Nuffnang

Saturday, November 1, 2008

Salzburg, St Gilgen & Wels pt.2

Dari Salzburg, sementara awal lagi untuk pergi ke open house kawan di Wels, kami menuju ke St Gilgen dahulu. Reception di hotel recommend kami untuk melawat St Gilgen yg popular di kalangan pelancong ke Salzburg. Jika sesiapa yg datang ke Salzburg & ambil tour package, salah satu destinasi ialah St Gilgen ni jugak.
Keluar je dari bandar Salzburg, terus drive mendaki bukit, dengan jalan berpusing-pusing macam ular. Jarak bandar Salzburg ke St Gilgen tak jauh, cuma around 30-45 min.


Sedikit info mengenai St Gilgen, pekan ni terletak 545 m above sea level. Terletak bersebelahan dengan Wolfgangsee (Wolfgang Lake). Memang satu destinasi pelancongan terkenal di Salzburg. Di pekan St Gilgen ni juga ada cable car untuk ke salah satu puncak gunung disitu untuk melihat pemandangan dengan lebih menarik. Ada jugak tour boat keliling Wolfgangsee untuk tengok pemandangan gunung-ganang sekitar tasik tu.


Sepanjang perjalanan dari bandar Salzburg ke St Gilgen, pemandangan memang cantik sekali, dengan padang rumput hijau. Boleh dilihat banyak ladang2 lembu jugak, sampaikan kalau bukak tingkap boleh bau aroma "lembu-lembu" tu semua.
Sempat jugak kami berhenti di salah satu hotel di tepi jalan untuk tengok pemandangan & snap few pictures. Dan dalam perjalanan tu jugak kami menyusur bersebelahan tasik Fuschl am See. Tasik ni lebih kecik daripada Wolfgangsee. tapi tidak kurang canteknya. Ada few hotel besebelahan dengan tasik ni.


Sepanjang perjalanan, pemandangan memang memukau, gunung ganang & tasik, memang truly amazing scenary. Sukar nak di gambarkan with words macamana cantiknya pemandangan disini. During winter nanti bila those mountains covered with snows, mesti lagi cantik. Salzburg memang terkenal dengan aktiviti skiing atau winter sport bila winter season.


Satu yg tak dapat dilupakan ialah bila driving di sekitar puncak2 bukit tu tetiba ternampak Wolfgangsee dari puncak bukit. Pemandangan masa tu memang amazing!! Terus ternampak ada parking area, banyak kereta parking & ada restoren disitu. View memang cukup cantik. Sempat berhenti disini sekejap untuk snap pictures lagi. Wish that i have a better camera. Kamera aku ni dah outdated sgt, 4 MP je... quality tak cantek sgt. Tak puas bila tengok hasilnya... Dah tiba masanya kot tukar ke new one.


Sampai di pekan St Gilgen, boleh nampak ramai pelancong, stesen cable car untuk ke salah satu puncak bukit disitu. Banyak jugak guest house di sekitar pekan St Gilgen ni. Boleh tahan jugak canteknya pekan St Gilgen. Sekali lagi, pemandangan disini buat aku teringat pemandangan di bandar Bariloche di Argentina. Bariloche juga terletak di kawasan pergunungan banjaran Andes, berhadapan tasik besar & famous utk outdoor activity samada during summer atau winter sport. Nanti kalau ada masa lain kali aku cerita pasal trip aku ke Bariloche ni.


Sempat pusing2 sekitar St Gilgen ni dan dah puas ber"gambar"an terus sambung perjalanan ke Wels. On the way ke Wels, kami drive melalui satu lagi tasik besar iaitu Mondsee. Kami tak berhenti di Mondsee sbb dah singgah during summer trip lepas. During fall season ni pemandangan pokok2 dengan daun kekuningan & kemerahan sepanjang jalan pun menarik jugak. Nampak bewarna warni pulak pokok pokok ni semua.


Dari sini kami terus ke Wels, dah tak berhenti dah. Open house start pukul 3 pm. Mana boleh sampai lambat kang melepas hidangan2 sedap pulak. Nasib baik semua sempat alas perut dengan pizza cheese restoren Pakistan di bandar Salzburg tengahhari tadi. Tapi pizza cheese kat restoren tu memang sedap betul, tambah lagi bila makan panas-panas. Sedap sungguh!! Memang recommended untuk sesiapa yg nak pergi ke Salzburg untuk merasa pizza cheese tu.


Sambung dengan open house di Wels pulak in next part...



No comments: