya Rojok Kateh ni, harganya mahal, dapatnya sikit je. Sebungkus dlm seringgit or RM 1.50, lupa dah. Susah pulak nak describe macamana saiz bungkusan tu, ada la separuh tapak tangan kot. Iye lah, bahan2 untuk buat rojok ni bukannya senang nak dapat.

Untuk yg tak kenal atau tak pernah makan Rojok Kateh ni atau dalam bahasa baku Rojak Kaki. Rasanya orang luar Terengganu, kaki lembu dibuang gitu je kot. Tapi kat Terengganu semua badan lembu tu boleh jadik makanan. So bila time ghebangg/korban hari raya haji ni, ramai orang pakat nak pegang kaki lembu bila time lapah. Kiranya orang yang pegang kaki tu takan lepas punya sampai habis melapah. Kalau lepas kang orang lain sapu. Barang berharga tuuu..sekor lembu cuma ada 4 batang kaki je maa... Kiranya kalau berjaya dapat sebatang kaki, buleh senyum bangga la..haha.

Seronok pulak bila teringat suasana raya haji di Terengganu. Dulu-dulu semasa arwah atuk/tokki ada, mesti ada acara ghebangg/korban di rumahnya. Lepas sembahyang raya mesti terus menuju ke rumah tokki. Tengok org sembelih lembu, melapah, bahagi daging etc. Lepas tu masak sup tulang, makan ramai-ramai dengan sedara-mara & sepupu-sepapat. Meriahh!!

Ok, balik pada cerita rojok kateh ni, cara-cara nak buatnya agak cerewet sikit, dan tak semua orang suka buat & tengok kaki lembu tu. Mula-mula ambil kaki lembu yg siap dilapah tu & tinggal tulang dan tapak kasut tu. Lepas tu bakar tapak kaki/kasut lembu sampai hangus. Bila nampak hangus, keluarkan dari api lepas tu ketuk2 buang arang then bakar lagi sampai kasut lembu tu tertanggal terus dan boleh nampak isi tapak kaki sahaja. Proses bakar & ketuk kasut lembu ni pun dah amik masa sejam dua.

Lepas tu masukkan kaki lembu yg dibersihkan tu dalam periuk, rebus sampai masak. Bila dah masak, ambil pisau dan potong atau kikis semua sisa2 isi pada kaki lembu, termasuk rawan pada tapak kaki & lutut lembu. Kiranya semua part yg boleh makan dikikis ambil semuanya. Kalau tulang tu lembut pun boleh jalan sekali.

Dah licin berkilat kaki lembu tu, potong la kecik2 daging & rawan tadi ke saiz dadu atau seberkenan dihati atau semuat mulut masing2. Ok siap part isinya.

Sekarang part kuahnya, ni yang susah nak cerita sebab biasanya mak yg buat tapi bahan2 dia cuma cili boh, gula, garam, asam, cuka & belacan. Masukkan & masak sesedap rasa. Lepas tu masukkan daging yg dah dipotong tadi ke dalam kuah cili ni. Jangan makan duluu!!

Peramkan sejam dua, atau lagi lama lagi sedap, supaya kuahnya meresap kedalam daging tadi. Lepas tu makanlah sepuas hatiii.. nak sedap lagi, masukkan dlm peti ais, makan sejuk2... sedapppnyaaa.. slurrppppp! Kalau tak kenyang, hirup kuah sekali!!

p/s: gambar atas tu cedok dari internet..dari blog sapa ntah.. http://batdeaz.blogspot.com terimakasih.

1 comment:

cikgu zainab said...

MasyaAllah...jjupe cerita hal rojok kateh kat sini!!
Dulu..suami akak (mat kelate') - tak reti makang rojok kateh ni...tapi, bila doh kena sekali, nok makang sokmo. Lleni pulok payoh nok cari. nasib baik ada jjupe kat pasar kedai payang, atau pun pasar cabang!!