Nuffnang

Monday, November 24, 2008

Yo Ya Vivi in Colombia... ¿Y Tu?

June 2003, aku start bekerja as a freelance contractor. First contract ialah di Colombia for 6 months. Quite teruja jugak masa tu, dengan offer yg agak menarik, dan lokasi yg sama sekali asing dan paling jauh yg aku pernah travel masa tu. Apa yg buat aku terima offer kontrak tu sebab masa tu 2 orang kawan baik sudah pun berada di Bogota. Tempat asing macam ni better la kalau ada kawan sekali. Sebelum pergi macam2 cerita kurang menarik pasal Colombia ni tapi selepas dapat cerita sebenar dari kawan yg dah berada disana barulah aku setuju untuk terima offer tu.
Process visa kerja semua dibuat di Bogota, but sebelum pergi mesti ada satu surat official dari Labour dept with statement of 30 days temporary work permit given. Not allowed untuk apply visa kerja kalau masuk as tourist visa. Sebelum datang jugak kena inform dengan security manager tempat kerja so diorang arrange for transport untuk pickup di airport. Travel ke Bogota memang meletihkan. Dari KLIA ke Changi, transit for few hours. Lepas tu Changi ke CDG Paris, transit lagi beberapa jam. Dari CDG baru lah fly ke Bogota, kalau tak silap total travelling time is more than 24hrs.
Di Bogota, aku menyewa apartment sekali dengan kawan disana. Quite nice apartment dan surrounding area pun ok. Aku diberitahu kawasan tu boleh dikatakan safer than some other areas. Salah satu yg menarik di Bogota ialah cuacanya, cool sepanjang tahun! Ini disebabkan kedudukan geografi bandar Bogota yg berada di ketinggian 2640m from sea level. Di waktu siang boleh pakai tshirt only but better or more comfortable with light jacket. Night time was much colder so thicker jacket is necessary.
Orang Colombia ni quite friendly jugak, macam orang kita jugak. Rupa diorang pun kalau yg tulen latinos tu macam rupa melayu tapi ramai penduduk depa yg kacukkan Spanish. So boleh tengok ramai yg ala2 kulit putih, dan golongan perempuan pun cantik2. Kalau tengok cerita telenovela Yo Soy Betty La Fea... haa tu cerita made in Colombia.

Bandar Bogota ni ada part yg safe, ada yg not advisable to visit by foreigners. Ada several tip untuk foreigners, given by our security manager on the first day in the office. Contohnya kalau naik teksi, dont ever took or read a magazine given by the taxi driver. It may contains drug powders and you may get fainted right away and robbed. If lucky you will just lost your money and documents, but if not, part of your body may dissappear too e.g. kidney! Or even worse you may get kidnapped! Foreigners always the favourite target of kidnappers. If got kidnapped, chances to be found alive very very small. Itu based on the real situation in Colombia.

Advise lain, macam pergi balik kerja, do not always use same route. Try guna different route. You may be on target by some bad people. Kalau naik teksi jugak, if taxi driver tu bawak ke jalan yg pelik or yg kita tak familiar, ask the driver to stop and get another taxi (ni pernah terjadi kat aku, not sure apa intention taxi driver tu but who knows..). Ada few lagi precaution tips... malas la nak tulis yg negative saja pasal Bogota ni.

Aha.. satu lagi pengalamanan menarik di Bogota ialah apabila terpaksa kerja malam di site. Site ni terletak di luar Bogota, dalam 45 min drive by car. Di Bogota kalau kerja malam di site, office akan sediakan transport. Not allowed untuk guna public transport. First time kena kerja malam sorang2, terkejut apabila transport datang pickup, 2 orang lelaki in black suit (ala2 Men in Black gitu..) drive also a black SUV. So aku terpaksa la duduk belakang ala2 tokey gitu..haha dan SUV tu siap dengan cermin bullet proof... tebal giler cerminnya. Then ada motosikal dengan penunggangnya dressed in all black jugak follow dari belakang. Memang gempak abis! Aku perasan 2 orang dlm SUV tu siap ada pistol sisip celah ketiak tu. Giler.. rasa macam bapak mafia habislah! Hehe..

Bogota sebenarnya a nice city at least part of the city. Every Sunday, some roads ditutup until noon untuk aktiviti cycling, jogging, skating etc. So boleh tengok ramai orang atas jalan raya. It looks very peaceful. See 1st & 2nd pic above. Di Bogota jugak ada several tempat menarik untuk tourist. Salah satunya ialah Moserrate. Ia ialah nama satu bukit or tanah tinggi di Bogota. Boleh pergi dengan taxi then naik cable car to the top of the mountain. Dari atas tu dengan ketinggian 3152 m boleh tengok pemandangan bandar Bogota yg meluas. Cukup cantik pemandangan dari atas tu. Di atas tu jugak ada satu old church yang bagi orang local ianya cukup bersejarah as a pilgrim destination. Jangan tanya aku camana pilgrim depa... pic Monserrate below.


Satu lagi tempat menarik ialah Plaza de Bolivar or Bolivar Square. Ianya diberi nama sempena nama Simon Bolivar. Salah satu figure terkenal di Amerika Latin yg fight for the independence of Colombia, Venezuela, Peru, Bolivia, Ecuador & Panama from the Spanish monarchy.
Bolivar Square dikelilingi dengan bangunan bersejarah dan kalau tak silap aku, berdekatan situ ada bangunan parlimen dan some museums. Teringat semasa di salah satu museums disitu, bersembang dengan museums officer situ tentang cadangan aku & kawan masa tu untuk jalan2 di kawasan penempatan disekitar museum tu. Officer tu larang sama sekali kami dari teruskan niat tu, katanya its not safe for foreigners, walaupun dlm berkumpulan.
Semasa 6 months di Colombia, sempat juga travel ke Medellin atas urusan kerja untuk 3 hari. Bagi aku, Medellin sedikit seram kalau compare dengan Bogota. Bandar ni lagi padat penduduknya dari Bogota. Berjalan sekitar bandar Medellin terasa semacam je.. entahlah. Mungkin sebab Medellin ni terkenal seantero dunia dengan pusat aktiviti dadahnya & mafia dadahnya yg dimana2. Bandar ni kedudukannya di lembah yg dikelilingi oleh bukit bukau. Semasa perjalanan dari atau ke lapangan terbang Medellin, boleh tengok pemandangan bandar Medellin dari kawasan tinggi dan agak cantik juga. Sorry takda gambar di Medellin yg sempat diambil masa tu.
Satu lagi bandar yg aku sempat pergi ialah Baranquilla. Sempat tinggal di Baranquila ni selama sebulan. Bandar ni terletak berdekatan dengan laut dan di north of Colombia. So cuaca disini sebijik macam di Terengganu, panas terik dengan angin laut. Baranquilla ni juga terkenal sebagai tempat lahir penyanyi pop Shakira! Bandar ni menarik jugak dan sekali lagi macam bandar lain di Colombia, bandar ni virtually divided in 2 part, north & south. Northern part mostly kawasan kediaman orang2 kaya atau modern, tapi southern part boleh nampak kawasan org miskin.

Semasa disana aku menyewa satu apartment, a nice one & teramat dekat dengan shopping mall paling besar di Baranquilla. Kalau tak silap nama mall tu Buena Vista. Memang best sebab cuma jalan kaki je dari apartment ke rumah. Almost tiap2 hari ke mall tu. Gambar atas tu ialah view dari apartment aku di Baranquilla. Apa lagi boleh dibuat kalau hidup sorang2 di tempat asing macam tu. Nasib baik takda kutu kalau tak habis mati kutu!


Tapi pengalaman di Colombia memang berharga sekali. Sempat jugak belajar spanish secara tak official, biasanya pak guard apartment di Bogota yg jadik mangsa asahkan spanish aku. Balik kerja mesti lepak dulu sembang2 dengan guard yg tak tahu langsung english. Sempat berpuasa juga di Bogota. Nasib baik contract ends 1 week sebelum hari raya. Sempat balik beraya di Malaysia walaupun dapat offer untuk extend contract lagi for another 6 months. Tak sanggup lagi dah nak bejauh dari family for 6 months straight! Sengsaraaaa!! hehe...

p/s: "Yo Ya Vivi in Colombia... ¿Y Tu?" means "I lived in Colombia ... And You?". Ayat ni aku dapat dari satu advertisement dekat tempat tunggu teksi di Bogota dan sampai la ni aku ingat..

p/s 2: Gambar2 atas blur sikit sbb guna digital kamera 1 MP je... zaman dulu2 takdok pitih lagi nak beli yg canggih2.

No comments: