Nuffnang

Saturday, December 27, 2008

Main Senow@Semmering


Setelah menanti dan menanti dan snow tidak juga turun lagi di Vienna, kami sekeluarga hari ni menuju ke Semmering untuk melepaskan rindu gian untuk bermain "senow". Semmering ni terkenal sebagai pusat winter sport, terletak dalam sejam driving to the south. Terletak di kawasan pergunungan, 1000m dari aras laut. Bila berada berdekatan Semmering almost seluruh pemukaan buminya dilitupi salji.
Bila sampai sahaja di Semmering, dah menjerit-jerit budak-budak ni bila tengok snow tebal memutih dan bila tengok ramai budak-budak dan mak bapak budak bermain snow sled di kaki bukit di tepi jalan. Dari tepi jalan juga boleh nampak nun jauh di cerun bukit, ramai orang duk main skiing. Di tepi jalan pun ada a place untuk orang yang baru belajar skiing di tempat yang agak landai. Kami cuma menuju ke tempat orang ramai main snow sled... then bermula lah acara berlari, melompat, melunsur, tergolek, terbaring sampai penat...

Yang pasti budak-budak (termasuk mak bapak budak pong) semua enjoy & puas melepaskan geram main "senow" kali ni. Cuma dua jam habiskan masa di Semmering, semuanya dah kesejukan dan mula mengajak untuk balik rumah. Tapi kami akan datang lagii.......


http://www.semmering.at/

Clip 1: Damia's butterfly



Clip 2: Faris in action



Clip 3: Damia's butterfly againnn..



Clip 4: Haziq & Damia



Clip 5: Ulin & Damia.


Thursday, December 25, 2008

Once Upon A Time in.... Comodoro Rivadavia, Argentina

Second assignment semasa di Argentina ialah di Comodora Rivadavia. Bandar Comodoro ni terletak south of Argentina, di tepi lautan Atlantik. Kali ni aku terpaksa pergi berseorangan. Memang ada rasa cuak jugak sikit memikirkan kena pergi ke tempat asing seorang diri. Tapi dah tugas, redah saja. Aku dah lupa brapa lama aku di Comodoro, kalau based on date pada photos tu dalam 5 hari. Yang aku ingat semasa plane nak landing, aku menjenguk kebawah, satu pemandangan baru bagi aku. First time aku tengok keadaan muka bumi macam tu, tanah gersang dengan berbukit-bukau yang kecil. Sekali tengok memang cantik memukau, dua kali tengok gerun pun ada.

Bandar Comodora ni kecil, lebih kecil dari bandar Kuala Terengganu lagi. Bandar tepi laut, berangin, tak hairan boleh tengok banyak janakuasa elektrik guna angin tu atau wind turbines. Bandar ni memang agal peaceful, salah satu yang menarik, boleh tengok banyak kereta yang very old model masih sihat-walafiat bergerak atas jalan raya. Kebetulan berdekatan dengan hotel tempat tinggal ada satu restoran China yang sediakan buffet during lunch. Boleh la makan seafood & vegetarian food tiap kali lunch & dinner. Seingat aku ada satu hari semasa di Comodoro, jatuh hari cuti umum. Most restaurants tutup, menggagau aku melilau keliling bandar cari restoran yang buka. Kalau tak silap terjumpa satu restoran di tepi laut, not so much choices yang aku boleh makan, so aku order pasta cheese & mushroom. Tak pernah aku makan pasta cheese sebelum ni tapi terpaksa la masa tu. Sekali bila makanan sampai, pasta dengan sos kaler putih.. adusss... bila makan, mak aaiiii lain macam rasanya. Tekak aku bukan jenis telan mende cheese ni. Makan sikit je terus bayar & belah, ingat lagi aku waitress restoran tanya samada something wrong with the food. Senyum je la..


Walaupun bandar Comodoro ni ditepi laut tapi amat terhad restoran yang sediakan makanan laut. Mungkin penduduknya tak gemar seafood gamaknya. Satu lagi pengalaman menarik semasa di Comodoro ialah semasa kena kerja malam di site. Semasa di sana ialah waktu summer (summer in south hemisphere is opposite from the north e.g. europe). Waktu siang agak panjang, kalau tak silap aku pukul 9pm masih terang. Aku pergi site dalam pukul 10pm, buat kerja kat dalam kabin yang tertutup. Sekali kerja siap dalam pukul 2 or 3 pagi, keluar dari kabin.. terang benderanggg dah! Malam cukup pendek!


Tapi yang pasti semasa di Comodoro ni, tahap kebosanan memang tahap maksimum dah! Tak ada apa yang menarik disini bagi aku tambah lagi bila sorang-sorang. Merayap around town pun tak sampai sejam dah habis. Maybe yang minat outdoor boleh buat some activity. Kalau tak silap aku bagi yang minat nak tengok Whale boleh pergi ke bandar Trelew yang terletak tak jauh dari Comodoro. Bandar Trelew ini memang terkenal dikalangan pelancong yang datang untuk melihat Whale secara live di lautan Atlantik!!




Monday, December 22, 2008

Kisah Pokok Krismas & Budu

Duatiga hari lagi majority orang sini akan beraya Krismas depa. Sekarang ni orang ramai sibuk dengan acara membeli belah hadiah. Offices & kedai-kedai pun cuma half day hari Rabu ni, macam tempat kerja aku, cuti panjang selama 2 minggu dari Rabu ni, Dec 24 until Jan 6. Lumayan sungguh cuti raya Krismas disini. Sekolah pun cuti dengan duration yg sama. Belum ada plan lagi nak travel mana-mana, maybe bawak budak-budak dan mak budak pergi main snow dekat one of ski resort di luar Vienna.

Sempena perayaan Krismas ni jugak boleh dilihat di merata-rata peniaga buka gerai jual pokok Krismas ni. Tak pernah tengok suasana macam ni sebelum ni di tempat-tempat yang aku pernah pergi. Disini pokok-pokok ni dijual di tepi-tepi jalan, macam-macam saiz pokok, ada yang kecil dan ada yang besar. Bila dibeli, pokok itu akan dibalut dengan net supaya senang dibawak.

Last week semasa balik dari kerja naik subway ada aku ternampak salah seorang penumpang subway pikul pokok krismas ni naik train! Pokok tu punya la besar, kalau tak silap lebih dari 6 feet, lebih tinggi dari orang yg membawanya. Ramai orang tengok gelagat mamat tu. Punya la bersungguh nak beraya.. sanggup pikul pokok krismas naik subway. Rugi pulak rasanya tak snap gambar mamat tu terkial2 nak masukkan pokok krismas tu. Nasib baik bukan time peak hours, kalau tak mau kena marah dengan penumpang lain sbb lobang hidung tercucuk dengan daun pokok krismas!

Tapi teringat jugak kisah aku semasa baru pindah ke apartment disini. Apartment kosong takda apa termasuklah langsir. Nak tak nak kena la beli langsir & rel nya sekali. Disebabkan kan belum ada kereta, terpaksa la angkut rel langsir sepanjang 2 meter baru beli dari kedai tu, naik bas!!! Orang pun pandang semacam.. dah macam pendekar bawak tombak naik bas je. Sama kes la agaknya dengan mamat yang beli pokok krismas kat atas tu....Hahaha..


Kisah budu ni tiada kena mengena dengan cerita pokok krismas diatas! Cuma ingin berkongsi "keceriaan" aku semasa lunch & dinner hari ni. Selepas hampir setahun kehabisan stok budu... abg Shimi & kak Imah telah dengan bermurah hati menghadiahkan sebotol budu dari Malaysia. Sungguh gumbiranya rasa hati menerimanya. Hari ni dengan penuh selera, lenyap dua pinggan nasi dari pandangan mata, hasil penangan budu. Pekena dengan ikan goreng dan sup sayur, budu dilenyek dengan cili api dan diperah sedikit limau nipis. Masih terbayang dimata & terbau ditangan aroma itu. Memang berhantu sungguh budu ni... Kepada abg Shimi & kak Imah, terimakasih daun keladi, lain kali balik dari Malaysia bawak budu lagi...


Wednesday, December 17, 2008

www.PhotoFunia.com

A friend of mine introduce me with this great web page http://www.photofunia.com/. Its damn interesting site, where you can play around with photos. It makes you feels like a pro in photocrafting or superimpose. What you need is just a photo of you or whoever you may find in your computer disk. See some samples below.

For face overlay kinda effect, you better use a single pose photo so that the software may not get confuse in determining of which face should be altered out. The result of Haziq's superimpose photo below is really amazing... really wanna makes me laugh everytime i view it!

Below is the original photo of Haziq!! Amazing isnt it, with what this webpage can do with your photos. Try it out now!

Monday, December 15, 2008

Nasi Minyak@Rotenhofgasse 30/32

Sempena Hari Raya korban kali ini, kami ambil kesempatan menjemput kenalan dan sahabat dari kalangan keluarga Malaysia di Vienna bertandang ke rumah kami untuk sessi bergurau-senda dan beramas-mesra. Bukannya selalu dapat berkumpul ramai-ramai sesama keluarga melayu macam ni. Kecoh satu rumah dibuatnya dengan suara-suara, jerit & gelak ketawa samada si kecik atau dewasa. Meriah sungguh, budak-budak sibuk dengan kawan masing-masing main di tingkat atas di bilik Faris & Haziq. Kaum ibu & bapa di bawak, sambil bercerita sambil mengisi perut. Sedar-sedar habis makanan dimeja. Rumah kami tak besar mana, jadi jemputan pun terhad sahaja. Kalau nak jemput semua kawan Malaysian di Vienna tak muat rasanya. Karang ada yang terpaksa makan berdiri pulak jadinya. Almaklum kerusi dirumah ni pun terhad juga. Sebab tu ada yang tak bernasib baik terpaksa bersimpuh ayu di lantai. Mintak maaf le pada tetamu yang terpaksa duduk di lantai.

Bila ada gathering macam ni, mesti ada makan-makannya. Kami sediakan nasi minyak Terengganu dan soto. Tetamu pula dengan murah hati membawa kuih muih yang semuanya sedap-sedap belaka sebagai pencuci mulut. Ada karipap, bubur kacang, bubur jagung, badak berendam, kueh lopez (lopeh), vanilakipferl & seri muka. Macam-macam kueh ada dah macam gerai bazar ramadhan dah. Memang murah rezki hari tu dapat merasa berbagai kueh-mueh. Alhamdulillah.

Untuk yang tak biasa makan nasi minyak Terengganu mungkin nampak pelik sebab lauknya lain sedikit dari nasi minyak negeri lain atau sebelah pantai barat. Nasi minyak Terengganu kuahnya tak guna santan tapi bawang goreng. Tapi nak buat kena ada rempahnya tersendiri, kena beli di Terengganu la. Kalau pergi ke KT, singgah Pasar Payang, ada kedai rempah ditingkat bawah yang jual berbagai rempah. Cakap saja nak rempah nasi minyak, tokey kedai akan campur rempah yg ada jadik rempah nasi minyak. Kalau nak rempah nasi dagang atau rempah kuah laksa Terengganu pun boleh di beli disitu.

Selain gulai daging, kekadang ada juga ayam masak merah (tapi kami tak buat sbb tukang masak tak cukup tangan ;-)). Juga acar mentah timun ataupun boleh juga acar masak nenas. Selain itu, optional untuk sambal belacan dan ikan kering untuk yang suka extra pedas & masin. Di Terengganu, nasi minyak ni boleh dibeli di warung atau restoren dari waktu sarapan sehingga la waktu malam. Ada orang makan atau kedai yang jual sebagai sarapan, ada yang makan/jual waktu lunch dan ada yang waktu malam. Aku kalau balik ke Terengganu memang tak miss nasi minyak tiap-tiap hari kadang2 pagi kadang2 malam. Tak lengkap balik ke Terengganu kalau tak merasa nasi minyak! Feberett maa.....

Mintak-mintak tetamu semua suka & berselera la makan nasi minyak kami hari tu. Nanti next time kalau ada rezeki untuk kami buat open house macam ni lagi, boleh cuba laksa Terengganu pula. Nak buat nasi dagang, kena tanya chef dulu dah pass atau belum.

Tapi apa-apa pun terima kasih pada semua kawan-kawan tetamu yang hadir juga membawa kueh mueh, memeriahkan dan menceriakan suasana, kenal-mengenali dengan lebih dekat dan mengeratkan silaturrahim antara kita.




p/s: Minta maaf pada sesiapa yang terliur bila tenguk gambar nasi minyak diatas. Tempahan dibuka untuk yang mengidam... ;-))

Friday, December 12, 2008

Pantung Lagu Zamang Budok-budok....


Semalam baca buku Growing Up in Terengganu tulisan Awang Goneng http://kecek-kecek.blogspot.com/. Dalam salah satu page tu ada ditulis mengenai pantun lama zaman kanak dulu. Tergelak sorang-sorang bila baca page tu. Memang klasik pantun tu, biasanya budak2 dulu di Terengganu mesti tahu pantun atau lagu pendek ni. Tak tahu la budak2 sekarang tahu tak lagi pantun/lagu ni.

Pek pek li
Watakook..lang
Pek sekali
Berbulang-bulang

Pantun/lagu atas tu biasanya dinyanyikan bila main game dengan kawan2, dan ada yang selalu kalah. Dan lagu tu akan di tujukan pada yang selalu kalah tu. "Pek" tu ikut kamus aku lebih kurang kalah la,,

Mat Min tonjol
Beranok dalang botol
Timbul tenggelang
Terus masukk goolll..

Pantung yg ketiga ni, kalau versi Awang Goneng lain sikit, ni versi aku zaman budak2 dulu..

Jukk Makjukk
JJalang tepi pata
JJupe sirih kecut
Wat ubat **** gata..


*Juk MakJukk ialah Yajuj Majuj aka Gog Magog
p/s: Buku Growing Up in Terengganu is a MUST READ untuk orang Ganu atau sesiapa yang pernah tinggal di Terengganu atau sesiapa yg kahwin dengan orang Terengganu!!

Monday, December 8, 2008

Aidil Adha@Vienna Islamic Center

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Tahun ni macam biasa kami sambut secara "sederhana tetapi meriah". Ungkapan yg selalu kita baca & dengar di media Malaysia setiap kali sambut perayaan. Kebetulan pada Dec 8 di Austria ialah cuti umum "Immaculate Conception Day"... dok tahulah nate gapo hari tu, tapi bagus la serentak dengan Aidil Adha, so tak perlu ambil cuti untuk raya kali ni.

Pagi-pagi kami sekeluarga ke Vienna Islamic Center untuk sembahyang sunat Aidil Adha. Disebabkan hari cuti, jalan raya pun lengang tapi macam biasa di kawasan masjid jalan start sesak. Parking area di sekitar masjid memang limited. Terpaksa la cari parking disekitar kawasan perumahan berdekatan masjid then jalan kaki dlm 5-10 min untuk sampai ke masjid.

Sampai di masjid pun dah dalam 8:30am, kawasan masjid macam biasa sesak dengan orang ramai dan budak-budak yg main mercun di luar pagar. Di sini sembahyang raya dibuat 3 sessi. Kalau datang pukul 8:30am sempat join sessi kedua. Tapi kurang bernasib baik, sebab ruang dalam masjid dah penuh. Terpaksa sembahyang atas tikar diluar masjid. Tambah tak bernasib baik lagi bila tikar lembab sebab hujan pagi tu... bila sembahyang stokin basah...adussss sejukk... terpaksa la tahan. Sejuknya sembahyang kat luar tu, dengan cuaca yg memang dah sejuk campur stokin basah pulakk..aduss. Dugaan tu...hehe

Selesai sembahyang dan khutbah, sempat la beli roti hotdog yg ada jual di kawasan masjid. Memang kebiasaan ada few gerai makanan yang dibuka bila time hari raya. Dengan cuaca yang sejuk, pekena pulak hotdog panas-panas.... menyelerakan sunggohhh!!
Didalam dan diluar kawasan masjid ramai budak-budak termasuk lah mak & bapak budak pong duk main mercun. Ishhh tak paham aku apa la kaitannya main mercun bila hari raya. Ingatkan di Malaysia je ada tradisi macam tu, rupanya disini pun sama. Kalau takat bunga api ok lagi, ini jenis yang berdentum-dentam macam bunyi senapang tu. Bila tengok budak-budak rupa Arab yang main mercun kuat-kuat tu, terpikir jugak dalam hati, tak cukup ke bunyi senapang dan bom kat tanah air depa tu? Tak meriah ke sambutan raya kalau takda mercun?


Sedikit info pasal Vienna Islamic Center ni, dibina dalanm tahun 1975-1979 dengan biayaan King Faisal of Saudi Arabia. Bagus jugak raja Saudi ni, kalau tak silap aku masjid/Islamic center di Buenos Aires pun biayaan raja Saudi. Islamic center di Buenos Aires lagi besar daripada sini. Masjid sini ada dua tingkat dengan ruang sembahyang utama di tingkat atas dan ruang perempuan di tingkat bawah. Ada few others room macam library, offices etc. Tetapi lokasi masjid ni memang cantik, berdekatan dengan sungai dan kawasan riadah.

Selesai di Islamic center sepatutnya pergi ke rumah abg Mus & kak Siti untuk jamuan & gathering raya dengan family & kawan2 melayu lain. Tapi sebab jemputan pukul 12pm, sempat la singgah ke shopping center dulu, jalan-jalan sementara nak tunggu pukul 12pm. Tapi macam kebiasaannya kalau pergi shopping center kalau balik tangan kosong tu kira tak sah la! Ada je yang "ter"beli.


Sedang elok dalam masa makan tengahari sampai di rumah abg Mus & kak Siti. Dengan makanan & lauk pauk yang dah terhidang, sunggoh menyelerakan. Macam biasa semua sedap-sedap belaka! Tiga round jugak le tambah, konyang porut pakcik haa... Macam biasa dah berkumpul ramai-ramai, sambil berborak sambil mulut mengunyah. Tau-tau dah tersandar susah nak bangun. Tapi harap-harap tak banyak le "ketupat" dibuat bila gather-gather macam ni... ;-))

Saturday, December 6, 2008

Once Upon A Time in... Salta, Argentina

Salta terletak di northwestern part of Argentina, situated 1152m above sea level dikaki banjaran Andes. Salta ni dah dekat dengan sempadan Chile dan Bolivia. Dari bandar Salta boleh nampak banjaran Andes ni panjang merentang di sebelah barat. Kebetulan semasa bekerja di Argentina, end 2004, aku dan seorang lagi kawan Malaysian kena pergi ke sini untuk 2 night assignment. First assignment outside Buenos Aires, so Project Manager allow untuk travel berdua. After this kena travel alone.

Aku dah lupa berapa lama amibil masa travel by flight dari BA ke Salta ni. Tapi Salta ni quite small town kalau compare dgn BA. Tapi quite peaceful & tenang, cuaca disini pun walaupun masa tu time summer, memang tak panas. Sini average temperature in summer around 20C. 
Teringat semasa first day sampai di Salta, after lunch nak pergi ke site untuk some preparation for night work. Ambil teksi then tunjuk alamat yg kami ada, sekali teksi tu pergi ntah mana2 tak jumpa pun rupa site tu. Sesat di luar bandar Salta, nasib baik ada kawan, kalau tak mau cuak jugak masa tu. Rupa-rupa alamat yg kami ada tu salah selepas contact office semula.

Site yg kami kena pergi tu, agak di luar pekan Salta jugak, di kawasan berbukit & agak remote. bila time malam memang sunyi habis. Takda sapa di sekeliling kawasan, nasib baik ada pak guard yg jaga site tu 24 hrs. Tapi pemandangan di siang hari dari kawasan site tu, memang cantek sekali. Boleh nampak pemandangan pekan Salta dan juga banjaran Andes yang half covered dengan awan. 

Satu masalah kami semasa di Salta ialah bab makan. Kedudukan bandar ni yg remote di tengah2 benua Latin ni, memang susah nak cari makanan seafood, makanan halal jauh sekali la. Apa yang kami makan masa kat sana cuma cheese pizza & bekal maggi yg dibawa. Nasib baik cuma dua malam saja disana. Dan nasib baik juga hotel yg kami tinggal tu ada sediakan dapur yg boleh digunakan oleh semua penyewa situ. Boleh lah masak apa yang patut.

Second day sempat juga jalan2 sekita pekan Salta ni. Pekan ni tak banyak benda menarik kecuali ada satu church lama tu. Bila malam memang cantik pemandangan sekitar church tu, dengan bangunan2 lama dan shopping area pun dikawasan tu juga.

Tapi mengikut kata orang local, attraction disini ialah satu trip dengan train ke outside Salta. Aku cuba google dalam internet tadi jumpa detail pasal ni, yang dipanggil "El Tren a las Nubes" (The Train in the Clouds),  Ianya ialah train journey melalui awan2 merentasi banjaran Andes pada aras 4220m above sea level. Tinggi tuu... lebih tinggi dari puncak Kinabalu. Kalau tak silap puncak Kinabalu ialah 4095m, itupun kalau berada di puncak Kinabalu, boleh tengok awan dibawah dan temperatur yg memang sejuk. Ini pengalaman masa daki gunung Kinabalu kalau tak silap tahun 98 or 99 dulu.


Tapi aku tak pergi trip "El Tren a las Nubes"  tu, masa tu mana nak pikir jalan2 sangat, schedule tight cuma ada 2 hari untuk kerja. Siap kerja terus kena fly balik ke BA. Sempat jugak jalan2 ke pasar kraftangan di sekitar pekan Salta ni. Argentina memang terkenal dengan kraftangan yg menarik. Kalau di Buenos Aires ada satu tempat dipanggil Recoletta yg terkenal dengan gerai2 kraftangan setiap weekend. Nanti next post aku cerita pasal Buenos Aires.  


Selain daripada tu, takda apa yang menarik sangat di Salta ni. Tapi satu pengalaman menarik sepanjang berada disini walaupun cuma 2 hari, first assignment outside Buenos Aires, sesat di pekan Salta, pengalaman melilau mencari kedai makan, macam-macam walaupun cuma 2 hari.