Nuffnang

Saturday, November 15, 2008

Tilapia@Austria


First time jumpa ikan Tilapia ni kat Vienna ni bila pergi grocery shopping kat asia supermarket disini. Terus angkut 3 ekor, harga pun tak mahal sangat, kalau tak silap Eur 3.50 per kilo. Dulu kalau semasa tinggal di Ampang, setiap hari Ahad pergi ke pasar tani di Taman Melawati. First stop mesti beli ikan Tilapia ni yg masih hidup-hidup dalam bekas. Pekedai tu yg akan potong & bersihkan mana yg kita nak. Balik rumah goreng atau panggang, makan dengan sup atau cecah dengan kicap cili.. aduss sedapppnyaa. Rindunya dengan pasar tani Taman Melawati ni, macam2 gerai yg jual lauk pauk & makanan. Biasanya beli nasik lemak, nasik kerabu & mee rebus.... isttt best..bestt..

Tapi disini dah takda peluang nak rasa Tilapia segar, tapi dapat yg beku keras kettung ni pun dah sedapp dah. Bila dah goreng, tak terkata sedapnya. Budak2 ni pun semua suka ikan ni bila digoreng. Kalau tengok dari packaging, ikan kat sini datang dari Indonesia, punyala jauh datangnya, patut la beku pong!

Bila cerita pasal ikan goreng ni, teringat semasa tinggal di Colombia, antara makanan feveret atau menu feveret bila pi restoran disana ialah Mojarra Frita. Kalau tak silap aku Mojarra ni ialah Tilapia. Menu Mojarra Frita ni biasanya ada seekor ikan Mojarra goreng, salad/tomato (ensalada) dan nasi(arroz). Nasik ni biasanya optional dan boleh diganti dengan kentang goreng atau pisang goreng ala Colombia.


Pisang goreng tu bukan macam pisang goreng kita kat Malaysia tapi kalau tak silap aku, pisang muda yg dipenyek then digoreng. So rasa dia tak la manis.

Nasi pulak ada dua jenis either nasik biasa(arroz blanco) atau nasik kelapa (arroz con coco) nasik yg dimasak dengan kelapa. Rasa pun pelik. Biasanya aku order Mojarra Frita ni dengan kentang atau pisang goreng. Kat bawah ni ada contoh pisang goreng yg aku cerita tadi.


Terlanjur cerita pasal makanan di Colombia, salah satu yg biasa aku makan during tea break kat gerai2 tepi jalan ialah Empanadas atau karipap. Colombia pun ada karipap.. tapi aku makan yg vegetarian je la. Sedappp dah tu pun, pekena pulak dengan cafe negro (black coffee) atau cafe con leche (kopi susu). Colombia memang terkenal dengan kesedapan kopinya... among the best in the world! Kalau tak percaya pergi cari Colombian coffee and taste the different!
Dah lari dari tajuk dah ni, nantila lain kali boleh cerita lagi panjang pasal life di Bogota, Baranquilla & Medellin.


p/s: gambar2 Mojarra Frita & Empanadas dicedok dari internet.



No comments: