Nuffnang

Saturday, December 6, 2008

Once Upon A Time in... Salta, Argentina

Salta terletak di northwestern part of Argentina, situated 1152m above sea level dikaki banjaran Andes. Salta ni dah dekat dengan sempadan Chile dan Bolivia. Dari bandar Salta boleh nampak banjaran Andes ni panjang merentang di sebelah barat. Kebetulan semasa bekerja di Argentina, end 2004, aku dan seorang lagi kawan Malaysian kena pergi ke sini untuk 2 night assignment. First assignment outside Buenos Aires, so Project Manager allow untuk travel berdua. After this kena travel alone.

Aku dah lupa berapa lama amibil masa travel by flight dari BA ke Salta ni. Tapi Salta ni quite small town kalau compare dgn BA. Tapi quite peaceful & tenang, cuaca disini pun walaupun masa tu time summer, memang tak panas. Sini average temperature in summer around 20C. 
Teringat semasa first day sampai di Salta, after lunch nak pergi ke site untuk some preparation for night work. Ambil teksi then tunjuk alamat yg kami ada, sekali teksi tu pergi ntah mana2 tak jumpa pun rupa site tu. Sesat di luar bandar Salta, nasib baik ada kawan, kalau tak mau cuak jugak masa tu. Rupa-rupa alamat yg kami ada tu salah selepas contact office semula.

Site yg kami kena pergi tu, agak di luar pekan Salta jugak, di kawasan berbukit & agak remote. bila time malam memang sunyi habis. Takda sapa di sekeliling kawasan, nasib baik ada pak guard yg jaga site tu 24 hrs. Tapi pemandangan di siang hari dari kawasan site tu, memang cantek sekali. Boleh nampak pemandangan pekan Salta dan juga banjaran Andes yang half covered dengan awan. 

Satu masalah kami semasa di Salta ialah bab makan. Kedudukan bandar ni yg remote di tengah2 benua Latin ni, memang susah nak cari makanan seafood, makanan halal jauh sekali la. Apa yang kami makan masa kat sana cuma cheese pizza & bekal maggi yg dibawa. Nasib baik cuma dua malam saja disana. Dan nasib baik juga hotel yg kami tinggal tu ada sediakan dapur yg boleh digunakan oleh semua penyewa situ. Boleh lah masak apa yang patut.

Second day sempat juga jalan2 sekita pekan Salta ni. Pekan ni tak banyak benda menarik kecuali ada satu church lama tu. Bila malam memang cantik pemandangan sekitar church tu, dengan bangunan2 lama dan shopping area pun dikawasan tu juga.

Tapi mengikut kata orang local, attraction disini ialah satu trip dengan train ke outside Salta. Aku cuba google dalam internet tadi jumpa detail pasal ni, yang dipanggil "El Tren a las Nubes" (The Train in the Clouds),  Ianya ialah train journey melalui awan2 merentasi banjaran Andes pada aras 4220m above sea level. Tinggi tuu... lebih tinggi dari puncak Kinabalu. Kalau tak silap puncak Kinabalu ialah 4095m, itupun kalau berada di puncak Kinabalu, boleh tengok awan dibawah dan temperatur yg memang sejuk. Ini pengalaman masa daki gunung Kinabalu kalau tak silap tahun 98 or 99 dulu.


Tapi aku tak pergi trip "El Tren a las Nubes"  tu, masa tu mana nak pikir jalan2 sangat, schedule tight cuma ada 2 hari untuk kerja. Siap kerja terus kena fly balik ke BA. Sempat jugak jalan2 ke pasar kraftangan di sekitar pekan Salta ni. Argentina memang terkenal dengan kraftangan yg menarik. Kalau di Buenos Aires ada satu tempat dipanggil Recoletta yg terkenal dengan gerai2 kraftangan setiap weekend. Nanti next post aku cerita pasal Buenos Aires.  


Selain daripada tu, takda apa yang menarik sangat di Salta ni. Tapi satu pengalaman menarik sepanjang berada disini walaupun cuma 2 hari, first assignment outside Buenos Aires, sesat di pekan Salta, pengalaman melilau mencari kedai makan, macam-macam walaupun cuma 2 hari.

No comments: