Nuffnang

Monday, December 22, 2008

Kisah Pokok Krismas & Budu

Duatiga hari lagi majority orang sini akan beraya Krismas depa. Sekarang ni orang ramai sibuk dengan acara membeli belah hadiah. Offices & kedai-kedai pun cuma half day hari Rabu ni, macam tempat kerja aku, cuti panjang selama 2 minggu dari Rabu ni, Dec 24 until Jan 6. Lumayan sungguh cuti raya Krismas disini. Sekolah pun cuti dengan duration yg sama. Belum ada plan lagi nak travel mana-mana, maybe bawak budak-budak dan mak budak pergi main snow dekat one of ski resort di luar Vienna.

Sempena perayaan Krismas ni jugak boleh dilihat di merata-rata peniaga buka gerai jual pokok Krismas ni. Tak pernah tengok suasana macam ni sebelum ni di tempat-tempat yang aku pernah pergi. Disini pokok-pokok ni dijual di tepi-tepi jalan, macam-macam saiz pokok, ada yang kecil dan ada yang besar. Bila dibeli, pokok itu akan dibalut dengan net supaya senang dibawak.

Last week semasa balik dari kerja naik subway ada aku ternampak salah seorang penumpang subway pikul pokok krismas ni naik train! Pokok tu punya la besar, kalau tak silap lebih dari 6 feet, lebih tinggi dari orang yg membawanya. Ramai orang tengok gelagat mamat tu. Punya la bersungguh nak beraya.. sanggup pikul pokok krismas naik subway. Rugi pulak rasanya tak snap gambar mamat tu terkial2 nak masukkan pokok krismas tu. Nasib baik bukan time peak hours, kalau tak mau kena marah dengan penumpang lain sbb lobang hidung tercucuk dengan daun pokok krismas!

Tapi teringat jugak kisah aku semasa baru pindah ke apartment disini. Apartment kosong takda apa termasuklah langsir. Nak tak nak kena la beli langsir & rel nya sekali. Disebabkan kan belum ada kereta, terpaksa la angkut rel langsir sepanjang 2 meter baru beli dari kedai tu, naik bas!!! Orang pun pandang semacam.. dah macam pendekar bawak tombak naik bas je. Sama kes la agaknya dengan mamat yang beli pokok krismas kat atas tu....Hahaha..


Kisah budu ni tiada kena mengena dengan cerita pokok krismas diatas! Cuma ingin berkongsi "keceriaan" aku semasa lunch & dinner hari ni. Selepas hampir setahun kehabisan stok budu... abg Shimi & kak Imah telah dengan bermurah hati menghadiahkan sebotol budu dari Malaysia. Sungguh gumbiranya rasa hati menerimanya. Hari ni dengan penuh selera, lenyap dua pinggan nasi dari pandangan mata, hasil penangan budu. Pekena dengan ikan goreng dan sup sayur, budu dilenyek dengan cili api dan diperah sedikit limau nipis. Masih terbayang dimata & terbau ditangan aroma itu. Memang berhantu sungguh budu ni... Kepada abg Shimi & kak Imah, terimakasih daun keladi, lain kali balik dari Malaysia bawak budu lagi...


No comments: