Nuffnang

Saturday, December 27, 2008

Main Senow@Semmering


Setelah menanti dan menanti dan snow tidak juga turun lagi di Vienna, kami sekeluarga hari ni menuju ke Semmering untuk melepaskan rindu gian untuk bermain "senow". Semmering ni terkenal sebagai pusat winter sport, terletak dalam sejam driving to the south. Terletak di kawasan pergunungan, 1000m dari aras laut. Bila berada berdekatan Semmering almost seluruh pemukaan buminya dilitupi salji.
Bila sampai sahaja di Semmering, dah menjerit-jerit budak-budak ni bila tengok snow tebal memutih dan bila tengok ramai budak-budak dan mak bapak budak bermain snow sled di kaki bukit di tepi jalan. Dari tepi jalan juga boleh nampak nun jauh di cerun bukit, ramai orang duk main skiing. Di tepi jalan pun ada a place untuk orang yang baru belajar skiing di tempat yang agak landai. Kami cuma menuju ke tempat orang ramai main snow sled... then bermula lah acara berlari, melompat, melunsur, tergolek, terbaring sampai penat...

Yang pasti budak-budak (termasuk mak bapak budak pong) semua enjoy & puas melepaskan geram main "senow" kali ni. Cuma dua jam habiskan masa di Semmering, semuanya dah kesejukan dan mula mengajak untuk balik rumah. Tapi kami akan datang lagii.......


http://www.semmering.at/

Clip 1: Damia's butterfly


video


Clip 2: Faris in action


video


Clip 3: Damia's butterfly againnn..


video


Clip 4: Haziq & Damia


video


Clip 5: Ulin & Damia.


video

No comments: