Nuffnang

Thursday, December 25, 2008

Once Upon A Time in.... Comodoro Rivadavia, Argentina

Second assignment semasa di Argentina ialah di Comodora Rivadavia. Bandar Comodoro ni terletak south of Argentina, di tepi lautan Atlantik. Kali ni aku terpaksa pergi berseorangan. Memang ada rasa cuak jugak sikit memikirkan kena pergi ke tempat asing seorang diri. Tapi dah tugas, redah saja. Aku dah lupa brapa lama aku di Comodoro, kalau based on date pada photos tu dalam 5 hari. Yang aku ingat semasa plane nak landing, aku menjenguk kebawah, satu pemandangan baru bagi aku. First time aku tengok keadaan muka bumi macam tu, tanah gersang dengan berbukit-bukau yang kecil. Sekali tengok memang cantik memukau, dua kali tengok gerun pun ada.

Bandar Comodora ni kecil, lebih kecil dari bandar Kuala Terengganu lagi. Bandar tepi laut, berangin, tak hairan boleh tengok banyak janakuasa elektrik guna angin tu atau wind turbines. Bandar ni memang agal peaceful, salah satu yang menarik, boleh tengok banyak kereta yang very old model masih sihat-walafiat bergerak atas jalan raya. Kebetulan berdekatan dengan hotel tempat tinggal ada satu restoran China yang sediakan buffet during lunch. Boleh la makan seafood & vegetarian food tiap kali lunch & dinner. Seingat aku ada satu hari semasa di Comodoro, jatuh hari cuti umum. Most restaurants tutup, menggagau aku melilau keliling bandar cari restoran yang buka. Kalau tak silap terjumpa satu restoran di tepi laut, not so much choices yang aku boleh makan, so aku order pasta cheese & mushroom. Tak pernah aku makan pasta cheese sebelum ni tapi terpaksa la masa tu. Sekali bila makanan sampai, pasta dengan sos kaler putih.. adusss... bila makan, mak aaiiii lain macam rasanya. Tekak aku bukan jenis telan mende cheese ni. Makan sikit je terus bayar & belah, ingat lagi aku waitress restoran tanya samada something wrong with the food. Senyum je la..


Walaupun bandar Comodoro ni ditepi laut tapi amat terhad restoran yang sediakan makanan laut. Mungkin penduduknya tak gemar seafood gamaknya. Satu lagi pengalaman menarik semasa di Comodoro ialah semasa kena kerja malam di site. Semasa di sana ialah waktu summer (summer in south hemisphere is opposite from the north e.g. europe). Waktu siang agak panjang, kalau tak silap aku pukul 9pm masih terang. Aku pergi site dalam pukul 10pm, buat kerja kat dalam kabin yang tertutup. Sekali kerja siap dalam pukul 2 or 3 pagi, keluar dari kabin.. terang benderanggg dah! Malam cukup pendek!


Tapi yang pasti semasa di Comodoro ni, tahap kebosanan memang tahap maksimum dah! Tak ada apa yang menarik disini bagi aku tambah lagi bila sorang-sorang. Merayap around town pun tak sampai sejam dah habis. Maybe yang minat outdoor boleh buat some activity. Kalau tak silap aku bagi yang minat nak tengok Whale boleh pergi ke bandar Trelew yang terletak tak jauh dari Comodoro. Bandar Trelew ini memang terkenal dikalangan pelancong yang datang untuk melihat Whale secara live di lautan Atlantik!!




No comments: