Nuffnang

Monday, November 3, 2008

Salzburg, St Gilgen & Wels pt.3

Dari St Gilgen, kami sampai lebih kurang pukul 3 pm di Wels. Dah ada few guests yg sampai. tuan rumah masih lagi tengah barbecue ayam & lamb, dengan bau yg cukup menyelerakan. Memang sedap-sedap belaka menu yang tuan rumah hidangkan.
Di open house ni dapat la kenal dengan lebih dekat lagi kawan2 Malaysian di Wels. Tapi sayang diorang semua dah nak balik hujung tahun & early next year. Baru nak kenal2 dah nak balik pulak dah. Kalau tak boleh singgah lagi lain kali kalau pergi ke Wels. Di Wels ada few ladang apple & strawberry yg public boleh pergi untuk apple picking or strawberry picking during its season.

Yang pasti budak-budak la paling seronok bila ada gathering macam ni. Bukan selalu dapat jumpa kawan2 sebaya. Apa lagi, riuh rendah macam-macam gelagat budak2 dalam rumah tu. Bila berada dalam gathering macam ni teringat suasana di Dallas. Seronok bila dapat berkumpul macam ni sembang2, makan2. Hari tu sembang tak ingat, sampai pukul 8:30 pm baru berangkat balik ke Vienna. Sampai Vienna dah pukul 11 malam.. ngeri jugak drive time sejuk2 malam2 gini sbb kabus tebal terutama semasa di highway.

Apa-apa pun terimakasih daun keladi untuk tuan rumah kerana jemput kami ke open house. Yang pasti barbecue ayam & lamb memang power... boleh kasi resipi dok? hehe.. Panjang umur jumpa lagi di Malaysia pulak..insyaAllah.


No comments: