Nuffnang

Monday, December 8, 2008

Aidil Adha@Vienna Islamic Center

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Tahun ni macam biasa kami sambut secara "sederhana tetapi meriah". Ungkapan yg selalu kita baca & dengar di media Malaysia setiap kali sambut perayaan. Kebetulan pada Dec 8 di Austria ialah cuti umum "Immaculate Conception Day"... dok tahulah nate gapo hari tu, tapi bagus la serentak dengan Aidil Adha, so tak perlu ambil cuti untuk raya kali ni.

Pagi-pagi kami sekeluarga ke Vienna Islamic Center untuk sembahyang sunat Aidil Adha. Disebabkan hari cuti, jalan raya pun lengang tapi macam biasa di kawasan masjid jalan start sesak. Parking area di sekitar masjid memang limited. Terpaksa la cari parking disekitar kawasan perumahan berdekatan masjid then jalan kaki dlm 5-10 min untuk sampai ke masjid.

Sampai di masjid pun dah dalam 8:30am, kawasan masjid macam biasa sesak dengan orang ramai dan budak-budak yg main mercun di luar pagar. Di sini sembahyang raya dibuat 3 sessi. Kalau datang pukul 8:30am sempat join sessi kedua. Tapi kurang bernasib baik, sebab ruang dalam masjid dah penuh. Terpaksa sembahyang atas tikar diluar masjid. Tambah tak bernasib baik lagi bila tikar lembab sebab hujan pagi tu... bila sembahyang stokin basah...adussss sejukk... terpaksa la tahan. Sejuknya sembahyang kat luar tu, dengan cuaca yg memang dah sejuk campur stokin basah pulakk..aduss. Dugaan tu...hehe

Selesai sembahyang dan khutbah, sempat la beli roti hotdog yg ada jual di kawasan masjid. Memang kebiasaan ada few gerai makanan yang dibuka bila time hari raya. Dengan cuaca yang sejuk, pekena pulak hotdog panas-panas.... menyelerakan sunggohhh!!
Didalam dan diluar kawasan masjid ramai budak-budak termasuk lah mak & bapak budak pong duk main mercun. Ishhh tak paham aku apa la kaitannya main mercun bila hari raya. Ingatkan di Malaysia je ada tradisi macam tu, rupanya disini pun sama. Kalau takat bunga api ok lagi, ini jenis yang berdentum-dentam macam bunyi senapang tu. Bila tengok budak-budak rupa Arab yang main mercun kuat-kuat tu, terpikir jugak dalam hati, tak cukup ke bunyi senapang dan bom kat tanah air depa tu? Tak meriah ke sambutan raya kalau takda mercun?


Sedikit info pasal Vienna Islamic Center ni, dibina dalanm tahun 1975-1979 dengan biayaan King Faisal of Saudi Arabia. Bagus jugak raja Saudi ni, kalau tak silap aku masjid/Islamic center di Buenos Aires pun biayaan raja Saudi. Islamic center di Buenos Aires lagi besar daripada sini. Masjid sini ada dua tingkat dengan ruang sembahyang utama di tingkat atas dan ruang perempuan di tingkat bawah. Ada few others room macam library, offices etc. Tetapi lokasi masjid ni memang cantik, berdekatan dengan sungai dan kawasan riadah.

Selesai di Islamic center sepatutnya pergi ke rumah abg Mus & kak Siti untuk jamuan & gathering raya dengan family & kawan2 melayu lain. Tapi sebab jemputan pukul 12pm, sempat la singgah ke shopping center dulu, jalan-jalan sementara nak tunggu pukul 12pm. Tapi macam kebiasaannya kalau pergi shopping center kalau balik tangan kosong tu kira tak sah la! Ada je yang "ter"beli.


Sedang elok dalam masa makan tengahari sampai di rumah abg Mus & kak Siti. Dengan makanan & lauk pauk yang dah terhidang, sunggoh menyelerakan. Macam biasa semua sedap-sedap belaka! Tiga round jugak le tambah, konyang porut pakcik haa... Macam biasa dah berkumpul ramai-ramai, sambil berborak sambil mulut mengunyah. Tau-tau dah tersandar susah nak bangun. Tapi harap-harap tak banyak le "ketupat" dibuat bila gather-gather macam ni... ;-))

No comments: